pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

12 Feb 2011

Jagung


Penanaman

Di Ladang    
  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 cm-22 cm.
  • Jika air bertakung,penanaman hendaklah dilakukan diatas batas berukuran 30 cm lebar,22 cm tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan.
  • Jarak antara batas ialah 45 cm.
  • Gunakan 300 gm biji benih bagi kawasan seluas 300 m persegi.

Menanam

Di Ladang
  • Semai 2 atau 3 biji benih terus ke batas sedalam 2.5 cm.
  • Jarak tanaman ialah 75 cm antara baris dan 50 cm antara pokok.
  • Penjarangan dibuat 2 minggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.
Ladang jagung








Ladang jagung

Ladang jagung













Penjagaan

Pembajaan
  • Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas menanam.
  • Setiap kali menabur,kadar yang disyorkan adalah 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi.
Penyiraman
  • Siram 2 kali sehari mengikut keadaan.
Merumput
  • Kawal rumput sepanjang masa.

Mengawal serangga dan penyakit

i).Ulat pengorek batang
  • Sembur racun serangga seperti lufenuron,trichlorphon,profenofos,chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan.
ii). Ulat pengorek tongkol
  • Sembur racun serangga seperti Bacillus thuringiensis, chlorpyrifos,lufenuron,profenofos, betacyfluthrin atau abamectin mengikut kadar yang disyorkan.
iii). Kutu daun
  • Sembur racun serangga seperti cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan.

Memungut Hasil
  • Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900-1,200 tongkol boleh didapati dari kawasan seluas 300 m persegi.
Perangkap serangga









































Tiada ulasan:

Catat Ulasan