Labu Manis
Botani Tanaman
Nama tempatan : Labu manis.
Nama saintifik : Cucurbita moschata.
Keluarga : Cucurbitaceae.
Menggunakan kaedah pukat junjung |
- Tabiat pertumbuhan - menjalar
- Batang - Bentuk bulat atau bersegi lima,separa keras dan mempunyai sulur paut.
- Daun - Besar,berukuran 20 x 30 cm dan berlobus.
- Bunga - Buahnya berwarna kuning,bunga betina dan jantan adalah berasingan (Monoecious).
Bunga jantan |
Bunga betina |
- Buah - Buahnya besar dan berbagai bentuk mengikut kultivar.
- Benih - Berwarna putih,berbentuk leper. Berat 1000 biji lebih kurang 200 g.
Buah dan biji labu |
Keperluan Asas Tanaman
A).Faktor Iklim
- Memerlukan cuaca panas dan air yang banyak untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang baik.
- Suhu yang sesuai ialah 25-35 C pada waktu siang dan 18-22 C pada waktu malam.
- Hujan minima sebanyak 380mm semusim adalah diperlukan.
- Hujan yang terlalu lebat menyebabkan air bertakung boleh merosakkan tanaman ini.
- Cuaca redup dan naungan dari pokok lain mengurangkan pengeluaran bunga betina dan seterusnya boleh merendahkan hasil.
B). Faktor Tanah
- Tanah yang sesuai ialah liat gembur berpasir,liat gembur berorganan tinggi,gambut diberi kapur dan tanah bris organan yang tinggi seperti Rhu Tapai dan Rompin.
- Penanaman di tanah rata mestilah mempunyai saliran yang baik.
- Di kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi hendaklah dibuat batas.
- pH yang sesuai antara 5.5-6.8.
- Kebanyakkan tanah di malaysia mempunyai nilai pH yang rendah dan kapur diperlukan untuk mengurangkan kemasaman tanah.
- Tanah mineral memerlukan kapur sebanyak 3-5 tm sehektar.
Penyediaan Benih
- Benih diperlukan sebanyak lebih kurang 800g biji benih diperlukan untuk sehektar.
- Biji benih perlu dirawat dengan racun thiram dengan kadar rawatan kering 3 gram thiram bagi 1000g biji benih.
- Rawatan biji benih amat penting bagi mencegah penyakit disebabkan kulat layu anak benih.
Penanaman.
- Biji benih yang telah dirawat dengan racun kulat ditanam terus kebatas dengan jarak 1.2m dalam baris dan 2.4m antara baris.
- Sebanyak 2 biji benih digunakan bagi selubang dan ditutup dengan 1-2cm tanah.
- Lakukan penjarangan satu pokok satu lubang selepas 2 minggu.
Pendebungaan oleh tebuan |
Pendebungaan Berbantu
- Biasanya proses pendebungaan berlaku oleh serangga seperti lebah,lalat,kumbang,tebuan dan kupu-kupu.
- Jika racun serangga digunakan dengan kerap,agen pendebungaan akan mati dan proses pendebungaan tidak berlaku sepenuhnya menyebabkan buah berkurangan.
Pendebungaan oleh tebuan |
- Pendebungaan berbantu dimana debunga dari bunga jantan disapu keatas stigma bunga betina perlu dilakukan jika tiada agen pendebungaan.
- Pendebungaan berlaku dibuat sekiranya serangga berkurangan dan digalakkan pada waktu 8.00 - 11.00 pagi iaitu apabila bunga betina kembang.
- Debunga dari bunga jantan yang terbuka pada waktu pagi digunakan.
Bunga kecup waktu petang |
- Bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina,satu bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina.
Putik Buah |
- Selepas tujuh hari bunga betina yang berjaya didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah.
- Penyakit yang boleh menyerang pokok labu dan langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut :
Simptom
- Kelihatan bintik-bintik bersegi berwarna hijau pucat kekuningan diatas daun.
- Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora-spora cendawan keungun-unguan.
- Serangan yang teruk menyebabkan menjadi kuning dan mati serta buah menjadi bantut.
Kawalan
- Sembur dengan racun seperti metalaxyl dengan kadar 0.15% b.a.
- Semburan dibuat apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulangi selang 7-10 hari sekali.
b). Kulapok Berdebu (Erysiphe cichoracearum)
Simptom
- Kulat berdebu mula kelihatan dilapisan bawah daun dan juga dibatang pokok.
- Lama-kelamaan bahagian berpenyakit menjadi perang dan berkedut.
- Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah selalunya kecil.
Simptom
- Serangan berlaku pada pangkal batang atau dimana terdapat tanda-tanda cedera berair dan kelihatan nekrotik.
- Akhirnya anak benih/pokok tumbang.
- Gunakan benih yang bernas dan sihat.
- Rawat biji benih dengan racun kulat seperti captan 3g/1000g biji benih.
d). Mosek Virus (Mosaic Virus)
Simptom
- Daun kelihatan berintik-rintik berwarna pucat kehijauan.
- Daun kerekot dan pokok terbantuk.
- Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit.
- Lakukan pusingan tanaman dan mengawal serangga pembawa penyakit seperti kutu daun.
e).Hawar Daun (Rhizoctonia sp).
Simptom
- Bahagian daun yang diserang kelihatan melecuh dan berair.
- Terdapat spora-spora yang berwarna keperangan di tempat serangan.
- Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram (80% wp) 3g/1000 g biji benih.
- Guna biji benih yang bersih,amalkan tanaman giliran.
- Cabut dan tanam daun yang berpenyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan