Dokong
Nama Saintifik : Lansium domesticum corr
Keluarga : Meliaceae
Dokong terbahagi kepada 3 iaitu :
i).Gokong keringii).Dokong Air.
iii).Dokong Butir.
Sistem Penanaman
i).Penanam Tunggal
-Digalakkan dikawasan berbukit.
-Ditanam sebagai tanaman baru atau tanaman semula.
-Peringkat awal memerlukan lindungan.
ii). Tanaman campuran.
-Ditanam didalam dusun buah-buahan.
Penanaman ke ladang
i).Penyediaan kawasan dan tanah.-Kawasan hendaklah dibersihkan dari tunggul dan akar-akar mengelak daripada menjadi sarang serangga
atau punya penyakit akar.
-Pengapuran perlu dilakukan jika kawasan baru.
ii).Jarak Tanaman
-Disyorkan pada jarak 6x6 m atau 9x9 m.
iii).Penyediaan lubang tanaman
-Disyorkan pada jarak 0.6 X 0.6 X 0.6 M.
-Masukkan baja 200 gm CIRP dan baja organan.
iv).Menanam
-Digalakkan ditanam pada musim hujan.
-Anak semaian bersaiz batang pensil dan tinggi 0.6 m adalah paling sesuai.
-Sebelum menanam siram dahulu anak pokok.
-Letak sungkupan dipangkal pokok supaya dapat mengekal kelembapan.
Penjagaan.
i).Lindungan
-Di peringkat awal,pokok memerlukan lindungan dan teduhan supaya pokok tumbuh dengan subur.
-Pokok lindungan boleh dibuang paa tahun kedua sedikit demi sedikit supaya pokok tidak mengalami
kejutan cahaya.
Cantasan
i). Cantasan perlu dilakukan dengan membuang dahan-dahan berpenyakit dan tunas-tunas air.
ii).Ini bertujuan supaya pengudaraan yang cukup dan membebaskan serangan musuh dan mengelakkan dari
penyakit.
iii).Pokok yang berbentuk tirus diatas dan mempunyai cabang yang bersilang lambat berbuah dan hasil
kurang.
Cantasan dilakukan supaya pokok seimbang
iv).Cantasan hendaklah dilalukan pada peringkat awal lagi supaya dahan pokok seimbang.
Kawalan Rumpai
-Rumpai jika tidak dikawal akan menjejaskan pertumbuhan pokok,ini mengelakkan daripada persaingan
berlaku dan pokok dapat tumbuh dengan subur.
Kawalan rumpai dijaga rapi
Perosak
-Terdapat beberapa jenis serangga/ulat yang menyerang tanaman antaranya :i). Ulat pemakan pucuk
-Dikenali sebagai Palpita laticostalis Gn atau ulat kupu-kupu.
-Dari keluarga Pyraustidae.
-Menyerang pucuk pada peringkat semaian.
-Ulat akan memakan epidemis daun dan menggulungkanya selepas itu.
-Daun akan menjadi kering dan ulat akan berpindah ke daun muda yang lain.
-Jika dibiarkan, pokok akan kehilangan daun dan merencatkan pertumbuhan.
-Sembur dengan racun serap bagi mengawal keadaan.
ii).Siput Babi
-Mengikis dan memakan kulit batang anak pokok dokong ditapak semaian dan menyebabkan pokok mati.
-Kawal dengan cara memungut dan guna racun kimia.
iii). Belalang.
-Akan memakan daun terutama pada pucuk.
-Boleh menjejaskan pertumbuhan pokok.
-Jika serangan teruk,guna racun serangga.
serangan pada pucuk
iv). Pengorek kulit batang.
-Berlaku diperingkat diladang.
-Serangan berlaku pada batang dan ranting menyebabkan menjadi berkerutu dan bengkak-bengkak.
-Serangan berlaku seawal 4-6 bulan selepas ditanam sehinggalah pokok di peringkat pembuahan.
-Serangan bermula dari paras pangkal pokok dan merebak ke ranting dan pucuk.
-Jika serangan serius,ranting dan pucuk akan mati.
v).Terdapat 3 jenis ulat yang mengakibatkan kulit pokok berkeruping dan bengkak-bengkat.
a).Ulat dari jenis kupu-kupu Doloessa viridis.
b).Anarisia Sp.
c).Ulat dari jenis kumbang.
Cara Pengawalan Ulat :
a). Mengikis bahagian kulit yang diserang.
b). Menyembur atau menyapu dengan racun serangga.
c). Kawalan biologi dilakukan menggunakan Nematod Steinernema (Neoaplectana) carpocapsae.
d). Larutan yang mengalami nematod disapukan pada bahagian batang yang diserang.
e). Cacing nematod ini akan menyerang dan membunuh ulat-ulat pengorek batang ini.
f). Nematod akan mati di persekitaran yang kering dan panas.
g). Lakukan semburan pada waktu petang supaya dapat mengelakkan dari sinaran cahaya matahari dan
memanjangkan pendedahan ulat pada sasaran nematod,ulat ini lebih banyak keluar pada waktu malam.
vi). Teritip
-Serangga yang tidak boleh bergerak
-Menyerang bahagian ranting dan pucuk.
-Jika serangan serius,daun akan gugur.
-Menyebabkan kulapuk hitam pada permukaan daun.
-Biasanya penyebaran dilakukan oleh semut.
iv).Perosak Serangga Sekunder
-Seperti ulat pengorek buah,hamama merah,anai-anai dan kumbang pengorek akar.
-Ulat pengorek buah menyerang diperingkat putik dan membesar di dalam buah.
-Buah yang diserang akan gugur awal dan boleh mengurangkan hasil.
-Hamama muda menghisap jus dari daun muda di bawah daun muda.
-Daun yang terdapat hamama kelihatan pudar pada permukaan atas daun dan akar bertukar menjadi kering
dan gugur.
Penyakit
-Tanaman dokong tidak mempunyai masalah penyakit yang serius yang boleh membantut pertumbuhan
tanaman ini.Antara penyakit yang biasa menyerang tanaman ini ialah :
a).Penyakit Anthraknos
- Kulat Anthraknos collectrichum gleosporoides Penz menyerang pada buah.
- Serangan awal,kelihatan tompok-tompok kecil (putih) dan akan melarat hingga ketangkai menyebabkan
bintik-bintik berwarna coklat dan buah akan gugur.
b). Kulapok Hitam
-Disebabkan oleh manisan yang dikeluarkan oleh serangga teritip dan koya.
-Jika keadaan serius,boleh menggangu proses fotosintesis pokok.
-Lakukan pengawalan dengan membaiki pengudaraan disekitar pokok.
-Semburan minyak putih bercampur racun kulat atau racun serangga boleh memulihkan keadaan.
c). Cendawan Angin.
- Menyerang pada dahan dan ranting dan akan mati jika jika tidak dirawat.
-Biasanya merebak pada musim hujan keadaan lembab.
-Lakukan kawalan dengan membaiki pengudaraan kawasan dan cantas dahan yang diserang.
Hasil
a). Pengeluaran Hasil
-Mengeluarkan hasil setelah berumur 6-7 tahun.
-Buah keluar pada bulan Sep-Nov setiap tahun bergantung kepada penjagaan dan keadaan setempat.
-Purata hasil pokok berumur 10 tahun antara 90-110 kg sepokok.
-Sehektar diantara 15 mt hingga 19 mt.
-Hasil akn meningkat mengikut umur.
Kematangan
-Boleh dituai selepas 5-6 bulan dari mula berbunga.-Buah yang matang berwarna kuning sawo sepenuhnya.
-Ulas-ulas berkaca dan rasa manis.
Penuaian
-Biasanya penuaian dilakukan dengan memanjat pokok dan memotong tangkai buah menggunakan scateurs
atau pisau.
-Potong dengan cermat supaya kerosakan pada tapak bunga didahan dapat dielakkan.
-Buah yang dituai dimasukkan ke dalam bekas kecil seperti bakul atau baldi,guna tali jika pokok tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan