Timun ( Cucumis sativus L.)
-Terdapat dua cara menanam iaitu :
Kawalan srangga dan penyakit
Musuh Dan Penyakit
i). Kumbang labu/daun
Kerosakan
Kerosakan
Penyakit
i). Kulapuk Downy ( Pseudoperonospora cubensis )
kerosakan
Kerosakan
iii). Antraknos ( Colletotrichum agenarium )
Kerosakan
iv). Lecuh anak benih
Kerosakan
- Sejenis sayuran berbuah.
- Buahnya boleh dimakan mentah,dimasak atau dibuat jeruk atau acar.
- Sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta mempunyai saliran yang baik.
- pH yang sesuai ialah 5.5-6.5.
- Tanah gambut berpasir adalah contoh tanah yang baik bagi timun.
-Terdapat dua cara menanam iaitu :
- Cara menanam terus
- Cara mengubah anak benih
- Rendam biji benih selama 4-5 jam dan rawatkan dengan racun thiram dengan kadar 3g bagi 100 g biji benih.
- Letak 3 biji benih bagi setiap lubang.
- Kemudian timbus dengan tanah gembur lebih kurang 3 cm dalam.
- Kawasan 0.4 ha,0.6 kg biji benih diperlukan.
- Selepas 10 hari menyemai,biji benih akan bercambah.
- Lakukan penyulaman,cabut anak pokok yang tidak subur,tinggalkan satu pokok bagi setiap satu lubang.
- Gunakan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
- Semai teru 2 biji benih ke dalam pasu sedalam 2.5 cm (1inci).
- Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.
- Timun memerlukan kelembapan yang cukup untuk hidup subur.
- Siram secukupnya mengikut keadaan.
- Gunakan baja NPK (12:12:17:2) sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 meter persegi.
- Lakukan pembajaan sebanyak 3 kali iaitu minggu ke 2,4 dan 6 selepas menanam.
- Kawal rumput sepanjang masa.
Kawalan srangga dan penyakit
- Serangan kumbang daun sembur dengan racun carbaryl dengan kadar 0.1% bahan aktif.
- Serangan kutu daun sembur dengan racun malathion dengan kadar 0.1% bahan aktif.
- Serangan penyakit kulapuk berdebu dan kulapok downy lakukan sengan semburan benomyl dengan kadar 0.025% bahan aktif.
- Timun boleh dikutip hasil selepas 7-8 minggu selepas menanam.
- Kutipan dilakukan 2 hari sekali.
Musuh Dan Penyakit
i). Kumbang labu/daun
Kerosakan
- Kumbang dewasa memakan daun-daun dengan rakus menyebabkan kerosakan yang teruk pada pokok.
- Ulat yang menetas akan memakan akar anak benih dan akar pokok timun.
- Sembur seluruh pokok dengan racun seperti trichlorphon, carbaryl atau dimethoate dengan kadar 0.1% b.a 2 minggu sekali.
Kerosakan
- Kutu ini menyucuk tisu pokok dan menghisap air sel.
- Pokok yang diserang teruk akan terbantut dan daun menjadi kerekot menyebabkan hasil kurang.
- Sembur dengan racun malathion atau diazinon dengan kadar 0.1% b.a. Sembur setiap 10 hari.
Penyakit
i). Kulapuk Downy ( Pseudoperonospora cubensis )
kerosakan
- Bintik_bintik kecil yang berbentuk siku berwarna hijau pucat kekuningan akan kelihatan di atas daun.
- Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora-spora cendawan keungun-unguan.
- Serangan yang teruk akan menyebabkan buah terbantut.
- Sembur dengan racun kulat maneb pada kadar 0.15% b.a atau benomyl 0.025% b.a.
- Musnahkan pokok-pokok yang diserang teruk.
Kerosakan
- Kulat berdebu mula kelihatan di lapisan bawah daun-daun lama-kelamaan bahagian berpenyakit menjadi perang dan kering serta berkedut.
- Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah biasanya kecil.
- Musnahkan pokok dan buah yang teruk di serang.
- Sembur racun kulat benomy semburan dilakukan selang 7-10 hari sekali.
iii). Antraknos ( Colletotrichum agenarium )
Kerosakan
- Terdapat bintik-bintik berwarna hitam pada permukaan buah dan mengeluarkan spora-spora hitam.
- Amalkan tanaman giliran.
- Gunakan biji benih yang bebas penyakit.
- Pastikan saliran yang baik.
- Sembur dengan racun kulat maneb zineb.
iv). Lecuh anak benih
Kerosakan
- Serangan berlaku dipermukaan tanah dimana pangkal batang akan menunjukan tanda-tanda cedera berair dan kelihatan melecuh.
- Akhirnya anak benih akan mati.
- Guna biji benih yang bernas dan sihat.
- Rawat biji benih dengan thiram 3g.
- Elakkan pertumbuhan anak benih yang terlalu rapat.