pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

10 Feb 2011

SERAI...

Serai....
-Adalah tanaman saka dari keluarga Graminanea.
-Terdapat 2 spesies serai makan yang dikenali umum peringkat antarabangsa sebagai "lemongrass" iaitu Cymmbopogon citratus dan Cybopogon flexus Spesis C. CITRATES tersebar di luas dikawasan beriklim tropika, termasuk malaysia.
-Manakal penanaman C. Flexus leb tertumpu dikawasan Malabar, India.
-Negara-negara utama yang menanam serai secara komersil seperti India, China, Guatemala dan Brazil.
-Negara-negara ini digunakan untuk pengeluaran minyak pati.
-Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80 an ialah kira-kira 310 tan setahun.

Keperluan Iklim dan Tanah
-Sesuai ditanam dikawasan tropika,cukup cahaya matahari dan hujan.
-Taburan hujan yang seragam antara 250-300 cm paling baik.
-Sesuai dikebanyakkan jenis tanah kecuali tanah terlau liat dan salirannya tidak memuaskan.
-Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

Bahan Tanaman
-Serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar.
-Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua berumur 8-9 bulan.
-Didalam sesuatu rumpun hanya anak-anak yang cerdas iaitu sihat membesar digunakan sebagai bahan tanaman.
-Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

Penyediaan Tanah.

-Tanah perlu disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan.
-Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasa mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur.
-Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

Penanaman
-2-3 batang serai ditanam bagi setiap lubang tanaman.
-Jarak dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah.
-Bagi tanah yang kurang subur,jerak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.
-Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0m menakala jarak antara lubang dalam sesuatu beris ialah antara 0.3m hingga 1.0m.
-Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0m antara baris X 0.5 m dalam baris iaitu memberikan kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai diamalkan kebanyakan tanah.

Pembajaan
-Serai makan dikenali sebagai tanaman yang 'menghauskan' tanah.
-Oleh itu, pembajaan yang sesuai adalah mustahak supaya menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.
-Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah.
-Biasanya baja ditabur 3 kali,sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan.
-Baja asa ditabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan.
-Baja tambahan pula diletak setiap 2 bulan selepas ditanam.
-Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman di tanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2 05 dan 40-80 kg K20.
-Bagi tanah gambut,kapur sebanyak kira-kira 2.5 tan/ha perlu ditabur.

Jadual dicadangkan untuk sehektar tanaman menggunakan baja sebatian seperti berikut :
  • Baja asas :Sebatian NPK 12:12:17:2 +UNSUR PEKIT SEBANYAK 250 kg.
  • Baja tambahan : Urea 65 kg setiap kali pembajaan diletak pada 2 dan 4 bulan selepas tanam.
Kawalan rumpai

-Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya peringkat pertumbuhan.
-Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik,satu atau dua kali merumput biasa mencukupi.

Penuaian makan segar

-Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6-8 bulan selepas ditanam.
-Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul.
-Akar dan daun dipotong meninggalkan 'batang' dengan upeh daun sepanjang 10-15cm.
-Bagi tanaman yang kepadatan 20,000 rumpun/ha,biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan.
-Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.

Penuaian minyak pati
-Penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6-8 bulan.
-Daun-daun dipotong lebih kurang 10cm diatas paras tanah.
-Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula,dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan.
-Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah.
-Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8-12 tan/ha bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman.
-Anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32-48 t/ha.

Pengeluaran minyak pati

-Keharuman dan perisa serai makan disebabkan oleh minyak pati yang terkandung didalam daunya.
-Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau seperti limau 'lemon'.
-Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian.kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehid.
-peratusan sitral minyak pati daripada c. citratus ialah antara 65%-85% (Anon 1988).














Tiada ulasan:

Catat Ulasan