Petola
Botani Tanaman
Nama Saintifik : Luffa acutangula
Keluarga : Cucurbitaceae
Sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat dan morfologi pokok seperti :
Batang
Buah
Amalan Kultur
Penyediaan benih
Penanaman Di Ladang
Memasang junjung/penyokong
Pemangkasan
Bahagian diserang
ii). Lalat Buah
Bahagian diserang
Penyakit yang biasa menyerang pokok petola segi seperti :
i). Penyakit kulapuk berdebu
Penyebab
Penyebab
Simptom
Kematangan dan Pengutipan Hasil
Botani Tanaman
Nama Saintifik : Luffa acutangula
Keluarga : Cucurbitaceae
Sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat dan morfologi pokok seperti :
Batang
- Bersegi lima,mempunyai buku-buku halus dan tumbuh secara memanjat dengan menggunakan sulur paut bercabang tiga.
- Berwarna hijau,mempunyai permukaan yang kasar berukuran 15-17 cm panjang dan 19-23 cm lebar. Daun berbentuk oval lebar,kordat di pangkal daun dan mempunyai akuminat apeks.
- Berwarna kuning,Kedudukan bunga jantan dan betina adalah berasingan dengan bunga betina sekuntum setangkai.
- Manakala bunga jantan terdapat lebih lima kuntum dalam sejambak.
- Pendebungaan dengan cara berselang.
Buah
- Panjang,berukuran antara 35-40 cm dan garis pusat 6-5 cm.Bersegi sembilan atau sepuluh pada buah adalah amat ketara.
- Mempunyai akar tunjang dan akar sisi sedalam 60 cm.
- Berwarna hitam,leper dan beratnya 1450g/1000 biji.
Amalan Kultur
Penyediaan benih
- Biji benih bermutu tinggi perlu digunakan pada kadar 5kg/ha.
- Biji benih dirawat dengan racun kulat seperti captan pada kadar 15g/10kg benih.
- Penyediaan kawasan merangkumi kerja pembersihan tanah,pembajakan dan pembinaan batas.
- Tanah dibajak dan digemburkan sedalam 15-22 cm.
- Batas dibuat selebar 1.2m dan tinggi 20-30 cm.
- Pengapuran perlu dilakukan sekiranya pH tanah dibawah 5.0 .Lakukan sbaik-baiknya sebulan sebelum menanam dengan menggunakan sama ada GML, batuu kapur,abu tanaman atau bahan-bahan kapur lain.
- Biasanya kadar kapur yang digunakan untuk tanah pasir, mineral dan gambut masing-masing ialah 2-3 t/ha,3-5t/ha dan 3-7.5t/ha.
Penanaman Di Ladang
- Biji benih ditanam terus ke batas sedalam 2-3 cm dengan jarak tanaman 60 x 150 cm.
- Tanam 2-3 biji benih selubang lebih kurang 2 cm antara satu sama lain.
- Selepas 10 hari, anak benih dijarangkan kepada sepokok selubang.
Memasang junjung/penyokong
- Sayuran ini memanjat,kayu-kayu junjung atau penyokong diperlukan dan disediakan selewat-lewatnya dua minggu selepas menanam iaitu sebaik sahaja pokok telah mengeluarkan sulur-sulur paut.
- Sistem para-para dawai adalah sistem penyokong yang sesuai untuk petola segi menggunakan tiang-tiang junjung berukuran 2.5m panjang dan bergaris pusat 6 cm.
- Tiang-tiang ini dipacak di atas batas dengan jarak lebih kurang 4m persegi.
- Apabila tinggi pokok lebih kurang 20 cm,tali-tali rafia mula dipasang pada tiap-tiap pokok dan kemudian diikat ke para-para dawai.
- Pengurusan pembajaan petola segi berbeza-beza mengikut jenis tanah.
- Tanah berpasir memerlukan kadar baja dan bahan organik lebih tinggi berbanding tanah mineral.
Pemangkasan
- Pemangkasan dilakukan dengan mencantas dahan-dahan sisi dan pucuk terutama di bahagian bawah apabila pokok telah besar dan rimbun iaitu sebelum pengeluaran bunga.
- Cantasan dilakukan bagi mengurangkan pertumbuhan vegetatif dan menggalakkan pengudaraan antara pokok serta pengeluaran buah.
- Kawalan Penyakit Dan Serangga
Bahagian diserang
- Daun dan akar
- Daun-daun dimakan teruk oleh kumbang dewasa dan akar pokok dimakan oleh larva.
- Sembur seluruh pokok dengan racun serangga seperti carbaryl atau cypermethrin.
ii). Lalat Buah
Bahagian diserang
- Buah
- Buah yang diserang berkeadaan berlubang dan menjadi busuk.
- Buah muda yang diserang teruk akan berubah bentuk dan terbantut.
- Bungkus dan musnahkan buah-buah yang diserang.
Penyakit yang biasa menyerang pokok petola segi seperti :
i). Penyakit kulapuk berdebu
Penyebab
- Erysiphe cichoracearum
- Daun
- Angin dan air
- Tompok-tompok maisilia putih dan berdebu kelihatan di permukaan daun.
- Lama-kelamaan kulat merebak ke seluruh permukaan daun.
- Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang,kering serta berkedut.
- Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah yang dihasilkan kecil.
Penyebab
- Pseudoperonospora cubensis
- Daun
- Angin
Simptom
- Terdapat bintik-bintik berbentuk siku berwarna hijau pucat kekuningan diatas daun.
- Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora.
- Daun-daun kemudiannya menjadi perang dan akhirnya mati.
- Buah menjadi bantut.
- Musnah daun-daun yang diserang
- Sembur dengan racun kulat mancozeb atau chlorothalonil apabila terdapat tanda-tanda penyakit.Ulang semburan 7-10 hari jika perlu.
- Bagi mengawal rumpai,racun rumpai pracambah metalachlor (0.3-1.0 kg/ha) boleh digunakan dengan cara menyembur sama rata di atas batas selepas benih ditanam tetapi sebelum rumpai bercambah.
- Bagi rumpai yang tumbuh di atas batas selepas menanam,kerja-kerja merumput dilakukan denhan cara mencabut dengan tangan atau menggunakan cangkul.
- Batas yang diselaputi sungkupan seperti lalang,rumput kering dan jerami padi juga berupaya menyekat pertumbuhan rumpai.
- Rumpai yang terdapat antara batas tanaman jika perlu bolah dikawal dengan menyembur racun seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyphosate (0.6 kg/ha) pada peringkat pokok belum berbuah.
- Gunakan alat penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias.
Kematangan dan Pengutipan Hasil
- Hasil petola segi boleh dikutip pada umur 45-50 hari selepas menanam.
- Pengutipan dibuat selang 2-3 hari selama lebih kurang 60 hari.
- Anggaran hasil sehektar ialah 18 tan semusim.
- Tanda-tanda kematangan ialah kulit bertukar dari warna hijau gelap kepada warna hijau cerah dan segi serta buahnya senang dipatahkan.
- Pada peringkat ini,isi masi lembut dan tidak bersabut.