pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

11 Feb 2011

Tanaman cili fertigasi




Botani Tanaman 

Nama Saintifik : Capsicum annum Linn
Nama Biasa : Cili Merah,cili hijau,cili,lada dan cabai.





















Kelebihan Sistem Fertigasi
  • Jumlah nutrien lengkap yang diberi boleh kikawal mengikut keperluan dan peringkat tumbesaran.
  • Pengurusan baja yang lebih cekap dan berkesan.
  • Boleh mengatasi masalah tanah seperti tidak subur,penyakit,perosak dan masalah hujan.
  • Mampu menberikan hasil yang lebih tinggi berbanding cara biasa.
  • Penggunaan media tanaman dan persekiran yang bersih dapat mengurangkan masalah jangkitan penyakit.
  • Kualiti dan kuantiti hasil yang lebih baik.



















    Larutan Baja Lengkap
    • Hendaklah menggunakan baja khas untuk fertigasi yang disediakan mengikut formulasi berasaskan jenis tanaman.



    Ciri-ciri morfologi cili seperti :

    Akar : Mempunyai sistem akar tunjang dan akar serabut

    Batang : Bercabang dan berwarna hijau,bergantung kepada kultivar.
    Batang bercabang dan berwarna hijau
                                                                                  

    Daun atas





    Daun bawah


    Daun : Berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk broad ovate,saiz daun dari kecil ke sederhana besar bergantung kepada kultivar.






    Bunga : Mempunyai 5 petal berwarna putih,keluar dari ketiak daun,bentuk pendant.

    Bunga sebelum kembang


















    Bunga kembang



















    Buah : Berbentuk tirus (elongated)
    Biji : Berwarna kuning dan beratnya 3.5-5.0gm/1,000 biji.
    cara pendebungaan:Persenyawaan sendiri.silang berlaku 30%.

    Diantara Kultivar-Kartivar seperti :
    • Terdapat beberapa jenis kultivar seperti MC 11,MC 12,Bangi,Kulai dan hibrid.
    • Jenis kulai adalah popular ditanam kerana ketahanan penyakit,hasil yang tinggi dan rasanya dan rasanya pedas disukai ramai.
    Ciri-ciri kultival cili :

    i). MC 11
    • Tinggi pokok 80-110 cm
    • Panjang buah 8-10 cm
    • Berat buah 7-10gm/biji
    • Rasanya pedas.
    • Tahan kepada antraknos dan virus serta tahan sedikit Choanephora.
    • Pungutan hasil sebanyak 17-24 tan/ha.
    ii). MC 12
    • Tinggi pokok 60-80 cm
    • Panjang buah 10-13 cm
    • Berat buah 12-24 gm/biji
    • Rasanya pedas
    • Tahan pada antraknos, Choanephora dan virus.
    • Pungutan hasil 15-29 tan/ha.
    iii). Kulai
    • Tinggi pokok 70-80 cm
    • Panjang buah 10-15 cm
    • Berat buah 10-15 gm/biji
    • Rasanya sangat pedas
    • Sederhana tahan kepada antraknos dan virus.
    • Tahan kepada layu bakteria.
    • Pungutan hasil sebanyak 15-20 tan/ha.
    Pembajaaan


    Pengurusan Makhluk Perosak

    Kawalan Serangan Perosak
    -Serangga yang biasa menyerang pokok dan buah cili seperti berikut :

    a). Kutu Daun (Aphis spp).
    • Bahagian diserang : Daun bunga dan buah muda.
    • Peringkat pokok : Semua.
    • Simpton : Daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut,
    • Kawalan : Sembur dengan chloprid mengikut kadar yang ditentukan.
    b). Kutu Tripas
    • Bahagian diserang :Daun dan bunga
    • Peringkat pokok : Semua.
    • Simpton : Daun menjadi kerekot dan daun gugur.
    • Kawalan : Sembur dengan racun yang sesuai.
    c). Ulat pengorek buah.
    • Bahagian diserang :Daun dan buah
    • Peringkat pokok :Peringkat berbuah
    •  Simpton :  Daun dan buah berlubang-lubang.
    • Kawalan : Sembur dengan racun yang disyorkan.
    d). Lalat Buah (Bactocera spp).
    • Bahagian diserang : Buah.
    • Peringkat pokok : Peringkat berbuah.
    • Simptom : Terdapat lorong-lorong kecil di dalam buah.Buah jadi busuk dan gugur.
    e). Hamama Merah (Tetranychus spp).
    • Bahagian diserang : Daun dan bunga
    • Peringkat pokok : Pokok matang
    • Simptom : Daun berkerekot, bunga gugur dan pokok terbantut.
    f). Nama perosak : Ulat Ratus (Spodoptera exigua)
    • Bahagian diserang : Daun,buah dan bunga.
    • Peringkat pokok : Semua peringkat.
    • Simptom : Daun menjadi berlubang-lubang hingga tinggal urat daun sahaja.Larva juga memakan buah dan kumtun bunga.
    g). Lalat Putih (Aleurodicus disperses dan Bamisia tabaci)
    • Bahagian diserang : Daun
    • Peringkat pokok : Semua peringkat pokok.
    • Simptom : Menghisap cairan pada bahagian pokok yang diserang.Menyerang secara berkelompok, lebih ketara pada bahagian daun,pokok yang diserang akan kehilangan banyak air dan nutrien menyebabkan pertumbuhan terjejas.Bahan buangan lalat putih berbentuk rembesan madu dan mudah dijangkiti kulat,Jelaga hitam pada daun akan menyebabkan proses fotosintesis terhalang dan seterusnya pertumbuhan pokok terganggu dan tidak sihat.

    Kawalan Penyakit
    -Penyakit yang biasa menyerang pokok cili adalah seperti berikut :

    a). Antraknos buah.
    • Penyebab : Colletotrichum capsici
    • Bahagian yang diserang : Buah
    • Cara merebak : Biji benih, angin.
    • Simptom : Bintik-bintik lekok dan berpusar, berwarna keperengan terdapat di kulit buah.Lekok-lekok ini akan membesar,menjadi kehitaman dan akhirnya buah busuk dan gugur.
    • Kawalan : Bagi pencegahan penyakit,rawat biji benih dengan racun kulat yang disyorkan.
    b). Bintik Daun
    • Penyebab : Cercospora capsici
    • Bahagian diserang : Daun dan tangkai daun.
    • Cara merebak : Angin.
    • Simptom : Terdapat bintik-bintik kecil bulat berwarna perang pada daun.
    • Kawalan : Musnahkan bahagian yang diserang,sembur dengan racun yang disyorkan.
    c). Hawar pucuk
    • Penyebab : Choanephora cucurbitarum
    • Bahagian diserang : Pucuk
    • Cara merebak : Angin
    • Simptom : Terdapat spora-spora hitam pada pucuk yang berpenyakit.Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam.
    • Kawalan : Rawat biji benih dengan racun thiram atau captan mengikut kadar yang disyorkan, Musnahkan buah yang diserang.Guna racun yang disyorkan.
    d). Reput Pangkal
    • Penyebab : Sclerotium rolfsii
    • Bahagian yang diserang : Pangkal pokok.
    • Cara merebak : Tanah.
    • Simptom : Daun layu.Terdapat maisilia putih dan skelerotia seperti biji sawi
       di pangkal pokok.Pangkal pokok dan akar akan menjadi hitam.
    • Kawalan : Cabut dan bakar pokok yang diserang.Guna racun seperti carbendazim kadar yang disyorkan.
    e). Lecuh anak benih
    • Penyebab : Pythium spp, Rhizoctonia spp.
    • Bahagianyang diserang : Batang anak benih.
    • Cara merebak : Tanah dan air.
    • Simptom : Dipangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuh.Serangan yang teruk menyebabkan anak benih tumbang.
    • Kawalan : Rawat biji benih dengan racun kulat seperti captan atau thiram mengikut kadar yang disyorkan.Jangan siram air yang berlebihan.Pastikan mempunyai saliran yang baik.Jika terdapat serangan,siram tapak semaian dengan thiram.
    f). Layu bekteria
    • Penyebab : Ralstonia solanacearum
    • Bahagian diserang : Daun dan batang.
    • Cara merebak : Tanah,air dan sentuhan akar.
    • Simptom : Daun layu dan kuning. Empulur berwarna perang kehitaman dan berair. Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air,ianya mengeluarkan cecair jaluran putih.Akhirnya pokok layu dan mati.
    g). Mozek Daun
    • Penyebab : Virus mozek (Beberapa jenis seperti CMV,CVMV,TMV DAN TWSV.
    • Bahagian diserang : Semua bahagian pokok.
    • Cara merebak : Biji benih,kutu daun sebagai pembawa penyakit.
    • Simptom : Daun berbintik-bintik dan berkerekot. Urat daun membengkak.Pokok terbantut dan kurang berbuah,Buah menjadi kecil danberubah bentuk.
    • Kawalan : Cabut dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit.Elak daripada menggunakan biji benih dari pokok berpenyakit.Jaga kebersihan kawasan dan amalkan tanaman giliran.

    Kematangan Dan Pengutipan Hasil
    • Cili mula berbunga 60-75 hari selepas ditanam.
    • Buah akan masak 30-35 hari selepas berbunga.
    • Biasanya masak berwarna merah dikutip setiap 3-4 hari sekali.
    • Tempoh pengeluaran hasil diantara 3-4 bulan dari tempoh hari pertama mengutip hasil.
    • Hasil bergantung kultival yang ditanam.

    Gambar Fertigasi

    Rumah Fertigasi

    Rumah Pam/bancuhan baja
    Pam bancuhan baja



























    Pokok sedang berbunga





















    pokok sedang berbuah







    Gambar serangga-serangga 















    1 ulasan:

    1. bagus maklumat yg diberi...banyak membantu utk asgmnt pertanian...terima kasih...!!!

      BalasPadam