pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

8 Mac 2011

Pandan

Pandan

Nama Saintifik : Pandanus adorus




Morfologi

  • Sejenis tanaman perdu dan tumbuh tegak ke atas.
  • Daunnya tebal,sedikit lebar,panjang meruncing dan tajam dihujung.
  • Warna hijau tua di pangkal dan hijau muda dihujung.
  • Sejenis tumbuhan yang sejuk,daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan,pewarna dan pewangi.
  • Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih,lebat dan menyejukkan kepala.




Penanaman



Penyediaan Tanah

  • Boleh membiak melalui akar dan anak pokok.
  • Sediakan lubang berukuran 25x25x25 cm.
  • Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP.
  • Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah dipermukaan keliling anak pokok.
Penanaman dalam pasu

  • Gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  • Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
  • Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.




Penjagaan

  • Siran anak pokok apabila perlu.
  • Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok.
  • Taburkan baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10gm/pokok bagi tanaman seperti sekitar rumah.
  • Tiada perosak dan penyakit yang serius menyerang pokok pandan.
  • Daun boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam.

Durian Belanda

Durian Belanda
Pendebungaan secara titisan


Pendahuluan
  • Tanaman durian belanda mempunyai bunga yang bersifat hermafrodit.Satu lagi ciri yang penting ialah organ pembiakan betina mengalami proses kematangan yang lebih awal daripada organ pembiakan jantan.
  • Bagaimanapun keadaan ini telah mengakibabkan berlakunya kekurangan pertindihan fasa kematangan kedua-dua organ tersebut.
  • Fenomena inilah membuatkan pendebngaan berbantu perlu dijalankan ke atas tanaman durian belanda bagi memastikan penghasilan yang tinggi.
Terdapat dua teknik pendebungaan berbantu yang biasa dilakukan ke atas tanaman durian belanda iaitu :

a). Teknik berus - Berus digunakan untuk memindahkan debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini kuran efisen kerana ia memerlukan banyak tenaga buruh,masa yang panjang untuk melakukannya dan membazir debunga.

b). Reknik titisan - Melibatkan penggunaan pipette untuk menitiskan debunga dan media penggalak debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini lebih efisen dan praktikal kerana masa menjalankan pendebungaan adalah lebih singkat.Pembaziran debunga juga dapat dikurangkan.Bahan kimia,bahan-bahan penggalak pembentukan buah seperti hormon boleh dimasukkan bersama ke dalam media pendebungaan untuk mempertingkatkan peratus pembentukan buah dan mutu buah.


Media Penggalak Debunga
  • Kandungan media penggalak debunga yang digunakan terdiri daripada 3 bahan asas,iaitu agar,sukrosa dan nutrien.
  • Fungsi agar ialah memberi daya kelekatan kepada media pendebungaan dijalankan.
  • Sukrosa pula berperanan untuk memastikan keadaan kesinambungan osmotik bagi debunga durian belanda.
  • Sementara nutrien pula bertujuan untuk menggalakkan percambahan dan pertumbuhan tiub debunga.

Kaedah
  • Bermula dengan aktiviti pengumpulan debunga.
  • Selalunya debumga dikumpulkan antara jam 7.30-9.30 pagi.
  • Pengumpulan dalam jangka masa ini penting kerana selepas jangka masa ini viabiliti debunga akan menurun.
  • Masa yang tepat untuk melakukan pendebungaan berbantu ialah apabila 1 atau 2 kelompok bunga telah gugur dan kelihatan banyak stamen yang penuh debunga berwarna kuning berada dalam keadaan longgar.