pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

12 Feb 2011

Manggis


Manggis

Nama Saintifik : Garcinia mengostana L.
Keluarga : Guttiferae

Ciri-ciri Agronomi
  • Ketinggian tidak melebihi 12 meter.
  • Batang berwarna perang kemerahan manakala daun berwarna hijau tua.
  • Daun berbentuk bulat panjang,akuminat,tebal,keras dan 15-25 cm panjang.
  • Bunga adalah hermafrodit,mempunyai petal yang lembut dan sepal yang bentuknya hampir bulat dan rata.
  • Lebar bunga adalah 5 cm.
  • Buahnya tumbuh bersendirian atau berpasangan.
  • Jumlah stamennya aadalah banyak berbanding dengan ovarinya yang hanya 4-8 sel dengan stigma.
  • Buah manggis mempunyai rasa yang manis.
  • Bentuknya bulat dan licin.
  • Kulitnya berwarna merah ungun,keras,tebal dan kuat.
  • Isinya berwarna putih berjumlah 5-7 ulas.
  • Buah ini berukuran 3.8 cm-7.6 cm garispusat dan kulitnya setebal 6mm.
Keperluan-Keperluan Tanaman Manggis.

Iklim
  • Boleh hidup dengan baik dikawasan tanah rendah tropika.
  • Memerlukan suhu yang tinggi dan keadaan yang lembab.
  • Suhu optima yang diperlukan oleh pokok manggis antara 20-30 C dengan kelembapan 80% ke atas dan jumlah hujan antara 2,500 mm setahun.
Tanah
  • Boleh hidup pelbagai jenis tanah bersaliran baik.
  • Lebih subur di atas tanah liat atau tanah lom.
  • Sistem pengakaran pokok manggis adalah lemah,tanah yang mengandungi kandungan organik yang tinggi dan berasid adalah lebih baik.

Sistem Penanaman
  • Sistem penanaman empat segi sesuai dengan jarak tanaman 7.5 m X 7.5 mbagi pokok cantuman.
Penyediaan Biji Benih
  • Bijibenih manggis tergolong dalam kumpulan "recalcitrant"oleh itu tidak tahan disimpan lama.
  • Buah yang hendak digunakan sebagai biji benih hendaklah yang baru dipetik dan masih segar.
  • Selaput biji benih hendaklah dibuang supaya memudahkan percambahan.
  • Biji benih disemai didalam pasir halus dan disiram dengan air secukupnya supaya pasir tidak kering.
  • Biji benih akn bercambah setelah 2-3 minggu disemai.
  • Anak benih ini akan dipindahkan kedalam polibeg setelah 1 bulan percambahan.
  • Letak anak benih dibawah naungan 50% supaya pokok tidak layu.

Pokok Cantuman

  • Manggis adalah tanaman yang mempunyai jangka masa kematangan yang panjang. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah setelah berumur 8-12 tahun.Tiga jenis pembiakan tampang bagi mengatasi masalah tersebut ialah :
         i). Cantuman Baji.
        ii).Cantuman celapak.
       iii). Cantuman sanding.


Pembajaan
  • Pertumbuhan pokok yang baik dan sihat penting untuk menjamin pengeluaran hasil yang tinggi.Oleh itu pembajaan yang tepat dan seimbang amat perlu.

Serangga-Serangga Perosak Dan Penyakit
  • Manggis jarang diserang perosak dan penyakit.
  • Sejenis parasit yang kadangkala menyerang tanaman menggis ialah Zignoella garcineae.
  • Ia menyebabkan canker pada batang dan dahan yang muda dan tua.
  • Jika serangan teruk,daun akan gugur dan pokok akan mati.
  • Kawalan pokok yang diserang ditebang dan dibakar supaya mengelak daripada merebak.
Memungut hasil
  • Pokok manggis berbuah setelah 8-12 tahun ditanam.
  • Ia berbuah 2 kali setahun.
  • Kemantangan buah boleh dilihat perubahan warna buahnya.
  • Buah matang apabila bintik berwarna kemerahan terbentuk pada kulit buah.
  • Seterusnya bertukar menjadi warna unggu kemerahan kemudian diikuti warna merah sepenuhnya dan akhirnya bertukar merah gelap atau hitam.



































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan