Durian Belanda
Pendebungaan secara titisan
Pendahuluan
a). Teknik berus - Berus digunakan untuk memindahkan debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini kuran efisen kerana ia memerlukan banyak tenaga buruh,masa yang panjang untuk melakukannya dan membazir debunga.
b). Reknik titisan - Melibatkan penggunaan pipette untuk menitiskan debunga dan media penggalak debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini lebih efisen dan praktikal kerana masa menjalankan pendebungaan adalah lebih singkat.Pembaziran debunga juga dapat dikurangkan.Bahan kimia,bahan-bahan penggalak pembentukan buah seperti hormon boleh dimasukkan bersama ke dalam media pendebungaan untuk mempertingkatkan peratus pembentukan buah dan mutu buah.
Media Penggalak Debunga
Kaedah
Pendebungaan secara titisan
Pendahuluan
- Tanaman durian belanda mempunyai bunga yang bersifat hermafrodit.Satu lagi ciri yang penting ialah organ pembiakan betina mengalami proses kematangan yang lebih awal daripada organ pembiakan jantan.
- Bagaimanapun keadaan ini telah mengakibabkan berlakunya kekurangan pertindihan fasa kematangan kedua-dua organ tersebut.
- Fenomena inilah membuatkan pendebngaan berbantu perlu dijalankan ke atas tanaman durian belanda bagi memastikan penghasilan yang tinggi.
a). Teknik berus - Berus digunakan untuk memindahkan debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini kuran efisen kerana ia memerlukan banyak tenaga buruh,masa yang panjang untuk melakukannya dan membazir debunga.
b). Reknik titisan - Melibatkan penggunaan pipette untuk menitiskan debunga dan media penggalak debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini lebih efisen dan praktikal kerana masa menjalankan pendebungaan adalah lebih singkat.Pembaziran debunga juga dapat dikurangkan.Bahan kimia,bahan-bahan penggalak pembentukan buah seperti hormon boleh dimasukkan bersama ke dalam media pendebungaan untuk mempertingkatkan peratus pembentukan buah dan mutu buah.
Media Penggalak Debunga
- Kandungan media penggalak debunga yang digunakan terdiri daripada 3 bahan asas,iaitu agar,sukrosa dan nutrien.
- Fungsi agar ialah memberi daya kelekatan kepada media pendebungaan dijalankan.
- Sukrosa pula berperanan untuk memastikan keadaan kesinambungan osmotik bagi debunga durian belanda.
- Sementara nutrien pula bertujuan untuk menggalakkan percambahan dan pertumbuhan tiub debunga.
Kaedah
- Bermula dengan aktiviti pengumpulan debunga.
- Selalunya debumga dikumpulkan antara jam 7.30-9.30 pagi.
- Pengumpulan dalam jangka masa ini penting kerana selepas jangka masa ini viabiliti debunga akan menurun.
- Masa yang tepat untuk melakukan pendebungaan berbantu ialah apabila 1 atau 2 kelompok bunga telah gugur dan kelihatan banyak stamen yang penuh debunga berwarna kuning berada dalam keadaan longgar.
tulisan biar hitam
BalasPadam