Tembikai...
Nama Saintifik : (Citrullus Lunatus Schard)
Nama Keluarga : Cucurbitaceae
Botani
Batang pokok tembikai |
- Sejenis tanaman herba.
- Batang berbulu yang menjalar,berbentuk bulat atau empat segi.
- Batangnya terdapat daun dan sulur paut.
- Sulur paut,daun dan bunga keluar dari titik yang sama di bahagian batang.
- Sistem pengakaran cetek (40-50 cm) dan meluas (60-90 cm)
B). Daun
- Daun tembikai berbentuk oval,bercuping yang dalam dan panjang (10-20 cm) bergantung kepada varieti
Bunga kembang |
- Jenis monoesius iaitu bunga jantan dan betina terdapat pada pokok yang sama.
- Bunga berwarna kuning dan lebarnya 1.5-2.0 sm.
- Ada juga jenis yang mempunyai bunga hermafrodit.
- Bunga terdapat di celah daun dan pendebungaan biasanya dilakukan oleh serangga.
- Biasanya bunga muda berkembang antara jam 7.30-10.30 pagi.
- Agen pendebungaan yang utama seperti lebah,semut dan kelulut.
Bunga Betina |
D). Buah
- Berbentuk bulat,bujur bulat dan bujur.
- Mempunyai kulit yang licin.
- Warna kulit berbeza dari hijau muda hingga hijau tua serata (seragam) atau berjalur.
- Berat buah mengikut varieti,biasanya antara 7-15 kg.
- Mempunyai kulit luar yang kuat,dengan lapisan dibawah kulit setebal 0.5 cm dan juga bahagian isi yang boleh dimakan.
- Biji kecil dan tertanam di dalam isi.
- Siz biji antara 5-15 mm berwarna putih,hitam,perang,kekuningan dan merah jambu.
- Biasanya tembikai yang popular dari jenis yang tidak berbiji atau saiz bijinya sangat kecil dan tidak bernas.
Keperluan Asas Tanaman
Faktor iklim
- Memerlukan cuaca yang panas,kering dan matahari yang cukup untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik.
- Suhu antara 25-35 C pada siang hari dan 18-22 C pada malam sesuai pada tanaman tembikai.
- Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi gula yang tinggi berbanding dalam keadaan sejuk dan lembab.
- Suhu yang tinggi dapat mempercepatkan buah matang.
- Tembikai tidak ditanam di tanah tinggi suhu sejuk dan dingin.
- Pada peringkat pertumbuhan,hujan dengan kadar minimun sebanyak 380 mm semusim.
- Hujan yeng berlebihan sera cuaca yang redup boleh memyebabkan pertumbuhan pokok terbantuk.
- Pembentukan bunga dan buah akan terjejas menyebabkan pengeluaan hasil yang rendah.
Faktor Tanah
- Tembikai sesuai di kebanyakkan tanah yang mempunyai keaidan antara pH 5.5-6.5.
- Tanaman ini lebih sesuai ditanam ditanah gambur berpasir an tidak menakung air.
- Tanah yang tinggi kendungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai bagi penanaman tembikai.
Pengapuran
- Perlu dijalankan jika pH tanah rendah.
- Biasanya dilakukan bersama-sama pembajaan kimia.
- Bahan pengapuran seperti batu kapur halus dan batu kapur magnesium (GML).
Amalan Kultura
A). Penyediaan batas dan lubang tanaman
- Jarak tanaman disyorkan ialah 0.75-1.2 m dalam baris dan 4.5-5.5 m antara baris.
- Lebar batas disyorkan 1-1.5m.
- Kepadatan tanaman tembikai ialah 1,800-2,400 lubang sehektar dan setiap lubang mempunyai satu pokok.
- Pembajaan asas hendaklah dibuat dengan menabur dan menggaul ke dalam tanah sebelum ditutup dengan plastik silvershine.
- Perhatian hendaklah diberi supaya permukaan hitam menghala ke bawah,manakala yang bersinar pula pada sebelah atas.
- Permukaan hitam akan menyerap haba dan dapat mengekal suhu dan kelembapan tanah.
- Permukaan yang bersinar dapat membalikkan cahaya kepada pokok dan ini boleh mengurangkan kehadiran trips,apids dan koya di sebelah bawah daun.
- Keguaan plastik silverdhine dapat mengurangkan tenaga bagi pengurusan rumpai.
- Sistem pengairan hendaklah disediakan sebelum menanam.
Penyediaan Anak Benih
Semaian anak benih |
- Penanaman secara mengubah adalah kaedah dimana biji benih disemai di dalam lubang semaian dan dibesarkan dahulu sehingga sesuai diubah ke ladang.
- Kaedah ini mat baik kerana kos lebih efektif dan anak benih terbaik dapat dipilih untuk penanaman.
- Penanaman terus ke ladang tidak digalakkan kerana banyak kelemahan seperti memerlukan biji benih yang banyak,perlu melakukan aktiviti penjarangan,risiko terhadap pertumbuhan diperingkat awal.
- Khusus bagi penanaman tembikai tanpa biji disamping varieti yang dipilih untuk pengeluaran,varieti biasa juga perlu ditanam lebih kurang 10% untuk mendapatkan sumber debunga bagi menjalankan pendebunga berbantu.
- Tembikai isi kuning biasa digunakan kerana banyak bunga.
- Bagi varieti pendebunga ini hanya boleh disediakan sama ada serentak atau dalam julat 1-7 hari lebih awal.
Cara Menyemai
- Bungkus biji benih dengan sehelai kain yang bersih dan tendam dalam air selama 12 jam supaya melembutkan kulitnya dan mempercepatkan proses percambahan.
- Jika menggunakan asid animo,rendam selama 30-1 jam.
- Rawat biji benih dengan racun kulat supaya mengelakkan dari terkena jangkitan kulat.
- Biji benih dicambah dalam kotak atau dulang semaian dibuat daripada plastik atau PVC yang diisi dengan media percambahan sehingga 90% penuh.
- Setiap lubang disemai satu biji,kemudian tutup sedikit dengan bahan media.
Setiap lubang satu biji |
Siram selepas disemai |
Penanaman Di Ladang
- Anak benih tembikai boleh diubah ke ladang apabila daun yang pertama atau yang kedua terbuka iaitu selepas 8-12 hari disemai.
- Anak-anak benih yang berumur lebih dari dua minggu biasanya akan terbantut jika ditanam.
- Sebelum mengubah,anak benih perlu disiram dengan secukupnya.
- Setiap lubang ditanam dengan satu anak benih terpilih sahaja.
- Selepas ditanam pokok-pokok yang mati dan tidak subur perlu disulam.
Ladang tembikai |
Pengurusan sulur
Dilatih arah yang dikehendaki |
- Pemngkasan sulur utama dibuat pada ruas keempat hingga kelima atau keenam hingga ketujuh selepas tanaman berumur 10-15 hari.
- Tujuan supaya menggalakkan sulur-sulur baru keluar dan tumbuh dengan lebih subur,seterusnya mengeluarkan buah yang lebih seragam dan penuaian hasil yang serentak.
- Sulur-sulur hendaklah dilatih supaya pokok menjalar secara mendatar mengikut arah yang dikehendaki bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti membaja,menyembur,pendebungaan berbantu dan lain-lain dapat dijalankan dengan sempurna.
- Ia mula dijalankan apabila pokok mula berumur 15 hari selepas menanam.
- Lidi atau dawai yang dibengkokkan berbentuk u atau v dicucuk ke tanah sebelah menyebelah sulur berkenaan.
Pendebungaan Berbantu
Pendebungaan oleh lebah |
- Biasanya serangga seperti lebah,penyengat dan kumbang berperanan dalan proses pendebungaan tanaman tembikai.
- Pembentukan buah tetap akan berlaku jika kekurangan serangga dalam proses pendenbungaan, tetapi buah akan menjadi kecik,berbentuk cacat,kandungan gula rendah dan kualiti rendah.
- Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi,pendebungaan berbantu perlu dijalankan.
- Pokok mula mengeluarkan bunga pada peringkat 28-30 hari selepas mengubah atau menanam ke ladang.
- Bunga jantan dan betina berasingan pada paksi daun.
- Bilangan yang keluar adalah tertakluk pada jenis atau varieti yang digunakan dan biasanya di antara 20-30 kudup bunga pada setiap pokok.
- Pendebungaan berbantu dibuat 30 hari selepas tanam.
- Biasanya dilakukan sebelum pukul 10 pagi dengan mengambil bunga jantan dari tembikai kuning (pollinator) disentuh-sentuhkan pada bunga betina supaya debunga dari stamen bunga jantan melekat pada stigma bunga betina bagi pokok-pokok tembikai tanpa biji.
Pembajaan
- Tembikai adalah tanaman yang memerlukan baja yang banyak.
- Hidup subur jika kandungan organan yang tinggi.
Penuaian
a). Penentuan kematangan
- Tembikai dituai apabila buah cukup masak apapbila kandungan gula berada pada tahap kemanisan yang
tinggi dan kemanisan yang memuaskan.
- Tembikai matang dalam tempoh yang berbeza-beza bergantung kepada varieti yang ditanam.
- Biasanya buah tembikai sedia dituai 60-75 hari selepas diubah ke ladang.
- Ciri-ciri kematangan buah ialah :
- Bahagian kulit buah yang bersentuh dengan tanah bertukat warna dari putih kehijauan kepada kunin pucat.
- Warna kulit buah yang masak bertukar pudar atau kuning berkilat.
- Sulur paut bertukar warna kepada hijau ke perang atau kering. (Cara ini tidak tepat kerana perubahan warnanya kadang-kadang tidak seiring dengan kemasakan buah).
- Bunyi jentikan buah masak berongga manakala buah yang belum masak berbunyi padat.
Pengutipan Hasil
- Buah yang matang dituai dengan memotong tangkainya sama ada dengan pisau atau gunting.
- Tangkai dipotong sepanjang 10 cm dari tampuk buah.
- Ia tidak boleh disentak atau dipulas kerana kecederaan pada tampuk buah akan memudahkan jangkitan penyakit dan buah akan mudah menjadi busuk/rosak.
- Buah dituai selepas air atau embun kering.
- Penuaian pada musim hujan hendaklah dielakkan.