Manggis
Nama Saintifik : Garcinia mengostana L.
Keluarga : Guttiferae
Ciri-ciri Agronomi
- Ketinggian tidak melebihi 12 meter.
- Batang berwarna perang kemerahan manakala daun berwarna hijau tua.
- Daun berbentuk bulat panjang,akuminat,tebal,keras dan 15-25 cm panjang.
- Bunga adalah hermafrodit,mempunyai petal yang lembut dan sepal yang bentuknya hampir bulat dan rata.
- Lebar bunga adalah 5 cm.
- Buahnya tumbuh bersendirian atau berpasangan.
- Jumlah stamennya aadalah banyak berbanding dengan ovarinya yang hanya 4-8 sel dengan stigma.
- Buah manggis mempunyai rasa yang manis.
- Bentuknya bulat dan licin.
- Kulitnya berwarna merah ungun,keras,tebal dan kuat.
- Isinya berwarna putih berjumlah 5-7 ulas.
- Buah ini berukuran 3.8 cm-7.6 cm garispusat dan kulitnya setebal 6mm.
Keperluan-Keperluan Tanaman Manggis.
Iklim
Sistem Penanaman
Pokok Cantuman
ii).Cantuman celapak.
iii). Cantuman sanding.
Pembajaan
Serangga-Serangga Perosak Dan Penyakit
Iklim
- Boleh hidup dengan baik dikawasan tanah rendah tropika.
- Memerlukan suhu yang tinggi dan keadaan yang lembab.
- Suhu optima yang diperlukan oleh pokok manggis antara 20-30 C dengan kelembapan 80% ke atas dan jumlah hujan antara 2,500 mm setahun.
- Boleh hidup pelbagai jenis tanah bersaliran baik.
- Lebih subur di atas tanah liat atau tanah lom.
- Sistem pengakaran pokok manggis adalah lemah,tanah yang mengandungi kandungan organik yang tinggi dan berasid adalah lebih baik.
Sistem Penanaman
- Sistem penanaman empat segi sesuai dengan jarak tanaman 7.5 m X 7.5 mbagi pokok cantuman.
- Bijibenih manggis tergolong dalam kumpulan "recalcitrant"oleh itu tidak tahan disimpan lama.
- Buah yang hendak digunakan sebagai biji benih hendaklah yang baru dipetik dan masih segar.
- Selaput biji benih hendaklah dibuang supaya memudahkan percambahan.
- Biji benih disemai didalam pasir halus dan disiram dengan air secukupnya supaya pasir tidak kering.
- Biji benih akn bercambah setelah 2-3 minggu disemai.
- Anak benih ini akan dipindahkan kedalam polibeg setelah 1 bulan percambahan.
- Letak anak benih dibawah naungan 50% supaya pokok tidak layu.
Pokok Cantuman
- Manggis adalah tanaman yang mempunyai jangka masa kematangan yang panjang. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah setelah berumur 8-12 tahun.Tiga jenis pembiakan tampang bagi mengatasi masalah tersebut ialah :
ii).Cantuman celapak.
iii). Cantuman sanding.
Pembajaan
- Pertumbuhan pokok yang baik dan sihat penting untuk menjamin pengeluaran hasil yang tinggi.Oleh itu pembajaan yang tepat dan seimbang amat perlu.
Serangga-Serangga Perosak Dan Penyakit
- Manggis jarang diserang perosak dan penyakit.
- Sejenis parasit yang kadangkala menyerang tanaman menggis ialah Zignoella garcineae.
- Ia menyebabkan canker pada batang dan dahan yang muda dan tua.
- Jika serangan teruk,daun akan gugur dan pokok akan mati.
- Kawalan pokok yang diserang ditebang dan dibakar supaya mengelak daripada merebak.
- Pokok manggis berbuah setelah 8-12 tahun ditanam.
- Ia berbuah 2 kali setahun.
- Kemantangan buah boleh dilihat perubahan warna buahnya.
- Buah matang apabila bintik berwarna kemerahan terbentuk pada kulit buah.
- Seterusnya bertukar menjadi warna unggu kemerahan kemudian diikuti warna merah sepenuhnya dan akhirnya bertukar merah gelap atau hitam.