Cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sayor-Caju)
Jenis-jenis cendawan yang ditanam didalam negara :
- Tiram kelabu
- Tiram putih
- Abalon
- Jerami padi
- Ling zhi
- Tiram kuning
- Tiram biru
- Tiram merah jambu
- Cendawan bunga kubis
- Perut lembu
- Cendawan kukur/sisik/kerang
- Cendawan berangan
- Cendawan peha ayam
- Shiitake
- Cendawan butang
- Jarung mas
Cendawan Tiram Kelabu
- Sejenis fungsi
- Didefinasikan sebagai organ pensporan kulat yang boleh dimakan
- Tumbuh dalam pelbagai habitat bergantung kepada jenis spesis
- Makrofungus yang mempunyai bahagian badan (epigeous) ataupun dibawah tanah (hypogeous)
- Saiznya besar,boleh dilihat dengan mata dan dipetik menggunakan tangan.
- Tidak mempunyai klorofil
- Membiak melalui spora
- Hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
- Kebanyakkan cendawan bersifat saprobik iaitu memperolehi semua nutrien yang dikehendaki oleh habitatnya.
- Mempunyai enzim yang dapat mengurai molekul organik kompleks pada perumah.
- Cendawan terdiri daripada miselium,cawan batang,cincin,lamela,topi dan spora.
- Kebiasaannya cendawan berbentuk payung yang mana mempunyai batang dan topi seperti lentitula edodes.
- Bentuk cincin : Agaricus Bisporus
- Bentuk cawan : Volvariella Volvacea.
- Boleh ditanam menggunakan sisa-sisa pertanian seperti habuk kayu getah,jerami padi,hampas.
Khasiat Perubatan
- Mengawal atur darah- anti-thrombotik,merendahkan tekanan darah,merendahkan kandungan glukosa dan merendahkan lipid.
- Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.
- Merencatkan pertumbuhan tumor.
- Antioksidan dan aktiviti pelindung gen.
Langkah-langkah Penanaman Cendawan :
- Bahan mentah
- Penyediaan beg media cendawan
- Pengukusan beg media cendawan
- Pungukusan hasil
- Penyuntikan benih cendawan
- pemeraman beg-beg media cendawan
- Pungutan hasil
- Pemasaran
Penyediaan beg media cendawan
- Media/bahan mentah yang digunakan ialah habuk kayu getah,dedak padi halus,kapur(kalsium kaebonat),Gypsum,pumice,Declare,Seagro dan air.
- Bahan-bahan digaul sehingga rata.
Pembungkusan beg media cendawan
- Bahan yang digunakan dalam penyediaan beg media pula ialah beg plastik,getah gelang,kapas,kertas surat khbar lama,penyodok besar dan kecil.
- Beg-beg media cendawan yang siap akan dikukus selama 4-5 jam.
Penyuntikan benih
- Miselium (benih) tumbuh memenuhi keseluruhan permukaan dan sedia disuntik ke dalam beg bongkah cendawan yang telah dikukus.
- Beg media yang telah disuntik,dimasukkan dan disusun didalam rumah cendawan bagi proses pertumbuhan.Keadaan rumah cendawan perlulah lembab dan cahaya diperlukan.
Pemeraman
- Beg media akan disusun didalam rumah cendawan bagi proses pemeraman
- 30-35 hari cendawan mula tumbuh.
Memungut hasil
- 3-5 hari selepas cendawan mula tumbuh boleh dipungut.
- Jangka hayat setiap beg media adalah 4-5 bulan.
Kaedah pelaksanaan
- Bermula dari peringkat awal penyediaan media.
Peringkat pertama (Pertumbuhan miselium)
- Hifa akan tumbuh dan terjalin antara satu sama lain membentuk miselium.
- Tumbuh sehingga memenuhi keseluruhan permukaan substrat.
Peringkat kedua (Pembentukan kepada paku)
- Kepala paku seperti batang yang kecil mula terbentuk.
- Keadaan yang lembab dan cahaya diperlukan.
Peringkat ketiga (Peringkat matang)
- Strkturnya terbahagi kepada dua iaitu topi dan batang.
- Topi terbentuk seperti payung berwarna kelabu.
- Lamella bewarna putih dibahagian bawah topi. Batang tersangkut pada pamella yang menyambungkanya dengan topi.
- Batang bewarna putih dan terbentuk separuh bulat.
- Diameter batang bergantung kepada substrat dan faktor-faktor persekitaran.
- Normal diameter sekitar 5-15 cm.