pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

7 Mac 2011

Petola

Petola

Botani Tanaman

Nama Saintifik : Luffa acutangula
Keluarga : Cucurbitaceae

Sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat dan morfologi pokok seperti :

Batang
  • Bersegi lima,mempunyai buku-buku halus dan tumbuh secara memanjat dengan menggunakan sulur paut bercabang tiga. 
 Daun
  •  Berwarna hijau,mempunyai permukaan yang kasar berukuran 15-17 cm panjang dan 19-23 cm lebar. Daun berbentuk oval lebar,kordat di pangkal daun dan mempunyai akuminat apeks.
 Bunga
  • Berwarna kuning,Kedudukan bunga jantan dan betina adalah berasingan dengan bunga betina sekuntum setangkai.
  • Manakala bunga jantan terdapat lebih lima kuntum dalam sejambak.
  • Pendebungaan dengan cara berselang.

 Buah
  • Panjang,berukuran antara 35-40 cm dan garis pusat 6-5 cm.Bersegi sembilan atau sepuluh pada buah adalah amat ketara.
 Akar
  •  Mempunyai akar tunjang dan akar sisi sedalam 60 cm.
Benih
  •  Berwarna hitam,leper dan beratnya 1450g/1000 biji. 

 Amalan Kultur

 Penyediaan benih
  •  Biji benih bermutu tinggi perlu digunakan pada kadar 5kg/ha.
  • Biji benih dirawat dengan racun kulat seperti captan pada kadar 15g/10kg benih.
 Penyediaan kawasan
  • Penyediaan kawasan merangkumi kerja pembersihan tanah,pembajakan dan pembinaan batas.
  • Tanah dibajak dan digemburkan sedalam 15-22 cm.
  • Batas dibuat selebar 1.2m dan tinggi 20-30 cm.
  • Pengapuran perlu dilakukan sekiranya pH tanah dibawah 5.0 .Lakukan sbaik-baiknya sebulan sebelum menanam dengan menggunakan sama ada GML, batuu kapur,abu tanaman atau bahan-bahan kapur lain.
  • Biasanya kadar kapur yang digunakan untuk tanah pasir, mineral dan gambut masing-masing ialah 2-3 t/ha,3-5t/ha dan 3-7.5t/ha.

 Penanaman Di Ladang
  • Biji benih ditanam terus ke batas sedalam 2-3 cm dengan jarak tanaman 60 x 150 cm.
  • Tanam 2-3 biji benih selubang lebih kurang 2 cm antara satu sama lain.
  • Selepas 10 hari, anak benih dijarangkan kepada sepokok selubang.

 Memasang junjung/penyokong
  •  Sayuran ini memanjat,kayu-kayu junjung atau penyokong diperlukan dan disediakan selewat-lewatnya dua minggu selepas menanam iaitu sebaik sahaja pokok telah mengeluarkan sulur-sulur paut.
  • Sistem para-para dawai adalah sistem penyokong yang sesuai untuk petola segi menggunakan tiang-tiang junjung berukuran 2.5m panjang dan bergaris pusat 6 cm.
  • Tiang-tiang ini dipacak di atas batas dengan jarak lebih kurang 4m persegi.
  • Apabila tinggi pokok lebih kurang 20 cm,tali-tali rafia mula dipasang pada tiap-tiap pokok dan kemudian diikat ke para-para dawai.
 Pembajaan
  •  Pengurusan pembajaan petola segi berbeza-beza mengikut jenis tanah.
  • Tanah berpasir memerlukan kadar baja dan bahan organik lebih  tinggi berbanding tanah mineral.

 Pemangkasan
  •  Pemangkasan dilakukan dengan mencantas dahan-dahan sisi dan pucuk terutama di bahagian bawah apabila pokok telah besar dan rimbun iaitu sebelum pengeluaran bunga.
  • Cantasan dilakukan bagi mengurangkan pertumbuhan vegetatif dan menggalakkan pengudaraan antara pokok serta pengeluaran buah.
 Pengurusan Perosak
  •  Kawalan Penyakit Dan Serangga
 i).Kumbang daun (Aulacophora spp).

 Bahagian diserang
  •  Daun dan akar
 Simptom
  • Daun-daun dimakan teruk oleh kumbang dewasa dan akar pokok dimakan oleh larva.
 Kawalan
  • Sembur seluruh pokok dengan racun serangga seperti carbaryl atau cypermethrin.

 ii). Lalat Buah

 Bahagian diserang
  •  Buah
 Simpton
  •  Buah yang diserang berkeadaan berlubang dan menjadi busuk.
  • Buah muda yang diserang teruk akan berubah bentuk dan terbantut.
 Kawalan
  •  Bungkus dan musnahkan buah-buah yang diserang.

 Penyakit yang biasa menyerang pokok petola segi seperti :

 i). Penyakit kulapuk berdebu

 Penyebab
  •  Erysiphe cichoracearum
 Bahagian diserang
  •  Daun
 Cara merebak
  •  Angin dan air
Simptom
  • Tompok-tompok maisilia putih dan berdebu kelihatan di permukaan daun.
  • Lama-kelamaan kulat merebak ke seluruh permukaan daun.
  • Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang,kering serta berkedut.
  • Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah yang dihasilkan kecil.
ii). Penyakit kulapuk Downy

Penyebab
  • Pseudoperonospora cubensis
Bahagian diserang
  • Daun
Cara merebak
  • Angin

Simptom
  • Terdapat bintik-bintik berbentuk siku berwarna hijau pucat kekuningan diatas daun.
  • Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora.
  • Daun-daun kemudiannya menjadi perang dan akhirnya mati.
  • Buah menjadi bantut.
  • Musnah daun-daun yang diserang
  • Sembur dengan racun kulat mancozeb atau chlorothalonil apabila terdapat tanda-tanda penyakit.Ulang semburan 7-10 hari jika perlu.
Kawalan Rumpai
  • Bagi mengawal rumpai,racun rumpai pracambah metalachlor (0.3-1.0 kg/ha) boleh digunakan dengan cara menyembur sama rata di atas batas selepas benih ditanam tetapi sebelum rumpai bercambah.
  • Bagi rumpai yang tumbuh di atas batas selepas menanam,kerja-kerja merumput dilakukan denhan cara mencabut dengan tangan atau menggunakan cangkul.
  • Batas yang diselaputi sungkupan seperti lalang,rumput kering dan jerami padi juga berupaya menyekat pertumbuhan rumpai.
  • Rumpai yang terdapat antara batas tanaman jika perlu bolah dikawal dengan menyembur racun seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyphosate (0.6 kg/ha) pada peringkat pokok belum berbuah.
  • Gunakan alat penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias.

Kematangan dan Pengutipan Hasil
  • Hasil petola segi boleh dikutip pada umur 45-50 hari selepas menanam.
  • Pengutipan dibuat selang 2-3 hari selama lebih kurang 60 hari.
  • Anggaran hasil sehektar ialah 18 tan semusim.
  • Tanda-tanda kematangan ialah kulit bertukar dari warna hijau gelap kepada warna hijau cerah dan segi serta buahnya senang dipatahkan.
  • Pada peringkat ini,isi masi lembut dan tidak bersabut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan