Nama Biasa : Longan, mata kucing
Nama Saintifik : Dimacorpus longan Lour
Keluarga : Sapindaceae
Pengenalan
Botani Tanaman
Pokok
ii). Bunga betina (stamen tidak berfungsi)
iii). Hermaprodite
Hanya bunga hermaprodite yang akan menjadi buah.Longan memerlukan pendebungaan bersilang (cross pollinated) dan peringkat berbunga hingga buah matang mengambil masa 5-7 bulan bergantung kepada kultivar.
Buah
a). Faktor iklim
Faktor Tanah
Amalan Kultur
Penyediaan Kawasan
Penanaman di ladang
Pembajaan
Pembajaan peringkat belum matang
Pemangkasan
Pemangkasan pembentukan
Pengurusan Perosak
Serangga perosak dan syor kawalan
1. Pengorek Buah ( Conopomorpha sinensis)
Bahagian diserang
Kawalan
2. Thrips ( Thrips spp )
Bahagian yang diserang
3. Mite ( Tetrancycus spp ) ( panonychus citri )
Simpton
4. Lalat Buah ( Bactrocetra spp ).
Simpton
5. Kesing ( stink bug ) Tessaratoma papillosa.
Simpton
Kawalan
6. Webworm ( Crocidosema spp ) spesis Lepidotera
Simpton
Kawalan
7. Gagak, keluang dan kelawar
Simpton
Kawalan
Kawalan penyakit
a). Kulapuk Hitam ( Sooty mould )
Bahagian serang
b). Penyakit Reput Tangkai Buah ( Botrydiplodia spp )
Bahagian yang diserang
c). Antraknos ( Collectotricum gloeosporoides )
Bahagian yang diserang
d). Mati rosot ( Tree decline ) Phythopthora, Phytium, Fusarium, Clitocybe dan Armilaria.
Bahagian yang diserang
Kawalan
Kematangan Dan Pengutipan Hasil
Arahan Pembungaan
Pengutipan Hasil
Nama Saintifik : Dimacorpus longan Lour
Keluarga : Sapindaceae
Pengenalan
- Longan berasal daripada China yang bermaksud Mata Naga (Dragon's eye).
- Isinya tebal dan bijinya bersaiz agak besar dan berwarna hitam berkilat.
- Berasal dari negeri China,tetapi ada juga kultival di negara Asia.
- Boleh dimakan segar,dikeringkan atau ditinkan.
Botani Tanaman
Pokok
- Boleh tumbuh tegak dengan konopi daun yang merimbun dan mencapai ketinggian antara 10-20 m.
- Daun longan jenis kompaun (compound leaf).
- Lai daunya tersusun berpasangan secara berselang di antara 6-9 pasang dan berbentuk bujur.
- Permukaan atas daun matang berwarna hijau tua berkilat dan di bahagian bawahnya agak hijau pucat dan tidak berkilat.
- Bunga longan bersaiz kecil dan terdapat pada hujung pucuk.
- Jambak bunganya besar (30-50 cm panjang,bercabang dan tiada daun.
- Terdapat 3 jenis bunga longan :
ii). Bunga betina (stamen tidak berfungsi)
iii). Hermaprodite
Hanya bunga hermaprodite yang akan menjadi buah.Longan memerlukan pendebungaan bersilang (cross pollinated) dan peringkat berbunga hingga buah matang mengambil masa 5-7 bulan bergantung kepada kultivar.
Buah
- Dalam satu jambak boleh terdapat sehingga 80 biji buah yang berbentuk bulat dengan beratnya antara 5-20g sebiji.
- Gred premium bagi buah longan ialah 14-20 g sebiji.
- Pada peringkat awal,warna buahnya kehijauan dan kulitnya agak kasar.
- Kulit buah longan bertukar menjadi agak licin dan berwarna perang bila matang.
a). Faktor iklim
- Penghasilan longan sangat bergantung kepada keadaan cuaca terutama semasa pembungaan dan pembentukan buah.
- Hujan yang berlebihan boleh menyebabkan bunga gugur, serta menghalang pendebungaan dan pembentukan putik.
- Walaupun longan tahan kepada keadaan kemarau,air yang secukupnya sangat perlu bagi menjamin pengeluaran hasil yang tinggi.
- Curahan hujan tahunan yang paling baik untuk tanaman longan ialah di antara 1200-1400 mm.
- Tanaman longan sangat peka kepada angin kencang yang boleh menyebabkan dahan merekah serta serkah dan bunga gugur.
Faktor Tanah
- Tanaman longan boleh ditanam dipelbagai jenis tanah.
- Tanah yang lebih baik adalah tanah yang subur,bersaliran baik,mempunyai keasidan diantara pH 5.5-6.0 dan kemasinan yang rendah adalah sesuai bagi tanaman ini.
- Tanah lanar sungai yang bertekstur halus dan dapat memegang air sangat sesuai untuk tanaman longan seperti Siri Tok Yong, Cempaka,Lundang, Kereyong,Tebok,Tawar, Gong Chenak dan Lubok Kiat.
- Tanah sawah yang kurang salir didapati boleh ditanam dengan tanaman longan sekiranya air dapat disalir dan aras air tanah dapat dikawal pada tahap 75 cm dari permukaan tanah sepanjang masa seperti Siri Tepus, Jabil, Lating, Cherang Hangus dan Kg Pusu.
- Elakkan dari menanam di kawasan yang mudah bertakung air dan aras air bawah tanah tinggi seperti tanah gambut dan tanah lanar sungai yang tersangat kurang salir seperti Siri Lubok Itik,Binjai dan Lubok Sendong.
- Bagi tanah sedentari (bukit), profil tanah yang dalam (melebihi 100 cm) bertekstur halus dan topografi kurang dari 20 darjah adalah sesuai untuk tanaman longan seperti Sri Bungor,Rengam,Jerangau, Munchong, Batang Merbau dan Kuantan.
Amalan Kultur
Penyediaan Kawasan
- Kawasan boleh dibersihkan dengan menggunakan jentera atau secara manual bergantung kepada keadaan kawasan yang dikenalpasti.
- Bagi kawasan yang rendah dan mendatar, parit perlu dibuat bagi memperbaiki saliran kawasan kebun.
- Tanaman penutup bumi adalah digalakkan sebagai satu langkah pemuliharaan tanah dan juga pengurusan bahan organan tanah serta menggalakkan kegiatan mikro organisma tanah.
- Bahan tanaman yang selalu digunakan ialah anak benih yang dibiakkan secara tampang, bergarispusat 1.5-2.5 cm dan setinggi antara 45-60 cm.
Penanaman di ladang
- Orientasi penanaman dibuat secara timur barat supaya pokok longan mendapat cahaya matahari yang mencukupi pada waktu pagi dan petang.
- Bagi pengurusan yang kurang intensif, jarak tanaman yang disyorkan adalah 14 m antara baris X 10m antara pokok dengan kepadatan 166 pkk/ha.
- Lubang tanaman disediakan sebulan sebelum menanam, bersaiz 60x60x60 cm.
- GML sebanyak 0.5 kg/lubang ditaburkan jika kawasan tersebut mempunyai pH tanah kurang daripada 4.5.
- Lubang ini dimasukkan dengan 10 kg bahan organan.
- Baja TSP sebanyak 240 g di taburkan di dalam lubang dan digaul serta dibiarkan selama 1 minggu.
- Semasa menanam,buatkan satu lubang kecil yang boleh memuatkan anak benih.
- Masukkan anak benih dengan teliti ke dalam lubang supaya akar pokok tidak rosak.
- Kampus dengan tanah pada bahagian pangkal pokok dan tinggikan sedikit supaya nampak berbusut.
- Bagi sokongan kayu panjang supaya tumbuh menegak.
- Siran pokok yang baru ditanam dan letakkan sungkupan.
- Letakkan naungan jika perlu seperti daun kelapa kering dan bakul.
- Sebaiknya lakukan penanaman pada musim hujan.
- Pokok longan mempunyai konopi yang padat dan mudah tumbang bila ditiup angin,sediakan kayu sokongan terutama apabila mengeluarkan hasil.
- Dahan pokok juga mudah merekah.
- Dahan-dahan perlu diikat antara satu sama lain supaya memperkuatkan pautan dahan-dahannya.
- Biasanya tiub kenderaan digunakan sebagai pengikat.
Pembajaan
Pembajaan peringkat belum matang
- Pada peringkat belum matang, gabungan baja organik dan baja bukan organik digunakan.
- Baja organik seperti najis haiwan disyorkan pada kadar 10 kg/pkk/tahun dengan kekerapan 3-4 kali/tahun ditambah dengan baja bukan organik seperti NPK 15:15:15 dengan kadar 1-4kg/tahun.
- Pembajaan bagi pokok dewasa (reproduktif) adalah untuk manipulasi pembentukan jambak bunga, pembentukan buah dan pembentukan pucuk baru (vegetative growth) selepas kutipan hasil.
Pemangkasan
Pemangkasan pembentukan
- Pokok longan dibiarkan tumbuh dengan sistem batang tunggal (single stem) dan pangkasan dibuat pada ketinggian 60 cm.
- Selepas itu dibiarkan 3 cabang utama tumbuh.
- Batang ini dipangkas pada 30-45 cm dan dibiarkan 3 batang tumbuh setiap satu.
- Kemudiannya setiap dahan akan mengeluarkan 3-4 dahan.
- Ini akan menjadikan konopi longan terdiri daripada 27-36 dahan.
- Ketinggian pokok dewasa ialah 3-4 meter dan luas konopinya adalah 4-5 meter.
- Ini supaya memudahkan pengurusan pokok.
- Pada peringkat awal, pertumbuhan pokok mestilah pada tahap subur supaya saiz pokok mencapai peringkat terbaik sebelum ia diaruhkan pada tahun 4 dan ke atas.
- Pokok longan dipangkas supaya mendapatkan bentuk 'open center' yang akan menggalakkan cahaya matahari masuk ke dalam kanopi.
- Di bahagian sisi kanopi pula dibuat pemangkasan penjagaan untuk menggalakkan cahaya dan pengudaraan yang sempurna.
- Pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz dan kualiti buah.
- Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan biennial bearing.
- Jika buah terlalu lebat (over bearing) ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya.
- Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah ( crop load ).
- Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu).
- a). Bila jambak bunga berukuran 10-12 cm panjang.Anggaran 40-50% bunga dipangkas.
- b).Bila berputik. Anggaran 10% putik dipangkas.
Pengurusan Perosak
Serangga perosak dan syor kawalan
1. Pengorek Buah ( Conopomorpha sinensis)
Bahagian diserang
- Sejenis kupu-kupu, larvanya menyerang bahagian buah.
Kawalan
- Guna racun yang disyorkan.
2. Thrips ( Thrips spp )
Bahagian yang diserang
- Daun dan buah
- Guna racun yang disyorkan.
3. Mite ( Tetrancycus spp ) ( panonychus citri )
Simpton
- Dewasa mmenghisap cecair dari tangkai,daun dan buah menjadi tompok kuning, serangan pada kebiasaanya berlaku pada musim kemarau.
4. Lalat Buah ( Bactrocetra spp ).
Simpton
- Serangan pada buah. Lalat betina bertelur dalam buah yang hampir masak atau matang dan selepas telur menetas, larva mengorek dalam buah dan memakan tisu.
5. Kesing ( stink bug ) Tessaratoma papillosa.
Simpton
- Merosakkan jambak bunga,daun muda dan pucuk,pucuk menjadi rosak dan terbantut.
Kawalan
- Guna racun serangga yang disyorkan.
6. Webworm ( Crocidosema spp ) spesis Lepidotera
Simpton
- Memakan pucuk dan tunas baru.
Kawalan
- Guna racun yang disyorkan.
7. Gagak, keluang dan kelawar
Simpton
- Buah dimakan oleh gagak,kluang dan kelawar.
Kawalan
- Memasang jaring/pukat pada bahagian atas pokok longan.
- Tembak menggunakan senapang.
Kawalan penyakit
- Penyakit yang biasa didapati menyerang tanaman longan dalah seperti kulapuk hitam ( Sooty mould ), antraknos dan beberapa penyakit yang ditemui dinegara-negara pengeluar longan.
a). Kulapuk Hitam ( Sooty mould )
Bahagian serang
- Berjelaga hitam pada daun dan kulit buah.
- Kawal koya dengan minyak putih.
b). Penyakit Reput Tangkai Buah ( Botrydiplodia spp )
Bahagian yang diserang
- Tangkai buah kering dan gugur.
- Memangkas dahan untuk memperbaiki pengudaraan dan merendahkan kelembapan di sekitar kanopi pokok.
c). Antraknos ( Collectotricum gloeosporoides )
Bahagian yang diserang
- Serangan pada buah dan daun.
- Guna racun kulat yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.
d). Mati rosot ( Tree decline ) Phythopthora, Phytium, Fusarium, Clitocybe dan Armilaria.
Bahagian yang diserang
- Seluruh pokok atau sebahagian pokok didapati mati mengejut disebabkan saliran yang kurang baik.
Kawalan
- Jangan tanam di kawasan air yang bertakung dan saliran yang kurang baik.
Kematangan Dan Pengutipan Hasil
Arahan Pembungaan
- Longan Edaw, Chompoo dan Biew Khiew adalah kultival yang memerlukan suhu yang rendah dan kering 2 bulan untuk berbunga.
- Pada keadaan biasa ia tidak berfungsi di malaysia.
- Longan mengambil masa 5-7 bulan ( bergantung kepada kultivar) daripada peringkat berbunga sehingga matang.
- Kulit buah longan matang lebih licin dan berwarna perang kekuningan berbanding dengan buah longan muda.
- Bagi longan kultiva Edaw, pungutan hasil dibuat lebih awal sedikit kerana jika terlalu lama, biji mungkin bercambah walaupun buah masih di pokok.
Pengutipan Hasil
- Kutipan hasil dibuat dengan memotong tangkai buah termasuk sedikit bahagian daun dengan berhati-hati dan disimpan di dalam bakul.
- Buah yang dikutip ini dibawa dengan segera ke pusat pengumpulan hasil dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.