pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

16 Feb 2011

Misai Kucing

Misai Kucing..

Pengenalan
  • Tanaman herba yang berpotensi untuk ditanam secara komersil kerana mudah diusahakan.
  • Terbukti baik untuk kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khusus buah pinggang hempedu.

Ciri-Ciri Morfologi
  • Mudah hidup dan ketinggian boleh mencapai 1.5 m.
  • Batang bersegi empat,berbulu pendek atau gondol berwarna kemerahan,tumbuh tegak dan bercabang.
  • Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan,licin,berwarna hijau, berbentuk tirus dihujung dan tepi daun berjeriji.
  • Tangkai daun pendek,lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungun-kemerahan.
Varieti
  • Dua varieti yang dikenalpasti berdasarkan warna bunga iaitu bunga putih dan bunga ungu tua.
  • Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS 1 .
  • Varieti bunga ungu dikenali sebagai MOS 2.











































Tiada ulasan:

Catat Ulasan