pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

17 Feb 2011

Salak


Nama saintifik : Salacca edulias
Keluarga : Palmae

Ciri-ciri


Akar anak pokok salak
  • Tidak mempunyai akar tunjang. 
  • Tumbuh berumpun,setiap koko salak akan mengeluarkan sulur seperti tanaman pokok nipah atau pokok menkuang dan dipenuhi duri dari akar sehingga ke pelepahnya
  • Pokok salak tumbuh berasingan jantina,iaitu rumpun jantan dan pokok rumpun betina.
  • Pokok jantan dan betina boleh dikenali selepas mengeluarkan bunga.
  • Pokok jantan akan mengeluarkan gugusan bunga jantan yang agak kecil dan tidak kembang.
  • Pokok betina akan mengeluarkan gugusan bunga betina yang lebih besar dan mengembang..

Jenis Salak
- Salak boleh diketegerikan kepada 3 jenis iaitu :

i).  Kulit buah berwarna merah kehitaman
ii). Kulit buah berwarna keputihan.
iii). Kulit buah berwarna merah.

Baka-baka salak  yang terkenal dengan sifat-sifatnya yang tersendiri iaitu :

i). Salak Nangka
  • Kulit buah berwarna merah keputihan,isi tebal,lekang dan rasa seperti nangka.
ii). Salak Belulang.
  • Kulit buah merah kehitaman dan keras,lekang dan rasanya manis kelat.
iii). Salak Kesumba.
  • Kulit buah berwarna merah dan isinya juga merah. Pangkal buah memanjang dan rasanya manis.
iv). Salak Raja.
  • Kulit buah berwarna keputihan,isi sederhana tebal, rasanya manis walaupun masih muda.
v). Salak Rekam.
  • Kulit buah berwarna merah,isinya tebal,tidak lekang,rasanya masam kelat. Biasanya tumbuh di tepi paya.

Tanah Dan Kesesuaian
  • Salak amat sesuai ditanam di tanah-tanah mendapan sungai yang mempunyai tekstur liat berpasir, mengandungi bahan organan yang tinggi dan siliran yang baik.
  • Antara siri-siri tanah yang sesuai untuk tanaman salak seperti Siri Penambang,siri cempaka,siri cempaka,siri Tebok dan siri Tok Yong.
  • Tanaman ini hidup subur di kawasan naungan yang berkelembapan tinggi.
  • Salak memerlukan naungan antara 70-80% semasa pokok masih kecil dan 50-60% apabila dewasa.
  • Amat sesuai ditanam di kawasan-kawasan pedalaman.


Penanaman


Bahan Tanaman
- Tiga jenis bahan tanaman iaitu :

A). Biji Benih
Anak semaian biji
  • Cara pembiakkan cepat,kerana pokok banyak mengeluarkan buah dalam semusim.  
Kelemahan
  • Penentuan biji benih jantan dan betina tidak diketahui.
  • Pokok hanya boleh dikenali selepas pokok mengeluarkan bunga.
  • Hanya boleh menghaslkan lebih kurang 25% pokok betina.
Pemilihan biji benih berdasarkan kepada beberapa ciri seperti :

i). Dipilih dari buah yang mempunyai biji kembar dua sahaja.Biasnya biji benih kembar biasanya
    mengeluarkan pokok betina.
ii). Biji benih dari buah-buah yang sempurna dan berbentuk bulat bujur.
iii). Buah untuk biji benih diambil dari pokok-pokok yang cukup matang dan mengeluarkan hasil yang banyak
    dan bermutu.


B). Anak Sulur.
  • Pokok salak mengeluarkan anak sulur di pangkalnya dan boleh digunakan sebagai bahan tanaman.
  • Pokok yang matang biasanya boleh menghasilkan antara 2-10 sulur pokok.
  • Bagi mendapatkan sulur yang banyak,pangkaskan batang induk lebih kurang 45 cm dari pangkal pokok.Cara ini akan menghasilkan 20-30 sulur.

Kebaikan anak sulur
  • Anak sulur akan menepati baka ibunya dan boleh dipastikan jantan dan betina berdasarkan pokok induk.
  • Cepat mengeluarkan hasil sekiranya anak sulur yang telah matang digunakan.
Keburukan anak sulur
  • Masa yang diambil untuk pengeluaran sulur terlalu lama iaitu setelah pokok matang,dan pengeluarannya adalah sedikit.
  • Kerumitan semasa memisahkan anak sulur dari pokok induk.Jika tersilap pokok akan mati.
  • Anak sulur lambat berakar.

C). Tisu Culture
  • Merupakan pembiakan menggunakan bahan tisu dari tanaman salak.
  • Proses ini memerlukan kepakaran dan kemahiran.

Penanaman Di Ladang.
  • Anak-anak salak yang berumur lebih kurang 8-10 bulan selepas disemai sesuai diumah ke ladang.
  • Sebaik-baiknya penanaman ini dilakukan pada musim hujan supaya pertumbuhan tidak terencat.
  • Saiz lubang penanaman biasanya berukuran 60X60X60 cm dan di dalamnya masukan 120gm CIRP digaul dengan 5 kg bahan organan.
  • Setiap lubang ditanam satu anak pokok.

Kawalan sulur salak
  • Selepas 3 tahun ditanam diladang,poko salak mengeluarkan banyak anak sulur.
  • Anak-anak sulur ini hendaklah dikawal pertumbuhannya supaya setiap rumpun ditinggalkan pokok induk bersama 3 anak sulur sahaja.
  • Keadaan ini sesuai untuk pertumbuhan dan pembesaran pokok dengan baik serta pengeluaran hasil yang maksima.

Pengeluaran Hasil
  • Saiz buah salak lebih kurang sebesar buah pinang dan mempunyai banyak bentuk,bentuk yang biasa ialah bulat dan runcing di hujung.
  • Pokok salak yang ditanam dengan biji biasanya mengeluarkan hasil selepas 3-4 tahun selepas ditanam.
  • Pokok salak yang dihasilkan dengan anak sulur biasanya mengeluarkan hasil antara 2-3 tahun selepas ditanam.
  • Pokok salak biasanya berbuah sepanjang masa.
  • Biasanya pokok salak mengeluarkan tangkai bunga sebaik sahaja buah-buah masak dipungut.
  • Pengeluaran tangkai bunga didapati tidak serentak dalam satu pokok dan begitu juga antara satu pokok dengan pokok yang lain.
  • Perbezaan pengeluaran tangkai bunga ini menyebabkan proses kutipan hasil memakan masa 3 bulan dari buah pertama yang mula masak.
  • Dari peringkat pengeluaran tangkai sehinggalah buah matang mengambil masa antara 7-8 bulan.
  • Pengeluaran buah yang maksimum biasanya didapati antara bulan julai sehingga September dan kemuncak pada bulan Ogos.

Ciri-Ciri Buah Salak Masak.

-Beberapa ciri yang menentukan sama ada buah-buah salak itu sudah masak atau tidak ialah :
  • Kulit buah "memeri" dan kelihatan berkilat.
  • Deduri pada kulit buah sudah berkurang (patah) dan rapuh.
  • Buah-buah senang tanggal dari tangkal.
  • Buah mengeluarkan bau.

Pokok salak berbuah



Bunga jantan






salak hiduo berumpun





Duri dan batang salak





Bunga jantan






Tambah kapsyen



Tiada ulasan:

Catat Ulasan