pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

9 Feb 2011

Nangka...

Nangka

Nama Saintifik : Artocarpus heteropyllus Lam
Nama Tempatan : Nangka
Keluarga : Moraceae

A).BOTANI

Pokok
  •  Tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih.
  • Ketinggian sehingga 20 m.
  • Batang yang lurus,tetapi pendek dan mula bercabang pada paras rendah untuk membentuk konopi yang rimbun.
  • Getah berwarna putih
  • Kulit bertekstur kasar dan berwarna kelabu tua.

Batang pokok nangka






























    Sistem Akar
    • Mempunyai akar tunjang
    • Anak pokok nangka mula cedera dan boleh menjejaskan semasa penanaman di ladang.

      Daun
      • Daun ringkas berukuran 20 cm panjang dan 7 cm lebar.
      • Berbentuk elliptik atau obovat, tepi daun yang licin kecuali daun muda yang kadang-kadang berlob.
      • Daun tersusun secara spiral pada atas ranting.
      • Pucuk nangka mempunyai bulu halus dan stipul yang berbentuk ovat,berukuran 2-5cm panjang dan berwarna hijau kekuningan.
      • Daun berwarna hijau tua,permukaan atas licin dan berkilat.
      • Permukaan bawah daun berwarna hijau pucat dan kesat terutama daun muda.
      • Pangkal daun menirus atau kuneat dan mempunyai hujung daun yang tajam.
      • Urat daun tengah dan urat sekunder jelas kelihatan dan berwarna hijau kekuningan.
      • Bilangan urat sekunder ialah antara 5-8 pasangan.
      • Tangkai daun berukuran di antara 0.5-2.5 cm panjang.






















      Bunga    
      Bunga sebelum kembang
       

      Bunga mekar
                                                               
      Bunga jantan

      • Jambak bunga jantan dan betina berbentuk berasingan di pokok yang sama.
      • Jambak bunga jenis komposit berbentuk seperti silinder serta mempunyai pangkal dan hujung yang membulat.
      • Bunga betina lebih besar daripada bunga jantan.
      • Jambak bunga jantan keluar pada ranting/dahan muda atau di celah-celah daun.
      • Kepala bunga jantan keluar pada ranting/dahan muda atau di celah-celah daun.
      • Kepala bunga jantan berukuran 5-7 cm panjang dan 2-3 cm garis pusat.
      • Kepala bunga jantan adalah kelompok bunga individu halus yang mempunyai kaliks berlob dua dan satu stamen dan bersusun padat.
      • Kepala bunga jantan berwarna hijau semasa mula keluar dan bertukar menjadi kuning kerana diselaputi oleh debunga apabila mekar.
      • Bunga jantan yang mekar mempunyai bau yang harum.
      • Bunga betina berwarna hijau dan keluar pada batang dan dahan-dahan besar.
      • Bunga betina adalah kelompok bunga individu kecil yang mempunyai kaliks bertiub dan ovari yang berbentuk oblong berhimpit dan padat,style dan berclavet.
      • Tangkai bunga mempunyai struktur seperti cincin berwarna hijau yang terletak dipangkal bunga.
      • Bagi bunga betina,struktur ini lebih ketara dari bunga jantan.
      • Tangkai bunga betina lebih besar,lebih kurang 1.0 cm garis pusat berbanding dengan tangkai bunga jantan yang berukuran lebih kurang 0.5 cm.





      Buah
      • Buah nangka adalah agregat yang terdapat di sekitar batang utama dan dahan primer.
      • Apabila matang berbentuk oblong berukuran antar 30-90 cm panjang dan 25-55 cm garis pusat.
      • Kulit buah bergerutu mempunyai struktur duri lembut, berukuran 0.5cm dan mempunyai hujung tajam dan berwarna hitam.
      • Mempunyai kulit yang tebal dan mengandungi ulas isi yang berasal daripada bunga betina yang tidak disenyawakan.
      • Ulas-ulas ini diselaputi jerami berwarna kuning yang berasal daripada bunga betina yang tidak disenyawakan.
      • Buah nangka masak yang masak mempunyai bau yang harum.
      • Tiap-tiap ulas isi mempunyai biji benih yang berwarna perang berukuran 3.0 cm panjang dan 2.5 cm garis pusat dan diselaputi lapisan lutsinar.


      Keperluan tanaman

      Faktor Iklim
      • Sesuai ditanam dikawasan-kawasan rendah beriklim tropika.
      • Taburan hujan tahunan nangka ialah 2540 mm sementara suhu optimum yang diperlukan ialah antara 27-31 C.
      • Kemarau yang berpanjangan tidak sesuai bagi tanaman ini.
      • Tanaman nangka juga tidak sesuai kawasan yang mudah banjir.
      Faktor Tanah
      • Tanah-tanah yang gemburnya dalam,mendatar atau berbukit tidak terlalu curam dan bersaliran baik adalah sesuai ditanam dengan tanaman nangka.
      • Kawasan yang senang bertakung air juga tidak sesuai untuk penanaman nangka.

      Penanaman Di Ladang.
      • Anak benih yang bakal ditanam ke ladang mestilah melalui proses pengerasan bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantuk.
      • Proses pengerasan boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran metahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman.
      • Penanaman anak benih dimulakan dengan membuat lubang berukuran 60 x 60 x 60 cm.
      • Lubang-lubang ini seeloknya dibiarkan terdedah 1-2 hari.
      • Tanah yang dikeluarkan tadi digaul dengan baja organik dan baja fosfat.
      • Sebanyak 5-10 kg baja organik dan 150-250 baja fosfat diperlukan bagi setiap lubang.
      • Setelah digaul tanah tersebut dibiarkan selama 1 minggu sebelum operasi penanaman anak pokok dilakukan.
      • Penanaman dimuulakan dengan membuat lubang sebesar polibeg pada pertengahan lubang penanaman.
      • Tanggalkan polibeg dan tempatkan anak benih di dalam lubang tersebut.
      • Padatkan tanah disekeliling pangkal dengan sempurna dan pastikan tanah di pangkal anak pokok tadi berbusut sedikit bagi mengatasi masalah air bertakung atau tanah mendap.
      • Siram anak pokok dengan secukupnya selepas menanam.
      Sistem Penanaman
      • Boleh ditanam tunggal atau tanaman selingan dengan menggunakan empat sistem penanaman iaitu empat segi sama,sistem tiga segi sama,sistem sesiku keluang dan sistem kontor.
      • Keutamaan sistem tiga segi sama pada satu jarak yang sama dapat memberikan bilangan pokok yang lebih iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem empat segi sama.
      • Sistem empat segi sama tanaman selingan atau sesiku keluang pula melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama.
      • Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila konopi mula bertaut.
      • Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi.
      • Dalam sistem ini nangka dijadikan sebagai pokok selingan atau tanaman pengisi.
      • Kompirasi yang popular ialah menanam nangka dengan durian.
      • Penanamannya mengikut sistem sesiku keluang dimana pokok durian ditanam ditengah-tengah sistem empat segi sama.
      • Pokok nangka akan dibuang apabila produktiviti nangka telah menurun dan konopi pokok mula bertaut.
      • Susunan pokok mengikut sistem penanaman ditunjukkan seperti dibawah :





      Pemangkasan
      • Pemangkasan melibabkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting,dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak,berlapis,bertindih, bergeser atau berpenyakit.
      Tujuan Pemangkasan
      • Supaya membentuk tumbesaran pokok yang dapat disesuaikan dengan keadaan sekeliling.
      • Supaya memastikan semua bahagian-bahagian pokok menerima pancaran matahari dan edaran udara yang maksimum.
      • Supaya mendapatkan pokok yanf seimbang,subur,tumbesaran yang terkawal dan produktif.
      Pemangkasan terdiri daripada :

      i). Pemangkasan pembentukan.
      ii). Pemangkasan penjagaan.
      iii).Pemangkasan pokok dewasa.

      Kematangan Dan Pengutipan Hasil

      i).Penghasilan buah.
      - buah nangka tidak bermusim iaitu berbuah sepanjang tahun tetapi mempunyai hasil yang tinggi pada bulan
         Oktober dan November.

      ii). Kematangan buah.
      - Buah nangka mempunyai duri-duri yang halus dan tajam pada masa muda.
      - Duri-duri ini akan menjadi jarang,lebar dan pendek apabila buah meningkat matang.
      - Biasanya buah nangka matang 130-140 hari selepas perseyawaan berlaku ataupun 90-95 hari selepas
        dibalut.
      - Buah dibalut buah mencapai saiz 6-7 cm panjang untk mengelakkan dari serangan lalat buah dan serangga-
         serangga lain..
      - Cara menentukan kemangan buah boleh digunakan dengan cara mengetuk buah menggunakan pisau atau
         parang atau menepuk buah dengan tangan.
      -Jika bunyi berongga, buah tersebut telah matang.
      -Jika bunyi padat maka buah tidak matang lagi.
      -Ciri-ciri lain menentukan kematangan buah dengan melihat tangkainya yang bertukar warna dari hijau ke tua
        ke kuning perang, serta rupa bentuk duri dibahagian bawah buah yang bertukar menjadi jarang,lebar dan
        pendek.



      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan