Buah limau madu |
i). Organisma Penyebab :
- Disebabkan oleh bekteria Candidatus Liberibacter spp. Sejenis bekteria gram negetif yang terhad pada tisu tisu felum tumbuhan.
- Menyerang tisu felum menyebabkan pokok menjadi tidak sihat.
- Hanya boleh dikesan melalui teknik PCR (Polymerase Chain Reaction) dan mikroskop elektron.
- Disebarkan melalui anak pokok yang dijangkiti penyakit greening limau dan vektor.
- Pembawa vektor dikenali Diaphorina citri, sejenis psyllid.
- Merebak dari keluarga Rutaceae seperti pokok limau,pokok kari (Murraya koenigii) dan juga pokok hiasan seperti kemuning (Murraya paniculata).
- Vektor penyebab penyakit greening menghisap cairan sel dari pokok yang dijangkiti penyakit.
- Hanya sekali hisapan cecair sap dari pokok yang berpenyakit sudah cukup untuk menyebar ke pokok lain.
- D.citri adalah sejenis vektor penyebar penyakit yang berkekalan dengan sekali hisapan dari pokok yang berpenyakit membolehkan ia menyebar bakteria ini ke pokok lain sepanjang hayatnya.
B). Simptom serangan/Penyakit.
Daun bertukar menjadi kuning |
seperti pokok kekurangan ferum atau zink.
ii). Simpton kekuningan bermula dari satu dahan dan merebak
keseluruhan pokok.
iii). Tompok2 hijau kelihatan pada daun akibat pengumpulan
klorofil tidak sekata daun tua mengeras dan
melengkung ke bawah.
Daun menjadi kuning |
iii). Pertumbuhan pucuk baru menjadi rapat dan tegak,saiz daun lebih kecil.
iv). Buah-buah muda menjadi kuning,bentuk buah menjadi tidak
seimbang bulat dan kecil. Kulit buah menjadi kuning dan
seterusnya akan gugur.
Ranting dan pokok mati |
akan gugur perlahan-lahan dan akhirnya pokok
akan mati.
C). Pembawa Penyakit Greening Limau.
- Pembawa penyakit ini ialah sejenis serangga leloncat dikenali sebagai Diaphorina citri Kuw. Tergolong
dalam famili Psyllidae dari Hemiptera.
i). Ciri-ciri fizikal perosak/pembawa penyakit
a).Dewasa
- Serangga dewasa badan bebintik-bintik perang.
- Sayap berbintik-bintik perang dan lebar dihujung.
- Kedudukan sayap tercungat.
- Mempunyai sesungut berwarna hitam dihujung dan dua bintik perang pada segmen tengah.
- Mempunyai 5 instar.
- Instar pertama saiz 1.5-1.7 mm.
- Badan berwarna jingga kekuningan,mempunyai tapak sayap besar.
- Berukuran panjang kira-kira 0.3 mm.
- Berbentuk bulat bu jur.
- Lebar pada satu hujung dan menirus pada hujung yang lain.
- Telur yang baru dikeluarkan berwarna pucat,berubah kepada kuning dan kemudian jingga ketika hendak menetas.
- Telur terletak pada tisu perumah dalam keadaan menegak.
D). Biologi dan Ekologi
- Diaphorina citri dewasa adalah serangga aktif.
- Melompat apabila diganggu tetapi bukan serangga yang boleh terbang jauh.
- Serangan berlaku yang berdekatan sahaja.
- Penyebaran ke tempat yang jauh berlaku perpindahan tanaman bersama-sama telur dan nim perosak ini.
- Biasanya dijumpai pada pucuk muda.
- Bertelur pada pucuk-pucuk muda.
- Tempoh kitaran hidup adalah 12-13 hari bergantung keadaan sekeliling.
- Kitaran hidup bermula telur menetas dalam tempoh 3 hari,Nimfa membesar dan bertukar menjadi dewasa dalam tempoh 12-15 hari.
- Nimfa tidak mempunyai sayap dan terdapat dibawah pucuk daun muda.
- Tempoh serangga matang kira-kira 12 hari.
- Serangga dewasa dan nimfa menghisap cecair sel pokok.
- Serangga cepat membiak pada musim pokok limau berpucuk.
- Merosakan tanaman dengan dua cara iaitu :
i). Menghisap cairan sel pokok.
ii). Vektor Pembawa penyakit Greening limau.
F). Pengurusan Penyakit Greening Limau.
- Pengunaan bahan tanaman bebas penyakit
- Kawalan vektor penyakit.
- Pengawalan sumber inokulum penyakit.
- Pengawasan penyakit greening limau dan vektor.
- Pokok yang mengalami serangan teruk hendaklah ditebang.
- Serangan diperingkat bolehlah membuat pemangkasan pada dahan yang diserang.
- Jika terdapat serangan pemangkasan hendaklah dilakukan dengan secepat mungkin bagi mengelak serangan merebak ke dahan yang lain.
Bunga limau |
Bunga limau |
Mites merosakan buah |
i). Pengenalan perosak.
-saiz 0.30 mm (Guna Kanta)
ii). Pusingan hidup
-14 Hari.
iii). Habitat
-Telur pada daun
- Nim dan dewasa pada daun dan buah.
Kaedah kawalan
- Program kawalan perlu dibuat di peringkat buah mula berputik
- Guna sistem pengairan yang sempurna.
- Guna musuh semulajadi.
- Sembur racun terpilih.
Buah menjadi cacat dan tidak menarik |
Perosak dipucuk pokok |
Ranting diserang kulat
Indeks kematangan buah limau
Indeks 1 :
- Warna kulit luar - 90% hijau.
- Tekstur kulit _ kasar dan bergerutu.
- Kandungan asid lebih daripada gula.
- Tidak sesuai dipetik dan makan segar.
Indek 2 :
- Warna kulit luar - 80% hijau.
- Tekstur kulit - kasar sedikit
- Kandungan asid lebih sedikit daripada gula.
- Tidak sesuai dipetik,dipasarkan dan dimakan segar.
Indeks 3 :
- Warna kulit - luar 80% kuning.
- Terstur kulit - licin dan berkilat.
- Kandungan gula lebih daripada asid
- Sesuai untuk dipetik, dipasarkan dan dieksport dan disyorkan dimakan segar.
Indeks 4 :
- Warna kulit luar-90% kuning.
- Tekstur kulit-licin dan berkilat.
- Kandungan gula lebih daripada asid,sesuai untuk dipetik dipasarkan dan dimakan segar.
Peringkat kematangan buah limau
Gambar-gambar serangga perosak ( Kepinding)
Kepinding melindungi telur |
Telur kepinding dibelakang daun |
Daun menjadi layu dan mati |
Tanda-tanda serangan :
- Serangan dewasa dan nimfa menghisap cecair daripada bahagian yang diserang.
- Menyebabkan daun dan pucuk menjadi layu dan mati.
Kawalan
- Pungut serangga dewasa dan nimfa.
- Sembur racun serangga deltamethrin jika perlu.
Anak kepinding baru menetas |
Sarang semut |
sumber : Jab. Pertanian