pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

30 Mac 2011

Dow Miow

Dow Miow
  • Adalah sayuran yang dihasilkan melalui percambahan benih kacang pisum sativum secara terkawal.
  • Ia merupai tauge berdaun hijau, mempunyai radikal yang tegak,rapuh,panjang dan jernih selepas 7 hari disemai.
  • Mengandungi vitamin A,B1,C,Niacin dan garam galian di samping protein yang tinggi.
  • Boleh dimakan segar sebagi ulam,campuran kerabu,dimasak gulai lemak dan sebagainya.


Bagaimana ia dihasilkan

  • Pemilihan kultival kacang - Kultival yang biasa digunakan ialah dun,dundale atau alma yang diimport dari Australia, Taiwan, USA dan UK. Satu pusingan memerlukan 50 kg benih kacang.
  • Pembersihan - kacang yang telah disediakan dibasuh dengan air bersih,direndam selama 2 jam untuk memastikan kadar percambahan yang tinggi dan sekata.
  • Penyemaian - Dulang plastik bersih diisi dengan media percambahan yang terdiri daripada kompos 100% atau campuran sabut halus, peat grow,CIRP dan baja organan setebal 1 cm. Benih ditabur penuh rapat dan rata diatasnya.
  • Penyiraman - Siraman dilakukan 3 kali sehari dengan semburan kabus selama 5 minit setiap kali semburan. Siraman dihentikan sehari sebelum memungut hasil.
  • Cahaya - Dulang-dulang ini disusun di rak-rak dalam rumah percambahan serta pembukaan jejaring hitam kawalan cahaya membenarkan cahaya antara 20-30% untuk selama 1 - 6 hari. Hari ke 7 ia memerlukan 70-75% cahaya.


Kutipan Hasil

  • Hasil dipungut selepas 7 hari disemai.Kelewatan memungut hasil akan menurunkan kualiti sayur. Sayur yang berkualiti adalah seperti :
i). Cambahan daun muda (4 cabang daun).
ii). Radikal tegak,lurus, panjang,rapuh,tidak berserat.
iii).Batang berwarna putih,segar dan tidak berkulat.






27 Mac 2011

Pengiraan Sistem Metrik

Ukuran Panjang
  • 1 inci = 25.4 milimeter
  • 1 kaki = 30.5 sentimeter
  • 1 ela = 0.914 meter
  • 1 furlong = 201 meter
  • 1 batu = 1.61 kilometer
  • 1 milimeter = 0.0394 inci
  • 1 sentimeter = 0.0328 kaki
  • 1 meter = 0.005 furlong
  • 1 kilometer = 0.621 batu
 Timbangan Berat
  •  1 auns = 28.3 gram
  • 1 paun = 454 gram
  • 1 tahil = 37.8 gram
  • 1 kati = 605 gram
  • 1 stone = 6.35 kilogram
  • 1 pikul = 60.5 kilogram
  • 1 tan = 1.02 tonne
  • 1 gram = 0.0353 auns
  • 1 gram = 0.0022 paun
  • 1 gram = 0.0265 tahil
  • 1 gram = 0.0017 kati
  • 1 kilogram = 0.0165 pikul
  • 1 tonne =  0.9804 tan

Luas
  • 1 inci = 6.45 sm persegi
  • 1 kaki persegi = 929 sm persegi
  • 1 ela persegi = 0.836 meter persegi
  • 1 ekar = 0.405 hektar
  • 1 batu persegi = 2.59 km persegi
  • 1 sm persegi = 0.155 inci persegi
  • 1 sm persegi = 0.001 kaki persegi
  • 1 meter persegi = 1.20 ela persegi
  • 1 hektar = 2.47 ekar
  • 1 km persegi = 0.386 batu persegi.

Isipadu
  • 1 inci padu = 16.4 sm padu
  • 1 kaki padu = 0.0283 meter padu
  • 1 ela padu = 0.765 padu
  • 1 busyel = 0.0364 meter padu
  • 1 cupak = 1.14 dm padu
  • 1 gantang = 4.55 dm padu
  • 1 sm padu = 0.061 inci padu
  • 1 meter padu = 35.3 kaki padu
  • 1 meter padu = 1.31 ela padu
  • 1 meter padu = 27.5 busyel
  • 1 dm dm padu = 0.88 cupak
  • 1 dm padu = 0.22 gantang

 Isipadu ( Cecair)
  •  1 auns = 28.4 mililiter
  • 1 pain = 568 mililiter
  • 1 quart = 1.14 liter
  • 1 gelen = 4.55 liter
  • 1 mililiter = 0.0352 auns cecair
  • 1 mililiter = 0.0018 pain
  • 1 liter = 0.8772 quart
  • 1 liter = 0.2198 gelen
 Kuasa
  • 1 kuasa kuda = 0.746 kilowat
  • 1 kilowat = 1.34 kuasa kuda
 Kelajuan
  •  1 batu sejam = 1.61 km sejam
  • 1 km sejam = 0.621 batu sejam
Suhu
  • F = 9/5 X C + 32
  • C = 5/9 X (F - 32)

Tegasan
  • 1 paun seinci persegi = 6.89 kilopascal
  • 1 kilo pascal = 0.145 paun seinci persegi

Suhu
  • Darjah Fahrenheit = 9/5 x C +32 
  • Darjah Celsius

Tegasan
  • 1 paun seinci persegi = 6.89 kilopascal
  • 1 kilo pascal = 0.145 paun seinci persegi

Suhu
  • Darjah Fahrenheit = 9/5 X C + 32
  • Darjah celsius = 5/9 X (F - 32) F

Ukuran Panjang
  • 1 000 milimeter = 1 meter
  • 100 sentimeter = 1 meter
  • 1 000 = 1 kilometer


Timbangan Berat
  • 1 000 miligram = 1 gram
  • 1 000 gram = 1 kilogram
  • 1 000 kilogram = 1 tonne

 Luas
  • 10 000 sentimeter persegi = 1 meter persegi
  • 10 000 meter persegi = 1 hektar
  • 100 hektar = 1 kilometer persegi

Isipadu 
  • 1 000 milimeter padu = 1 sentimeter padu
  • 1 000 sentimeter padu = 1 desimeter padu
  • 1 000 desimeter padu = 1 meter padu

Isipadu (Cecair)
  • 1 000 mililiter = 1 liter
  • 1 000 liter = 1 kiloliter








16 Mac 2011

Longan

 Nama Biasa : Longan, mata kucing
 Nama Saintifik : Dimacorpus longan Lour
 Keluarga : Sapindaceae


Pengenalan
  • Longan berasal daripada China yang bermaksud Mata Naga (Dragon's eye).
  • Isinya tebal dan bijinya bersaiz agak besar dan berwarna hitam berkilat.
  • Berasal dari negeri China,tetapi ada juga kultival di negara Asia.
  • Boleh dimakan segar,dikeringkan atau ditinkan.


Botani Tanaman



Pokok

  • Boleh tumbuh tegak dengan konopi daun yang merimbun dan mencapai ketinggian antara 10-20 m.
Daun

  • Daun longan jenis kompaun (compound leaf).
  • Lai daunya tersusun berpasangan secara berselang di antara 6-9 pasang dan berbentuk bujur.
  • Permukaan atas daun matang berwarna hijau tua berkilat dan di bahagian bawahnya agak hijau pucat dan tidak berkilat.
Bunga

  • Bunga longan bersaiz kecil dan terdapat pada hujung pucuk.
  • Jambak bunganya besar (30-50 cm panjang,bercabang dan tiada daun.
  • Terdapat 3 jenis bunga longan :
       i). Bunga jantan (pistil tidak berfungsi).

       ii). Bunga betina (stamen tidak berfungsi)
       iii). Hermaprodite

Hanya bunga hermaprodite yang akan menjadi buah.Longan memerlukan pendebungaan bersilang (cross pollinated) dan peringkat berbunga hingga buah matang mengambil masa 5-7 bulan bergantung kepada kultivar.



Buah

  • Dalam satu jambak boleh terdapat sehingga 80 biji buah yang berbentuk bulat dengan beratnya antara 5-20g sebiji.
  • Gred premium bagi buah longan ialah 14-20 g sebiji.
  • Pada peringkat awal,warna buahnya kehijauan dan kulitnya agak kasar.
  • Kulit buah longan bertukar menjadi agak licin dan berwarna perang bila matang.
Keperluan Asas Tanaman



a). Faktor iklim

  • Penghasilan longan sangat bergantung kepada keadaan cuaca terutama semasa pembungaan dan pembentukan buah.
  • Hujan yang berlebihan boleh menyebabkan bunga gugur, serta menghalang pendebungaan dan pembentukan putik.
  • Walaupun longan tahan kepada keadaan kemarau,air yang secukupnya sangat perlu bagi menjamin pengeluaran hasil yang tinggi.
  • Curahan hujan tahunan yang paling baik untuk tanaman longan ialah di antara 1200-1400 mm.
  • Tanaman longan sangat peka kepada angin kencang yang boleh menyebabkan dahan merekah serta serkah dan bunga gugur.


Faktor Tanah

  • Tanaman longan boleh ditanam dipelbagai jenis tanah.
  • Tanah yang lebih baik adalah tanah yang subur,bersaliran baik,mempunyai keasidan diantara pH 5.5-6.0 dan kemasinan yang rendah adalah sesuai bagi tanaman ini.
  • Tanah lanar sungai yang bertekstur halus dan dapat memegang air sangat sesuai untuk tanaman longan seperti Siri Tok Yong, Cempaka,Lundang, Kereyong,Tebok,Tawar, Gong Chenak dan Lubok Kiat.
  • Tanah sawah yang kurang salir didapati boleh ditanam dengan tanaman longan sekiranya air dapat disalir dan aras air tanah dapat dikawal pada tahap 75 cm dari permukaan tanah sepanjang masa seperti Siri Tepus, Jabil, Lating, Cherang Hangus dan Kg Pusu.
  • Elakkan dari menanam di kawasan yang mudah bertakung air dan aras air bawah tanah tinggi seperti tanah gambut dan tanah lanar sungai yang tersangat kurang salir seperti Siri Lubok Itik,Binjai dan Lubok Sendong.
  • Bagi tanah sedentari (bukit), profil tanah yang dalam (melebihi 100 cm) bertekstur halus dan topografi kurang dari 20 darjah adalah sesuai untuk tanaman longan seperti Sri Bungor,Rengam,Jerangau, Munchong, Batang Merbau dan Kuantan.

Amalan Kultur



Penyediaan Kawasan
  • Kawasan boleh dibersihkan dengan menggunakan jentera atau secara manual bergantung kepada keadaan kawasan yang dikenalpasti.
  • Bagi kawasan yang rendah dan mendatar, parit perlu dibuat bagi memperbaiki saliran kawasan kebun.
  • Tanaman penutup bumi adalah digalakkan sebagai satu langkah pemuliharaan tanah dan juga pengurusan bahan organan tanah serta menggalakkan kegiatan mikro organisma tanah.
Penyediaan Benih Tanaman
  • Bahan tanaman yang selalu digunakan ialah anak benih yang dibiakkan secara tampang, bergarispusat 1.5-2.5 cm dan setinggi antara 45-60 cm.

Penanaman di ladang
  • Orientasi penanaman dibuat secara timur barat supaya pokok longan mendapat cahaya matahari yang mencukupi pada waktu pagi dan petang.
  • Bagi pengurusan yang kurang intensif, jarak tanaman yang disyorkan adalah 14 m antara baris X 10m antara pokok dengan kepadatan 166 pkk/ha.
  • Lubang tanaman disediakan sebulan sebelum menanam, bersaiz 60x60x60 cm.
  • GML sebanyak 0.5 kg/lubang ditaburkan jika kawasan tersebut mempunyai pH tanah kurang daripada 4.5.
  • Lubang ini dimasukkan dengan 10 kg bahan organan.
  • Baja TSP sebanyak 240 g di taburkan di dalam lubang dan digaul serta dibiarkan selama 1 minggu.
  • Semasa menanam,buatkan satu lubang kecil yang boleh memuatkan anak benih.
  • Masukkan anak benih dengan teliti ke dalam lubang supaya akar pokok tidak rosak.
  • Kampus dengan tanah pada bahagian pangkal pokok dan tinggikan sedikit supaya nampak berbusut.
  • Bagi sokongan kayu panjang supaya tumbuh menegak.
  • Siran pokok yang baru ditanam dan letakkan sungkupan.
  • Letakkan naungan jika perlu seperti daun kelapa kering dan bakul.
  • Sebaiknya lakukan penanaman pada musim hujan.
  • Pokok longan mempunyai konopi yang padat dan mudah tumbang bila ditiup angin,sediakan kayu sokongan terutama apabila mengeluarkan hasil.
  • Dahan pokok juga mudah merekah.
  • Dahan-dahan perlu diikat antara satu sama lain supaya memperkuatkan pautan dahan-dahannya.
  • Biasanya tiub kenderaan digunakan sebagai pengikat.

 Pembajaan

 Pembajaan peringkat belum matang
  •  Pada peringkat belum matang, gabungan baja organik dan baja bukan organik digunakan.
  • Baja organik seperti najis haiwan disyorkan pada kadar 10 kg/pkk/tahun dengan kekerapan 3-4 kali/tahun ditambah dengan baja bukan organik seperti NPK 15:15:15 dengan kadar 1-4kg/tahun.
Pembajaan peringkat matang
  • Pembajaan bagi pokok dewasa (reproduktif) adalah untuk  manipulasi pembentukan jambak bunga, pembentukan buah dan pembentukan pucuk baru (vegetative growth) selepas kutipan hasil.

Pemangkasan

Pemangkasan pembentukan
  • Pokok longan dibiarkan tumbuh dengan sistem batang tunggal (single  stem) dan pangkasan dibuat pada ketinggian 60 cm.
  • Selepas itu dibiarkan 3 cabang utama tumbuh.
  • Batang ini dipangkas pada 30-45 cm dan dibiarkan 3 batang tumbuh setiap satu.
  • Kemudiannya setiap dahan akan mengeluarkan 3-4 dahan.
  • Ini akan menjadikan konopi longan terdiri daripada 27-36 dahan.
  • Ketinggian pokok dewasa ialah 3-4 meter dan luas konopinya adalah 4-5 meter.
  • Ini supaya memudahkan pengurusan pokok.
  • Pada peringkat awal, pertumbuhan pokok mestilah pada tahap subur supaya saiz pokok mencapai peringkat terbaik sebelum ia diaruhkan pada tahun 4 dan ke atas. 
Pemangkasan penjagaan.
  • Pokok longan dipangkas supaya mendapatkan bentuk 'open center' yang akan menggalakkan cahaya matahari masuk ke dalam kanopi.
  • Di bahagian sisi kanopi pula dibuat pemangkasan penjagaan untuk menggalakkan cahaya dan pengudaraan yang sempurna.
Pemangkasan bunga dan buah
  • Pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz dan kualiti buah.
  • Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan biennial bearing.
  • Jika buah terlalu lebat (over bearing) ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya.
  • Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah ( crop load ).
  • Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu).
  • a). Bila jambak bunga berukuran 10-12 cm panjang.Anggaran 40-50% bunga dipangkas.
  • b).Bila berputik. Anggaran 10% putik dipangkas.

 Pengurusan Perosak

Serangga perosak dan syor kawalan

1. Pengorek Buah ( Conopomorpha sinensis)

Bahagian diserang
  • Sejenis kupu-kupu, larvanya menyerang bahagian buah.

Kawalan
  • Guna racun yang disyorkan.

2. Thrips ( Thrips spp )

Bahagian yang diserang
  • Daun dan buah
Kawalan
  • Guna racun yang disyorkan.

3. Mite ( Tetrancycus spp ) ( panonychus citri )

 Simpton
  • Dewasa mmenghisap cecair dari tangkai,daun dan buah menjadi tompok kuning, serangan pada kebiasaanya berlaku pada musim kemarau.

4. Lalat Buah ( Bactrocetra spp ).

Simpton
  • Serangan pada buah. Lalat betina bertelur dalam buah yang hampir masak atau matang dan selepas telur menetas, larva mengorek dalam buah dan memakan tisu.


 5. Kesing ( stink bug ) Tessaratoma papillosa.

Simpton
  • Merosakkan jambak bunga,daun muda dan pucuk,pucuk menjadi rosak dan terbantut.

Kawalan
  • Guna racun serangga yang disyorkan.

6. Webworm ( Crocidosema spp ) spesis Lepidotera


Simpton
  • Memakan pucuk dan tunas baru.

 Kawalan
  •  Guna racun yang disyorkan.

 7. Gagak, keluang dan kelawar

 Simpton
  •  Buah dimakan oleh gagak,kluang dan kelawar.

 Kawalan
  • Memasang jaring/pukat pada bahagian atas pokok longan.
  • Tembak menggunakan senapang.


 Kawalan penyakit
  • Penyakit yang biasa didapati menyerang tanaman longan dalah seperti kulapuk hitam ( Sooty mould ), antraknos dan beberapa penyakit yang ditemui dinegara-negara pengeluar longan.

a). Kulapuk Hitam ( Sooty mould )

Bahagian serang
  • Berjelaga hitam pada daun dan kulit buah.
Kawalan
  • Kawal koya dengan minyak putih.


 b). Penyakit Reput Tangkai Buah ( Botrydiplodia spp )

 Bahagian yang diserang
  •  Tangkai buah kering dan gugur.
 Kawalan
  •  Memangkas dahan untuk memperbaiki pengudaraan dan merendahkan kelembapan di sekitar kanopi pokok.

 c). Antraknos ( Collectotricum gloeosporoides )

Bahagian yang diserang
  • Serangan pada buah dan daun.
Kawalan
  • Guna racun kulat yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.

d). Mati rosot ( Tree decline ) Phythopthora, Phytium, Fusarium, Clitocybe dan Armilaria.

Bahagian yang diserang
  • Seluruh pokok atau sebahagian pokok didapati mati mengejut disebabkan saliran yang kurang baik.

Kawalan
  • Jangan tanam di kawasan air yang bertakung dan saliran yang kurang baik.


Kematangan Dan Pengutipan Hasil


Arahan Pembungaan
  • Longan Edaw, Chompoo dan Biew Khiew adalah kultival yang memerlukan suhu yang rendah dan kering 2 bulan untuk berbunga.
  • Pada keadaan biasa ia tidak berfungsi di malaysia.
Kematangan Buah
  • Longan mengambil masa 5-7 bulan ( bergantung kepada kultivar) daripada peringkat berbunga sehingga matang.
  • Kulit buah longan matang lebih licin dan berwarna perang kekuningan berbanding dengan buah longan muda.
  • Bagi longan kultiva Edaw, pungutan hasil dibuat lebih awal sedikit kerana jika terlalu lama, biji mungkin bercambah walaupun buah masih di pokok.

Pengutipan Hasil
  • Kutipan hasil dibuat dengan memotong tangkai buah termasuk sedikit bahagian daun dengan berhati-hati dan disimpan di dalam bakul.
  • Buah yang dikutip ini dibawa dengan segera ke pusat pengumpulan hasil dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.




Tauge

Pendahuluan
  • Merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kekacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina.

Kaedah Dan Pemerhatian

a). Proses Pengeluaran Tauge

i). Menyediakan persekitaran dan lokasi

ii). Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau/kacang hitam)

iii). Mengasingkan benih (benda asing,kacang rosak,batu dan sampah)

iv). Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)

v). Merendam (6-8 jam menggunakan larutan hormon jika mahu,1.5 sontoso)

vi) Mengetos (digaul dengan 1% siako)

vii)Mencambah (4-6 hari dalam bilik gelap dan suhu rendah srta tong bersesuaian)

viii).Menyiram (2-4 jam sekali)

viii). Mengasingkan kulit

viii). Membungkus


  • Walaupun proses penghasilan tauge nampak mudah,hampir setiap peringkat pemprosesan mempunyai kesan kepada penghasilan.
  • Bahan mentah biji benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik dan diperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.
  • Aktiviti mengasing dan membasuh perlu dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam.
  • Tempoh rendaman 6-8 jam dengan larutan hormon pembesarab sontoso sudah memadai dan mengaul dengan siako ( selepas mengetos) sebelum peringkat mencambah,boleh memberikan hasil yang paling tinggi dimana 1 kg benih menghasilkan lebih kurang 8 kg lebih dan keperluan air siraman menjadi lebih rendah dibandingkan dengan hanya menggunakan hormon.
  • Gunakan tong berwarna hitam dan tebal tidak lut cahaya lebih baik kerana ia tahan lasak dan memberi lindungan yang secukupnya pada tauge untuk bercambah.
  • Pertambahan jarak masa siraman dan pemberhentian siraman selepas tengah malam boleh menyebebkan hasil tauge rendah.
  • Tauge yang telah matang boleh diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan tauge yang dituai hendaklah terus ditoskan sebelum dibungkus supaya kering dan tauge tahan lebih lama apabila menjual.

Kesimpulan
  • Penghasilan tauge dipengaruhi oleh beberapa faktor.
  • Untuk mendapat hasil yang tinggi,benih kacang mestilah bernas dan saiz besar.
  • Tempoh rendaman antara 6-8 jam dalam larutan sontosa,digaul dengan siako sebelum bercambah dan menyiram pada jarak masa 2 jam sekali.







8 Mac 2011

Pandan

Pandan

Nama Saintifik : Pandanus adorus




Morfologi

  • Sejenis tanaman perdu dan tumbuh tegak ke atas.
  • Daunnya tebal,sedikit lebar,panjang meruncing dan tajam dihujung.
  • Warna hijau tua di pangkal dan hijau muda dihujung.
  • Sejenis tumbuhan yang sejuk,daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan,pewarna dan pewangi.
  • Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih,lebat dan menyejukkan kepala.




Penanaman



Penyediaan Tanah

  • Boleh membiak melalui akar dan anak pokok.
  • Sediakan lubang berukuran 25x25x25 cm.
  • Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP.
  • Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah dipermukaan keliling anak pokok.
Penanaman dalam pasu

  • Gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  • Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
  • Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.




Penjagaan

  • Siran anak pokok apabila perlu.
  • Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok.
  • Taburkan baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10gm/pokok bagi tanaman seperti sekitar rumah.
  • Tiada perosak dan penyakit yang serius menyerang pokok pandan.
  • Daun boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam.

Durian Belanda

Durian Belanda
Pendebungaan secara titisan


Pendahuluan
  • Tanaman durian belanda mempunyai bunga yang bersifat hermafrodit.Satu lagi ciri yang penting ialah organ pembiakan betina mengalami proses kematangan yang lebih awal daripada organ pembiakan jantan.
  • Bagaimanapun keadaan ini telah mengakibabkan berlakunya kekurangan pertindihan fasa kematangan kedua-dua organ tersebut.
  • Fenomena inilah membuatkan pendebngaan berbantu perlu dijalankan ke atas tanaman durian belanda bagi memastikan penghasilan yang tinggi.
Terdapat dua teknik pendebungaan berbantu yang biasa dilakukan ke atas tanaman durian belanda iaitu :

a). Teknik berus - Berus digunakan untuk memindahkan debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini kuran efisen kerana ia memerlukan banyak tenaga buruh,masa yang panjang untuk melakukannya dan membazir debunga.

b). Reknik titisan - Melibatkan penggunaan pipette untuk menitiskan debunga dan media penggalak debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini lebih efisen dan praktikal kerana masa menjalankan pendebungaan adalah lebih singkat.Pembaziran debunga juga dapat dikurangkan.Bahan kimia,bahan-bahan penggalak pembentukan buah seperti hormon boleh dimasukkan bersama ke dalam media pendebungaan untuk mempertingkatkan peratus pembentukan buah dan mutu buah.


Media Penggalak Debunga
  • Kandungan media penggalak debunga yang digunakan terdiri daripada 3 bahan asas,iaitu agar,sukrosa dan nutrien.
  • Fungsi agar ialah memberi daya kelekatan kepada media pendebungaan dijalankan.
  • Sukrosa pula berperanan untuk memastikan keadaan kesinambungan osmotik bagi debunga durian belanda.
  • Sementara nutrien pula bertujuan untuk menggalakkan percambahan dan pertumbuhan tiub debunga.

Kaedah
  • Bermula dengan aktiviti pengumpulan debunga.
  • Selalunya debumga dikumpulkan antara jam 7.30-9.30 pagi.
  • Pengumpulan dalam jangka masa ini penting kerana selepas jangka masa ini viabiliti debunga akan menurun.
  • Masa yang tepat untuk melakukan pendebungaan berbantu ialah apabila 1 atau 2 kelompok bunga telah gugur dan kelihatan banyak stamen yang penuh debunga berwarna kuning berada dalam keadaan longgar.











7 Mac 2011

Petola

Petola

Botani Tanaman

Nama Saintifik : Luffa acutangula
Keluarga : Cucurbitaceae

Sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat dan morfologi pokok seperti :

Batang
  • Bersegi lima,mempunyai buku-buku halus dan tumbuh secara memanjat dengan menggunakan sulur paut bercabang tiga. 
 Daun
  •  Berwarna hijau,mempunyai permukaan yang kasar berukuran 15-17 cm panjang dan 19-23 cm lebar. Daun berbentuk oval lebar,kordat di pangkal daun dan mempunyai akuminat apeks.
 Bunga
  • Berwarna kuning,Kedudukan bunga jantan dan betina adalah berasingan dengan bunga betina sekuntum setangkai.
  • Manakala bunga jantan terdapat lebih lima kuntum dalam sejambak.
  • Pendebungaan dengan cara berselang.

 Buah
  • Panjang,berukuran antara 35-40 cm dan garis pusat 6-5 cm.Bersegi sembilan atau sepuluh pada buah adalah amat ketara.
 Akar
  •  Mempunyai akar tunjang dan akar sisi sedalam 60 cm.
Benih
  •  Berwarna hitam,leper dan beratnya 1450g/1000 biji. 

 Amalan Kultur

 Penyediaan benih
  •  Biji benih bermutu tinggi perlu digunakan pada kadar 5kg/ha.
  • Biji benih dirawat dengan racun kulat seperti captan pada kadar 15g/10kg benih.
 Penyediaan kawasan
  • Penyediaan kawasan merangkumi kerja pembersihan tanah,pembajakan dan pembinaan batas.
  • Tanah dibajak dan digemburkan sedalam 15-22 cm.
  • Batas dibuat selebar 1.2m dan tinggi 20-30 cm.
  • Pengapuran perlu dilakukan sekiranya pH tanah dibawah 5.0 .Lakukan sbaik-baiknya sebulan sebelum menanam dengan menggunakan sama ada GML, batuu kapur,abu tanaman atau bahan-bahan kapur lain.
  • Biasanya kadar kapur yang digunakan untuk tanah pasir, mineral dan gambut masing-masing ialah 2-3 t/ha,3-5t/ha dan 3-7.5t/ha.

 Penanaman Di Ladang
  • Biji benih ditanam terus ke batas sedalam 2-3 cm dengan jarak tanaman 60 x 150 cm.
  • Tanam 2-3 biji benih selubang lebih kurang 2 cm antara satu sama lain.
  • Selepas 10 hari, anak benih dijarangkan kepada sepokok selubang.

 Memasang junjung/penyokong
  •  Sayuran ini memanjat,kayu-kayu junjung atau penyokong diperlukan dan disediakan selewat-lewatnya dua minggu selepas menanam iaitu sebaik sahaja pokok telah mengeluarkan sulur-sulur paut.
  • Sistem para-para dawai adalah sistem penyokong yang sesuai untuk petola segi menggunakan tiang-tiang junjung berukuran 2.5m panjang dan bergaris pusat 6 cm.
  • Tiang-tiang ini dipacak di atas batas dengan jarak lebih kurang 4m persegi.
  • Apabila tinggi pokok lebih kurang 20 cm,tali-tali rafia mula dipasang pada tiap-tiap pokok dan kemudian diikat ke para-para dawai.
 Pembajaan
  •  Pengurusan pembajaan petola segi berbeza-beza mengikut jenis tanah.
  • Tanah berpasir memerlukan kadar baja dan bahan organik lebih  tinggi berbanding tanah mineral.

 Pemangkasan
  •  Pemangkasan dilakukan dengan mencantas dahan-dahan sisi dan pucuk terutama di bahagian bawah apabila pokok telah besar dan rimbun iaitu sebelum pengeluaran bunga.
  • Cantasan dilakukan bagi mengurangkan pertumbuhan vegetatif dan menggalakkan pengudaraan antara pokok serta pengeluaran buah.
 Pengurusan Perosak
  •  Kawalan Penyakit Dan Serangga
 i).Kumbang daun (Aulacophora spp).

 Bahagian diserang
  •  Daun dan akar
 Simptom
  • Daun-daun dimakan teruk oleh kumbang dewasa dan akar pokok dimakan oleh larva.
 Kawalan
  • Sembur seluruh pokok dengan racun serangga seperti carbaryl atau cypermethrin.

 ii). Lalat Buah

 Bahagian diserang
  •  Buah
 Simpton
  •  Buah yang diserang berkeadaan berlubang dan menjadi busuk.
  • Buah muda yang diserang teruk akan berubah bentuk dan terbantut.
 Kawalan
  •  Bungkus dan musnahkan buah-buah yang diserang.

 Penyakit yang biasa menyerang pokok petola segi seperti :

 i). Penyakit kulapuk berdebu

 Penyebab
  •  Erysiphe cichoracearum
 Bahagian diserang
  •  Daun
 Cara merebak
  •  Angin dan air
Simptom
  • Tompok-tompok maisilia putih dan berdebu kelihatan di permukaan daun.
  • Lama-kelamaan kulat merebak ke seluruh permukaan daun.
  • Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang,kering serta berkedut.
  • Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah yang dihasilkan kecil.
ii). Penyakit kulapuk Downy

Penyebab
  • Pseudoperonospora cubensis
Bahagian diserang
  • Daun
Cara merebak
  • Angin

Simptom
  • Terdapat bintik-bintik berbentuk siku berwarna hijau pucat kekuningan diatas daun.
  • Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora.
  • Daun-daun kemudiannya menjadi perang dan akhirnya mati.
  • Buah menjadi bantut.
  • Musnah daun-daun yang diserang
  • Sembur dengan racun kulat mancozeb atau chlorothalonil apabila terdapat tanda-tanda penyakit.Ulang semburan 7-10 hari jika perlu.
Kawalan Rumpai
  • Bagi mengawal rumpai,racun rumpai pracambah metalachlor (0.3-1.0 kg/ha) boleh digunakan dengan cara menyembur sama rata di atas batas selepas benih ditanam tetapi sebelum rumpai bercambah.
  • Bagi rumpai yang tumbuh di atas batas selepas menanam,kerja-kerja merumput dilakukan denhan cara mencabut dengan tangan atau menggunakan cangkul.
  • Batas yang diselaputi sungkupan seperti lalang,rumput kering dan jerami padi juga berupaya menyekat pertumbuhan rumpai.
  • Rumpai yang terdapat antara batas tanaman jika perlu bolah dikawal dengan menyembur racun seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyphosate (0.6 kg/ha) pada peringkat pokok belum berbuah.
  • Gunakan alat penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias.

Kematangan dan Pengutipan Hasil
  • Hasil petola segi boleh dikutip pada umur 45-50 hari selepas menanam.
  • Pengutipan dibuat selang 2-3 hari selama lebih kurang 60 hari.
  • Anggaran hasil sehektar ialah 18 tan semusim.
  • Tanda-tanda kematangan ialah kulit bertukar dari warna hijau gelap kepada warna hijau cerah dan segi serta buahnya senang dipatahkan.
  • Pada peringkat ini,isi masi lembut dan tidak bersabut.


24 Feb 2011

Labu

Labu Manis

Botani Tanaman



Nama tempatan : Labu manis.               
Nama saintifik : Cucurbita moschata.
Keluarga : Cucurbitaceae.




Menggunakan kaedah pukat junjung
Tanaman singkat masa hidup menjalar dan mempunyai ciri-ciri seperti :

  • Tabiat pertumbuhan - menjalar
  • Batang - Bentuk bulat atau bersegi lima,separa keras dan mempunyai sulur paut.
  • Daun - Besar,berukuran 20 x 30 cm dan berlobus.





  • Bunga - Buahnya berwarna kuning,bunga betina dan jantan adalah berasingan (Monoecious).
Bunga jantan















Bunga betina

  • Buah - Buahnya besar dan berbagai bentuk mengikut kultivar.
  • Benih - Berwarna putih,berbentuk leper. Berat 1000 biji lebih kurang 200 g.
Buah dan biji labu



Keperluan Asas Tanaman

A).Faktor Iklim

  • Memerlukan cuaca panas dan air yang banyak untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang baik.
  • Suhu yang sesuai ialah 25-35 C pada waktu siang dan 18-22 C pada waktu malam.
  • Hujan minima sebanyak 380mm semusim adalah diperlukan.
  • Hujan yang terlalu lebat menyebabkan air bertakung boleh merosakkan tanaman ini.
  • Cuaca redup dan naungan dari pokok lain mengurangkan pengeluaran bunga betina dan seterusnya boleh merendahkan hasil.


B). Faktor Tanah

  • Tanah yang sesuai ialah liat gembur berpasir,liat gembur berorganan tinggi,gambut diberi kapur dan tanah bris organan yang tinggi seperti Rhu Tapai dan Rompin.
  • Penanaman di tanah rata mestilah mempunyai saliran yang baik.
  • Di kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi hendaklah dibuat batas.
  • pH yang sesuai antara 5.5-6.8.
  • Kebanyakkan tanah di malaysia mempunyai nilai pH yang rendah dan kapur diperlukan untuk mengurangkan kemasaman tanah.
  • Tanah mineral memerlukan kapur sebanyak 3-5 tm sehektar.

Penyediaan Benih

  • Benih diperlukan sebanyak lebih kurang 800g biji benih diperlukan untuk sehektar.
  • Biji benih perlu dirawat dengan racun thiram dengan kadar rawatan kering 3 gram thiram bagi 1000g biji benih.
  • Rawatan biji benih amat penting bagi mencegah penyakit disebabkan kulat layu anak benih.



Penanaman.
  • Biji benih yang telah dirawat dengan racun kulat ditanam terus kebatas dengan jarak 1.2m dalam baris dan 2.4m antara baris.
  • Sebanyak 2 biji benih digunakan bagi selubang dan ditutup dengan 1-2cm tanah.
  • Lakukan penjarangan satu pokok satu lubang selepas 2 minggu.





Pendebungaan oleh tebuan
Pendebungaan Berbantu 
  • Biasanya proses pendebungaan berlaku oleh serangga seperti lebah,lalat,kumbang,tebuan dan kupu-kupu.
  • Jika racun serangga digunakan dengan kerap,agen pendebungaan akan mati dan proses pendebungaan tidak berlaku sepenuhnya menyebabkan buah berkurangan.




Pendebungaan oleh tebuan

  • Pendebungaan berbantu dimana debunga dari bunga jantan disapu keatas stigma bunga betina perlu dilakukan jika tiada agen pendebungaan.
  • Pendebungaan berlaku dibuat sekiranya serangga berkurangan dan digalakkan pada waktu 8.00 - 11.00 pagi iaitu apabila bunga betina kembang.
  • Debunga dari bunga jantan yang terbuka pada waktu pagi digunakan. 
Bunga kecup waktu petang



  • Bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina,satu bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina.












Putik Buah
  • Selepas tujuh hari bunga betina yang berjaya didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah.


















    Pengurusan Perosak
    • Penyakit yang boleh menyerang pokok labu dan langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut :
    a). Kulapuk Downy (Pseudoperono-spora Cubensis

    Simptom
    • Kelihatan bintik-bintik bersegi berwarna hijau pucat kekuningan diatas daun.
    • Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora-spora cendawan keungun-unguan.
    • Serangan yang teruk menyebabkan menjadi kuning dan mati serta buah menjadi bantut.

    Kawalan
    • Sembur dengan racun seperti metalaxyl dengan kadar 0.15% b.a.
    • Semburan dibuat apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulangi selang 7-10 hari sekali.

    b). Kulapok Berdebu (Erysiphe cichoracearum)

    Simptom
    • Kulat berdebu mula kelihatan dilapisan bawah daun dan juga dibatang pokok.
    • Lama-kelamaan bahagian berpenyakit menjadi perang dan berkedut.
    • Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah selalunya kecil.
    c). Melecuh Anak Benih/Reput Pangkal (Phytophthora sp, Pythium sp, Rhizoctkonia sp)

    Simptom
    • Serangan berlaku pada pangkal batang atau dimana terdapat tanda-tanda cedera berair dan kelihatan nekrotik.
    • Akhirnya anak benih/pokok tumbang.
    Kawalan
    • Gunakan benih yang bernas dan sihat.
    • Rawat biji benih dengan racun kulat seperti captan 3g/1000g biji benih.

    d). Mosek Virus (Mosaic Virus)

    Simptom
    • Daun kelihatan berintik-rintik berwarna pucat kehijauan.
    • Daun kerekot dan pokok terbantuk.
    Kawalan
    • Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit.
    • Lakukan pusingan tanaman dan mengawal serangga pembawa penyakit seperti kutu daun.

    e).Hawar Daun (Rhizoctonia sp).

    Simptom
    • Bahagian daun yang diserang kelihatan melecuh dan berair.
    • Terdapat spora-spora yang berwarna keperangan di tempat serangan.
    Kawalan
    • Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram (80% wp) 3g/1000 g biji benih.
    • Guna biji benih yang bersih,amalkan tanaman giliran.
    • Cabut dan tanam daun yang berpenyakit.




















    23 Feb 2011

    Melon

    Tanaman melon kaedah fertigasi

    Kelebihan Kaedah Fertigasi
    • Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhanya.
    • Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindar masalah penyakit.
    • Mengatasi masalah tanah (tidak subur,perumah penyakit dan perosak).
    • Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
    • Tidak ada masalah rumpai,lantai ditutup dengan plastik sepenuhnya.
    • Kualiti hasil yang lebih baik.
    • Penggunaan baja yang cekap.
    • Menjimatkan kos kawalan serangga kerana menggunakan kalis serangga.
    • Hasil lebih tinggi.

    Rumah fertigasi
    kelebihan rumah lindungan dan persekitaran terkawal   
    • Pergeluaran hasil yang berterusan.
    • Penggunaan baja lebih berkesan.
    • Penggunaan racun makhluk perosak yang minima.
    • Hasil seunit kawasan lebih tinggi.
    • Kualiti hasil lebih baik.
    • Pengurusan tanaman lebih sistematik.

    Sumber Air
    - Sebagai asas pemilihan awal,sumber air mestilah jernih dan tidak 
     berbau.Lain-lain kriteria termasuklah :
    • pH air 6.0-7.5               
    • TDS <150 ppm
    • Bebas klorin
    • Suhu lebih sejuk lebih baik.
    Alat pelaras larutan (pH dan EC meter)
    • Digunakan untuk menentukan dan mempastikan pH dan EC larutan baja dan media sentiasa berada tahap yang optima.
    • Nilai pH optima bagi larutan baja dan media ialah antara 5.5 hingga 6.5.
    • Nilai kepekatan larutan baja dan media bergantung kepada jenis tanaman dan peringkat tanaman.
    • Julat keperluan EC biasanya antara 1.2mS/cm hingga 3.8mS/cm

    Alat pelaras pH & EC meter     






















    rock melon jenama Glamour





    menyemai biji benih





    siram slps semai








    anak pokok umur 4-5 hari








    anak pokok umur 1 minggu





    polibeg di bawah rumah fertigasi









    anak pokok umur 1 minggu dipindah ke polibeg





    pokok perlu dililit supaya tegak







     utk m'bentuk pokok t'sbut






    m'buang tunas yg tak diperlukan






    bunga keluar pada minggu ke4





    aktiviti pendebungaan





    buah perlu dibungkus utk elak serangan lalat buah





    buah rock melon yg sempurna





    buang tangkai daun utk mudahkan proses tuai





    hasil yang dituai







    buah rock melon sedia utk diuji kemanisan







    22 Feb 2011

    Buah jarang dijumpai "Buah kabung"

     Buah kabung
    • Buah ini sedap dimakan.
    • Rasanya manis apabila disira.
    • Biasanya dimakan bersama ABC.
    • Isi berwarna putih dan berlendir.

    Pokok sedang berbuah




    18 Feb 2011

    Tembikai

    Tembikai...


    Nama Saintifik : (Citrullus Lunatus Schard)  
    Nama Keluarga : Cucurbitaceae


    Botani


    Batang pokok tembikai
    A). Pokok       
    • Sejenis tanaman herba.
    • Batang berbulu yang menjalar,berbentuk bulat atau empat segi.
    • Batangnya terdapat daun dan sulur paut.
    • Sulur paut,daun dan bunga keluar dari titik yang sama di bahagian batang.
    • Sistem pengakaran cetek (40-50 cm) dan meluas (60-90 cm)



    B). Daun
    • Daun tembikai berbentuk oval,bercuping yang dalam dan panjang (10-20 cm) bergantung kepada varieti



      Bunga kembang
      C). Bunga  
      • Jenis monoesius iaitu bunga jantan dan betina terdapat pada pokok yang sama.
      • Bunga berwarna kuning dan lebarnya 1.5-2.0 sm.
      • Ada juga jenis yang mempunyai bunga hermafrodit.
      • Bunga terdapat di celah daun dan pendebungaan biasanya dilakukan oleh serangga.
      • Biasanya bunga muda berkembang antara jam 7.30-10.30 pagi.
      • Agen pendebungaan yang utama seperti lebah,semut dan kelulut.




      Bunga Betina



      D). Buah
      • Berbentuk bulat,bujur bulat dan bujur.
      • Mempunyai kulit yang licin.
      • Warna kulit berbeza dari hijau muda hingga hijau tua serata (seragam) atau berjalur.
      • Berat buah mengikut varieti,biasanya antara 7-15 kg.
      • Mempunyai kulit luar yang kuat,dengan lapisan dibawah kulit setebal 0.5 cm dan juga bahagian isi yang boleh dimakan.
      • Biji kecil dan tertanam di dalam isi.
      • Siz biji antara 5-15 mm berwarna putih,hitam,perang,kekuningan dan merah jambu.
      • Biasanya tembikai yang popular dari jenis yang tidak berbiji atau saiz bijinya sangat kecil dan tidak bernas.

      Keperluan Asas Tanaman

      Faktor iklim
      • Memerlukan cuaca yang panas,kering dan matahari yang cukup untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik.
      • Suhu antara 25-35 C pada siang hari dan 18-22 C pada malam sesuai pada tanaman tembikai.
      • Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi gula yang tinggi berbanding dalam keadaan sejuk dan lembab.
      • Suhu yang tinggi dapat mempercepatkan buah matang.
      • Tembikai tidak ditanam di tanah tinggi suhu sejuk dan dingin.
      • Pada peringkat pertumbuhan,hujan dengan kadar minimun sebanyak 380 mm semusim.
      • Hujan yeng berlebihan sera cuaca yang redup boleh memyebabkan pertumbuhan pokok terbantuk.
      • Pembentukan bunga dan buah akan terjejas menyebabkan pengeluaan hasil yang rendah.

      Faktor Tanah
      • Tembikai sesuai di kebanyakkan tanah yang mempunyai keaidan antara pH 5.5-6.5.
      • Tanaman ini lebih sesuai ditanam ditanah gambur berpasir an tidak menakung air.
      • Tanah yang tinggi kendungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai bagi penanaman tembikai.

      Pengapuran
      • Perlu dijalankan jika pH tanah rendah.
      • Biasanya dilakukan bersama-sama pembajaan kimia.
      • Bahan pengapuran seperti batu kapur halus dan batu kapur magnesium (GML).

      Amalan Kultura

      A). Penyediaan batas dan lubang tanaman
      • Jarak tanaman disyorkan ialah 0.75-1.2 m dalam baris dan 4.5-5.5 m antara baris.
      • Lebar batas disyorkan 1-1.5m.
      • Kepadatan tanaman tembikai ialah 1,800-2,400 lubang sehektar dan setiap lubang mempunyai satu pokok.
      • Pembajaan asas hendaklah dibuat dengan menabur dan menggaul ke dalam tanah sebelum ditutup dengan plastik silvershine.
      • Perhatian hendaklah diberi supaya permukaan hitam menghala ke bawah,manakala yang bersinar pula pada sebelah atas.
      • Permukaan hitam akan menyerap haba dan dapat mengekal suhu dan kelembapan tanah.
      • Permukaan yang bersinar dapat membalikkan cahaya kepada pokok dan ini boleh mengurangkan kehadiran trips,apids dan koya di sebelah bawah daun.
      • Keguaan plastik silverdhine dapat mengurangkan tenaga bagi pengurusan rumpai.
      • Sistem pengairan hendaklah disediakan sebelum menanam.


      Penyediaan Anak Benih 


      Semaian anak benih
      • Penanaman secara mengubah adalah kaedah dimana biji benih disemai di dalam lubang semaian dan dibesarkan dahulu sehingga sesuai diubah ke ladang.
      • Kaedah ini mat baik kerana kos lebih efektif dan anak benih terbaik dapat dipilih untuk penanaman.
      • Penanaman terus ke ladang tidak digalakkan kerana banyak kelemahan seperti memerlukan biji benih yang banyak,perlu melakukan aktiviti penjarangan,risiko terhadap pertumbuhan diperingkat awal.
      • Khusus bagi penanaman tembikai tanpa biji disamping varieti yang dipilih untuk pengeluaran,varieti biasa juga perlu ditanam lebih kurang 10% untuk mendapatkan sumber debunga bagi menjalankan pendebunga berbantu.
      • Tembikai isi kuning biasa digunakan kerana banyak bunga.
      • Bagi varieti pendebunga ini hanya boleh disediakan sama ada serentak atau dalam julat 1-7 hari lebih awal.

      Cara Menyemai 
      • Bungkus biji benih dengan sehelai kain yang bersih dan tendam dalam air selama 12 jam supaya melembutkan kulitnya dan mempercepatkan proses percambahan.
      • Jika menggunakan asid animo,rendam selama 30-1 jam.
      • Rawat biji benih dengan racun kulat supaya mengelakkan dari terkena jangkitan kulat.
      • Biji benih dicambah dalam kotak atau dulang semaian dibuat daripada plastik atau PVC yang diisi dengan media percambahan sehingga 90% penuh.
      • Setiap lubang disemai satu biji,kemudian tutup sedikit dengan bahan media.
      Setiap lubang satu biji














      Siram selepas disemai
















      Penanaman Di Ladang
      • Anak benih tembikai boleh diubah ke ladang apabila daun yang pertama atau yang kedua terbuka iaitu selepas 8-12 hari disemai.
      • Anak-anak benih yang berumur lebih dari dua minggu biasanya akan terbantut jika ditanam.
      • Sebelum mengubah,anak benih perlu disiram dengan secukupnya.
      • Setiap lubang ditanam dengan satu anak benih terpilih sahaja.
      • Selepas ditanam pokok-pokok yang mati dan tidak subur perlu disulam.
      Ladang tembikai







      Pengurusan sulur
      Dilatih arah yang dikehendaki
      • Pemngkasan sulur utama dibuat pada ruas keempat hingga kelima atau keenam hingga ketujuh selepas tanaman berumur 10-15 hari.
      • Tujuan supaya menggalakkan sulur-sulur baru keluar dan tumbuh dengan lebih subur,seterusnya mengeluarkan buah yang lebih seragam dan penuaian hasil yang serentak.
      • Sulur-sulur hendaklah dilatih supaya pokok menjalar secara mendatar mengikut arah yang dikehendaki bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti membaja,menyembur,pendebungaan berbantu dan lain-lain dapat dijalankan dengan sempurna.
      • Ia mula dijalankan apabila pokok mula berumur 15 hari selepas menanam.
      • Lidi atau dawai yang dibengkokkan berbentuk u atau v dicucuk ke tanah sebelah menyebelah sulur berkenaan. 



      Pendebungaan Berbantu

      Pendebungaan oleh lebah

      • Biasanya serangga seperti lebah,penyengat dan kumbang berperanan dalan proses pendebungaan tanaman tembikai.
      • Pembentukan buah tetap akan berlaku jika kekurangan serangga dalam proses pendenbungaan, tetapi buah akan menjadi kecik,berbentuk cacat,kandungan gula rendah dan kualiti rendah.
      • Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi,pendebungaan berbantu perlu dijalankan.
      • Pokok mula mengeluarkan bunga pada peringkat 28-30 hari selepas mengubah atau menanam ke ladang.
      • Bunga jantan dan betina berasingan pada paksi daun.
      • Bilangan yang keluar adalah tertakluk pada jenis atau varieti yang digunakan dan biasanya di antara 20-30 kudup bunga pada setiap pokok.
      • Pendebungaan berbantu dibuat 30 hari selepas tanam.
      • Biasanya dilakukan sebelum pukul 10 pagi dengan mengambil bunga jantan dari tembikai kuning (pollinator) disentuh-sentuhkan pada bunga betina supaya debunga dari stamen bunga jantan melekat pada stigma bunga betina bagi pokok-pokok tembikai tanpa biji.

      Pembajaan
      • Tembikai adalah tanaman yang memerlukan baja yang banyak.
      • Hidup subur jika kandungan organan yang tinggi.

      Penuaian

      a). Penentuan kematangan
           - Tembikai dituai apabila buah cukup masak apapbila kandungan gula berada pada tahap kemanisan yang
              tinggi dan kemanisan yang memuaskan.
           - Tembikai matang dalam tempoh yang berbeza-beza bergantung kepada varieti yang ditanam.
           - Biasanya buah tembikai sedia dituai 60-75 hari selepas diubah ke ladang.
           - Ciri-ciri kematangan buah ialah :
      • Bahagian kulit buah yang bersentuh dengan tanah bertukat warna dari putih kehijauan kepada kunin pucat.
      • Warna kulit buah yang masak bertukar pudar atau kuning berkilat.
      • Sulur paut bertukar warna kepada hijau ke perang atau kering. (Cara ini tidak tepat kerana perubahan warnanya kadang-kadang tidak seiring dengan kemasakan buah).
      • Bunyi jentikan buah masak berongga manakala buah yang belum masak berbunyi padat.

      Pengutipan Hasil
      • Buah yang matang dituai dengan memotong tangkainya sama ada dengan pisau atau gunting.
      • Tangkai dipotong sepanjang 10 cm dari tampuk buah.
      • Ia tidak boleh disentak atau dipulas kerana kecederaan pada tampuk buah akan memudahkan jangkitan penyakit dan buah akan mudah menjadi busuk/rosak.
      • Buah dituai selepas air atau embun kering.
      • Penuaian pada musim hujan hendaklah dielakkan.