pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

15 Feb 2011

Timun

Timun ( Cucumis sativus L.)
  • Sejenis sayuran berbuah.
  • Buahnya boleh dimakan mentah,dimasak atau dibuat jeruk atau acar.
Tanah
  • Sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta mempunyai saliran yang baik.
  • pH yang sesuai ialah 5.5-6.5.
  • Tanah gambut berpasir adalah contoh tanah yang baik bagi timun.
Penanaman
-Terdapat dua cara menanam iaitu :
  • Cara menanam terus
  • Cara mengubah anak benih
i) Menanam terus
  • Rendam biji benih selama 4-5 jam dan rawatkan dengan racun thiram dengan kadar 3g bagi 100 g biji benih.
  • Letak 3 biji benih bagi setiap lubang.
  • Kemudian timbus dengan tanah gembur lebih kurang 3 cm dalam.
  • Kawasan 0.4 ha,0.6 kg biji benih diperlukan.
  • Selepas 10 hari menyemai,biji benih akan bercambah.
  • Lakukan penyulaman,cabut anak pokok yang tidak subur,tinggalkan satu pokok bagi setiap satu lubang.
ii). Dalam pasu dan bekas lain-lain
  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  • Semai teru 2 biji benih ke dalam pasu sedalam 2.5 cm (1inci).
  • Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.
Menyiram
  • Timun memerlukan kelembapan yang cukup untuk hidup subur.
  • Siram secukupnya mengikut keadaan.
Membaja
  • Gunakan baja NPK (12:12:17:2) sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 meter persegi.
  • Lakukan pembajaan sebanyak 3 kali iaitu minggu ke 2,4 dan 6 selepas menanam.
Merumput
  • Kawal rumput sepanjang masa.

Kawalan srangga dan penyakit
  • Serangan kumbang daun sembur dengan racun carbaryl dengan kadar 0.1% bahan aktif.
  • Serangan kutu daun sembur dengan racun malathion dengan kadar 0.1% bahan aktif.
  • Serangan penyakit kulapuk berdebu dan kulapok downy lakukan sengan semburan benomyl dengan kadar 0.025% bahan aktif.
Memungut hasil
  • Timun boleh dikutip hasil selepas 7-8 minggu selepas menanam.
  • Kutipan dilakukan 2 hari sekali.

Musuh Dan Penyakit

i). Kumbang labu/daun

Kerosakan
  • Kumbang dewasa memakan daun-daun dengan rakus menyebabkan kerosakan yang teruk pada pokok.
  • Ulat yang menetas akan memakan akar anak benih dan akar pokok timun.
Kawalan
  • Sembur seluruh pokok dengan racun seperti trichlorphon, carbaryl atau dimethoate dengan kadar 0.1% b.a 2 minggu sekali.
ii). Kutu Daun ( Aphids sp )

Kerosakan
  • Kutu ini menyucuk tisu pokok dan menghisap air sel.
  • Pokok yang diserang teruk akan terbantut dan daun menjadi kerekot menyebabkan hasil kurang.
Kawalan
  • Sembur dengan racun malathion atau diazinon dengan kadar 0.1% b.a. Sembur setiap 10 hari.


Penyakit

i). Kulapuk Downy ( Pseudoperonospora cubensis )

kerosakan
  • Bintik_bintik kecil yang berbentuk siku berwarna hijau pucat kekuningan akan kelihatan di atas daun.
  • Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora-spora cendawan keungun-unguan.
  • Serangan yang teruk akan menyebabkan buah terbantut.
Kawalan
  • Sembur dengan racun kulat maneb pada kadar 0.15% b.a atau benomyl 0.025% b.a.
  • Musnahkan pokok-pokok yang diserang teruk.
ii). Kulapuk Berdebu ( Erysiphe cichoracearum )

Kerosakan
  • Kulat berdebu mula kelihatan di lapisan bawah daun-daun lama-kelamaan bahagian berpenyakit menjadi perang dan kering serta berkedut.
  • Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah biasanya kecil.
Kawalan
  • Musnahkan pokok dan buah yang teruk di serang.
  • Sembur racun kulat benomy semburan dilakukan selang 7-10 hari sekali.

iii). Antraknos ( Colletotrichum agenarium )

Kerosakan
  • Terdapat bintik-bintik berwarna hitam pada permukaan buah dan mengeluarkan spora-spora hitam.
Kawalan
  • Amalkan tanaman giliran.
  • Gunakan biji benih yang bebas penyakit.
  • Pastikan saliran yang baik.
  • Sembur dengan racun kulat maneb zineb.

iv). Lecuh anak benih

Kerosakan
  • Serangan berlaku dipermukaan tanah dimana pangkal batang akan menunjukan tanda-tanda cedera berair dan kelihatan melecuh.
  • Akhirnya anak benih akan mati.
Kawalan
  • Guna biji benih yang bernas dan sihat.
  • Rawat biji benih dengan thiram 3g.
  • Elakkan pertumbuhan anak benih yang terlalu rapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan