pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

9 Feb 2011

Roselle

ROSELLE


Buah rosel

Nama saintifik : Habiscus sabdariffa L
Keluarga : Malvaceae

-Dikenali dengan nama tempatan asam susur,asam paya dan asam kundang.
-Mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.
-Kaliksnya begitu kaya dengan kandungan vitamin A dan C serta mineral (kalium dan kalsium).
-Membantu peredaran darah yang baik,mengurangkan tekanan darah tinggi dan memberi kesan awet muda.
-Warnaya yang merah mengandungi antosianin yang bertindak sebagai bahan antioksidan yang boleh
   mengurangkan risiko ketumbuhan barah,tekanan darah tinggi serta melawaskan kencing.
-Terdapat banyak produk yang boleh dihasilkan daripada rosel seperti :
  • Jus minuman 
  • Jem
  • Halwa
  • Jeli
  • Jeruk
  • Pewarna makanan
  • Teh ubatan
  • Industri kosmetik
  • Kapsul

Rosel kembang waktu pagi.















      Bunga kecup waktu petang





      Buah rosel

















      Varieti

      -Viarieti yang ditanam dimalaysia jenis rosel UMKL.
      -Pokok tumbuh menegak,mencapai sehingga 2 meter tinggi dan akan melentur rebah apabila berbuah.
      -Dahan dan tangkai berwarna merah.
      -Dahan berwarna hijau,7-15 cm panjang dan berbentuk tapak tangan dengan tiga  cuping yang runcing
        dihujungnya.
      -Bunga rosel keluar dari sendi daun berwarna kuning muda dan merah jambu.
      -Buah rosel berwarna merah dan mempunyai 5 kaliks yang boleh mencapai ukuran 4-5 cm apabila matang.
      Daun rosel
      -Ditengahnya terdapat kapsul yang berisi biji benih rosel yang berbentuk seperti ginjal.
      -Ia berbentuk putih kekuningan dan bertukar coklat apabila matang.












      Kesesuaian Tanah Dan Iklim

      -Boleh tumbuh dikebanyakkan tanah termasuk di kawasan tanah bris jika keperluan air bagi pertumbuhanya
        mencukupi dan air tidak bertakung.
      -Rosel tidak sesuai dimusim hujan yang berpanjangan seperti musim tengkujuh dinegeri-negeri pantai timur
        kerana serangan penyakit kulat pada daun,batang dan buah.

      Bahan Tanaman


      Biji benih rosel
      -Dibiak menggunakan biji benih dan keratan batang.    
      -Sebelum menanam biji benih perlu disemai didalam dulang semaian atau polibeg.
      -Anak benih diletak di bawah teduhan dan disiram selalu supaya anak benih tumbuh dengan subur dan sihat.
      -Selepas 14 hari, anak benih berukuran 15-20 cm tinggi sesuai untuk ditanam ke ladang.


         Anak benih disemai keratan
                                                    






      Penyediaan Kawasan Tanaman.
      -Kawasan dibersih, dibajak dan digembur.
      -Kadar bahan organik dan pengapuran bergantung kepada keadaan tanah yang dipilih.
      -Sekiranya tanah berasid iaitu pH kurang daripada 5.0,baja pengapuran seperti GML pada kadar 2-4 t/ha
        perlu digunakan.
      -Digaul secara bajak putar kedalam tanah yang masih lembab sekurang-kurangnya 14 hari sebelum penanam
        untuk tindak balas kimia yang berkesan.
      -Parit ladang perlu disediakan bagi kawasan yang mudah bertakung air.

      Penanaman
      -Tapak tanaman hendaklah dibajak putar sekali lagi dan membuat batas selebar 1.5 m lebar dengan ketinggian 25 cm.
      -Kuanliti benih tanaman adalah 1kg/ha.
      -Jarak tanaman yang disyorkan adalah 0.9 m dalam baris dan 1.5 m diantara baris.
      -Kepadatan tanaman sebanyak 7400 pokok/ha untuk tanah mineral dan 11,000 pokok/ha untuk tanah BRIS.

      Ladang rosel
      Ladang rosel


















      Pengairan
      Sistem pengairan jenjis atau apa-apa yang sesuai boleh digunakan,parit ladang dibina untuk mengelakkan air bertakung.

      Kawalan rumpai

      -Kawalan rumpai dilakukan bermula dengan racun pracambah seperti Dual 750 (Metalachlor) bagi
        mengawal  rumpai secara membunuh benih rumpai yang baru bercambah.
      -Kawalan boleh dilakukan dengan semburan racun rumpai seperti roundup (Glyphosate) dan Basta 15
        (Glufosinate 13.5 % EC) secara berhati-hati bagi mengelak terkena pokok rosel.


      Kawalan Serangga Dan Penyakit
      - Penyakit kulat yang biase menyerang ialah Reput daun (Coniella musaiaensis Var. Habisci) dan reput batang
         (Phomma sp.)biasanya mudah berlaku di musim hujan.
      - Kawalan menggunakan racun kulat seperti Carbendazim (Bavistin) atau mancozeb (Dithane M-45) adalah
         disyorkan.
      -Elakkan menanam pada musim hujan.



      Kawalan Perosak

      -Serangga perosak ialah seperti Bena Hijau,Kumbang dan kutu (Podogrica gemelle,Phylloreta spp)
      -Serangga ini akan menghisap cecair pokok dan akhirnya menyebabkan daun berkerinting.
      -Kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Calbaryl.

      Penuaian Hasil
      -Rosel boleh dikutip apabila mencapai peringkat matang iaitu 70-85 hari selepas menanam.
      -Pembentukan buah rosel tidak serentak,oleh itu pungutan hasil perlu dilakukan berulang-ulang.
      -Pungutan rosel biasanya dilakukan sebanyak 6-9 kali iaitu selang 7-10 hari setiap kali.

      Sesuai dikutip segar
      Kapsul pecah sesuai dijadikan biji benih

































      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan