Nama saintifik : Salacca edulias
Keluarga : Palmae
Ciri-ciri
Akar anak pokok salak |
- Tidak mempunyai akar tunjang.
- Tumbuh berumpun,setiap koko salak akan mengeluarkan sulur seperti tanaman pokok nipah atau pokok menkuang dan dipenuhi duri dari akar sehingga ke pelepahnya
- Pokok salak tumbuh berasingan jantina,iaitu rumpun jantan dan pokok rumpun betina.
- Pokok jantan dan betina boleh dikenali selepas mengeluarkan bunga.
- Pokok jantan akan mengeluarkan gugusan bunga jantan yang agak kecil dan tidak kembang.
- Pokok betina akan mengeluarkan gugusan bunga betina yang lebih besar dan mengembang..
Jenis Salak
- Salak boleh diketegerikan kepada 3 jenis iaitu :
i). Kulit buah berwarna merah kehitaman
ii). Kulit buah berwarna keputihan.
iii). Kulit buah berwarna merah.
Baka-baka salak yang terkenal dengan sifat-sifatnya yang tersendiri iaitu :
i). Salak Nangka
- Kulit buah berwarna merah keputihan,isi tebal,lekang dan rasa seperti nangka.
- Kulit buah merah kehitaman dan keras,lekang dan rasanya manis kelat.
- Kulit buah berwarna merah dan isinya juga merah. Pangkal buah memanjang dan rasanya manis.
- Kulit buah berwarna keputihan,isi sederhana tebal, rasanya manis walaupun masih muda.
- Kulit buah berwarna merah,isinya tebal,tidak lekang,rasanya masam kelat. Biasanya tumbuh di tepi paya.
Tanah Dan Kesesuaian
- Salak amat sesuai ditanam di tanah-tanah mendapan sungai yang mempunyai tekstur liat berpasir, mengandungi bahan organan yang tinggi dan siliran yang baik.
- Antara siri-siri tanah yang sesuai untuk tanaman salak seperti Siri Penambang,siri cempaka,siri cempaka,siri Tebok dan siri Tok Yong.
- Tanaman ini hidup subur di kawasan naungan yang berkelembapan tinggi.
- Salak memerlukan naungan antara 70-80% semasa pokok masih kecil dan 50-60% apabila dewasa.
- Amat sesuai ditanam di kawasan-kawasan pedalaman.
Penanaman
Bahan Tanaman
- Tiga jenis bahan tanaman iaitu :
A). Biji Benih
Anak semaian biji |
- Cara pembiakkan cepat,kerana pokok banyak mengeluarkan buah dalam semusim.
- Penentuan biji benih jantan dan betina tidak diketahui.
- Pokok hanya boleh dikenali selepas pokok mengeluarkan bunga.
- Hanya boleh menghaslkan lebih kurang 25% pokok betina.
i). Dipilih dari buah yang mempunyai biji kembar dua sahaja.Biasnya biji benih kembar biasanya
mengeluarkan pokok betina.
ii). Biji benih dari buah-buah yang sempurna dan berbentuk bulat bujur.
iii). Buah untuk biji benih diambil dari pokok-pokok yang cukup matang dan mengeluarkan hasil yang banyak
dan bermutu.
B). Anak Sulur.
- Pokok salak mengeluarkan anak sulur di pangkalnya dan boleh digunakan sebagai bahan tanaman.
- Pokok yang matang biasanya boleh menghasilkan antara 2-10 sulur pokok.
- Bagi mendapatkan sulur yang banyak,pangkaskan batang induk lebih kurang 45 cm dari pangkal pokok.Cara ini akan menghasilkan 20-30 sulur.
Kebaikan anak sulur
- Anak sulur akan menepati baka ibunya dan boleh dipastikan jantan dan betina berdasarkan pokok induk.
- Cepat mengeluarkan hasil sekiranya anak sulur yang telah matang digunakan.
- Masa yang diambil untuk pengeluaran sulur terlalu lama iaitu setelah pokok matang,dan pengeluarannya adalah sedikit.
- Kerumitan semasa memisahkan anak sulur dari pokok induk.Jika tersilap pokok akan mati.
- Anak sulur lambat berakar.
C). Tisu Culture
- Merupakan pembiakan menggunakan bahan tisu dari tanaman salak.
- Proses ini memerlukan kepakaran dan kemahiran.
Penanaman Di Ladang.
- Anak-anak salak yang berumur lebih kurang 8-10 bulan selepas disemai sesuai diumah ke ladang.
- Sebaik-baiknya penanaman ini dilakukan pada musim hujan supaya pertumbuhan tidak terencat.
- Saiz lubang penanaman biasanya berukuran 60X60X60 cm dan di dalamnya masukan 120gm CIRP digaul dengan 5 kg bahan organan.
- Setiap lubang ditanam satu anak pokok.
Kawalan sulur salak
- Selepas 3 tahun ditanam diladang,poko salak mengeluarkan banyak anak sulur.
- Anak-anak sulur ini hendaklah dikawal pertumbuhannya supaya setiap rumpun ditinggalkan pokok induk bersama 3 anak sulur sahaja.
- Keadaan ini sesuai untuk pertumbuhan dan pembesaran pokok dengan baik serta pengeluaran hasil yang maksima.
Pengeluaran Hasil
- Saiz buah salak lebih kurang sebesar buah pinang dan mempunyai banyak bentuk,bentuk yang biasa ialah bulat dan runcing di hujung.
- Pokok salak yang ditanam dengan biji biasanya mengeluarkan hasil selepas 3-4 tahun selepas ditanam.
- Pokok salak yang dihasilkan dengan anak sulur biasanya mengeluarkan hasil antara 2-3 tahun selepas ditanam.
- Pokok salak biasanya berbuah sepanjang masa.
- Biasanya pokok salak mengeluarkan tangkai bunga sebaik sahaja buah-buah masak dipungut.
- Pengeluaran tangkai bunga didapati tidak serentak dalam satu pokok dan begitu juga antara satu pokok dengan pokok yang lain.
- Perbezaan pengeluaran tangkai bunga ini menyebabkan proses kutipan hasil memakan masa 3 bulan dari buah pertama yang mula masak.
- Dari peringkat pengeluaran tangkai sehinggalah buah matang mengambil masa antara 7-8 bulan.
- Pengeluaran buah yang maksimum biasanya didapati antara bulan julai sehingga September dan kemuncak pada bulan Ogos.
Ciri-Ciri Buah Salak Masak.
-Beberapa ciri yang menentukan sama ada buah-buah salak itu sudah masak atau tidak ialah :
- Kulit buah "memeri" dan kelihatan berkilat.
- Deduri pada kulit buah sudah berkurang (patah) dan rapuh.
- Buah-buah senang tanggal dari tangkal.
- Buah mengeluarkan bau.
Pokok salak berbuah |
Bunga jantan |
salak hiduo berumpun |
Duri dan batang salak |
Bunga jantan |
Tambah kapsyen |