pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

4 Feb 2011

KELAPA

A).Teksonomi

Nama Saintifik    : Cocos nicifera L
Nama Tempatan : Kelapa, Nyior
Keluarga            : Palmae

Terdapat dua jenis kelapa iaitu :
i). Kelapa tinggi ( Cocos nicifera var. typica.)
ii).Kelapa rendah ( Cocos nicifera var. nana)

Pokok 
- Mempunyai batang dan pusat pertumbuhan tunggal.
- Tinggian boleh mencapai 6-30 meter.
- Dihujung batang terdapat daun pinat yang besar atau pelepah pada pelbagai setiap tumbesaran.
- Di celah-celah setiap pelepah terdapat jambak bunga pada pelbagai peringkat tumbesaran.
- Di pucuk pokok terdapat tisu-tisu muda yang bakal membentuk menjadi daun,bunga dan buah.

Sistem akar
- Mempunyai akar serabut.
- Tidak mempunyai akar rambut dan dalam keadaan tertentu, akar utama boleh mengeluarkan akar sisi yang
  bercabang yang dipanggil akar penyerap.
- Dihujung akar penyerap terdapat jidal akar (root cap) tang boleh menembusi tanah.
- Bahagian lembut yang terdapat dibelakang jidal akar berfungsi untuk menyerap nutrien tanah sejauh 5 cm.
- Di permukaan akar terdpat struktur tisu kecil yang tajam dan berwarna putih (pneumatophotes) yang
  berfungsi sebagai struktur pernafasan. 
- Struktur ini membolehkan pokok kelapa hidup dikawasan air bertakung.

Akar pokok kelapa
                


 Daun
-Pokok yang matang mempunyai 30-40 pelepah daun.
-Panjang pelepah boleh mencapai 6 m.
-Mempunyai 2 baris daun kecil (bipinate) berukuran 1-1.5 m panjang.
-Setiap pelepah dianggarkan mempunyai 200 helai daun kecil.
-Pokok subur pelepah baru akan keluar setiap 3-4 minggu sekali.
-Jangka hayat pelepah diantara 30-36 bulan.











Bunga 
                                                             

-Jambak bunga atau mayang terbentuk didalam seludang yaang tebal,kukuh dan tajam.
-Panjang mayang berukuran 1.0-1.2m panjang dan membentuk beberapa anak spika yang panjangnya
 14-16  cm.
Seludang belum kembang
-Bunga adalah jenis "monoecious".
-Setiap mayang terdapat antara 8,000-10,000 bunga jantan dan 10-50 bunga betina.
-Bunga jantan mengandungi enam helai periant nipis berwarna kuning dan didalamnya tersapat terdapat enam
 stamen.
-Ditengah-tengah bunga terdapat tiga kelenjar nektar yang berfungsi menarik serangga pendebunga.
-Apabila bunga kembang, cepu debunga terbuka dan mengeluarkan debunga-debunga yang berwarna kuning.
-Debunga ini beloh hidup selama 2-9 hari.
-Bunga betina berbentuk globos,mengandungi enam periant dan terdapat pistil berwarna putih.
-Bunga betina kembang pada 18-21 hari selepas seludang terbuka.
Jangkamasa reseptif ialah 1-3 hari.




Bunga jantan belum kembang



Bunga betina belum kembang






                                           





Bunga Dan Pendebungaan.
-angin dan serangga merupakan ejen pendebungaan.
-Lebah,lalat,kumbang dan tebuan adalah serangga pendebunga kelapa yang penting.
-Jumlah bunga betina yang berjaya membentuk buah sehingga mencapai ke peringkat matang adalah sekitar
  25-40%.
-Kelapa rendah pendebungaan ialah secara "autogamous" (direct self-pollinating) atau pendebungaan sendiri.
-Kelapa tinggi pendebungaan secara "allogamous" (cross-pollinating) atau pendebungaan silang.
-Kelapa hibrid dan jenis kelapa rendah,kaedah pendebungaan ialah secara kedua-dua sekali "autogamous"
 dan "allogamous". 

Bunga jantan gugur selepas pendebungaan berlaku



                                        





Buah 


-Selepas persenyawaan bunga akan menjadi buah dalam tempoh 12-14 bulan.
-Buah yang matang mengandungi 35% sabut,12% tempurung, 28% isi dan 25% air.
-Komposisi ini berbeza-beza mengikut kultivar. 
-Saiz, warna dan bentuk buah kelapa juga berbeza-beza mengikut jenis kelapa.















Bahagian dalam buah














Varieti Kelapa Di Malaysia.
 
a). Kelapa tinggi Malaya (Malayan Tall).
b). Kelapa Merah Malaya "Malayan Red Dwarf" (MRD).
c). Kelapa REndah Kuning Malaya "Malayan Yellow Draf" (MYD).
d). Kelapa Rendah Hijau Malaya "Malayan Green Dwarf" (MGD).
e). Kelapa Mawa (Malayan Dwarf X West African Tall.
f). Kelapa Matag (MYD/MRD X Tagnanan Tall.
g). Kelapa Tinggi Afrika Barat.
h). Kelapa Tinggi Tagnanan.
i). Kelapa Tinggi Rennel
j). Kelapa Wangi (Aromatic Dwarf).
k). Kelapa MAREN (MYD/MRD X Rennel Tall).
l). Kelapa MAMA (myd/mrd X Malayan Tall).

Varieti Kelapa Yang Disyorkan Dan Ciri-cirinya.

a). Kelapa MATAG
   - Hibrid yang dihasilkan daripada pendenbungaan silang antara Kelapa Rendah Malay dan Kelapa Tinggi
       Tagnanan.
   - Ketinggian boleh mencapai 15 m.
   - Daun, bunga dan buah berwarna sama hijau, oren atau keemasan bergantung kepada jenis pokok induk
      Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Tagnanan.   - Purata dianggarkan 140biji/pokok/tahun.
   - Potensi penanaman 178 pokok/ha ialah sebanyak 25,000 biji/ha/tahun.
   - Bilangan buah setandan diantara 10-22 biji.

Gambar kelapa matag


b). Kelapa MAWA
     - Ialah Hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah dan Kelapa
       Tinggi Afrika Barat.
     - Ketinggian boleh mencapai 15 m.
     - Warna daun,bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk
       (Pokok Kelapa Rendah Malaya).
     - Bilangan buah setandan 14-16 biji.


                                                    


  Pokok dan buah
                                    
 


 


c). Kelapa Pandan (Wangi)
  -Kelapa Rendah diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971.
  -Isi dan buah berbau wangi paanda sesuai untuk diminum dan dimakan segar.
  -Ketinggian boleh mencapai 6 m.
  -Tandan dan buah berwarna hijau dan buah kecil berbentuk bulat berbiku tiga.
  -Bilangan buah setandan antara 10-22 biji.
  -Anak kelapa pandan boleh dikenali melalui bau wangi pandan pada hujung akar yang dihancurkan dan
    melayur bahagian bawah lai daun.
  -Jarak disyorkan adalah segitiga 6.5 m X 6.5 m dalam kaedah segitiga menghasilkan kepadatan 272 pokok
   sehektar.

Kelapa pandan belum berbuah







   

Buah dikopek











Buah kelapa pandan dibelah


                                                                                       





Pokok kelapa pandan berbuah







Kematangan buah
-Bagi semua jenis kelapa, buah matang dalam masa 14 bulan selepas seludang pecah.
-Buah matang berwarna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.
-Bagi mendapat hasik kopra dan minyak yang maksimun,kutip buah yang matang sahaja.
-Sekiranya hasil sabut mmenjadi keutamaan,kutip buah pada umur 11 bulan kerana peringkat ini kualiti sabut
 yang tinggi berbanding dengan peringkat umur yang lain.

Kawalan Penyakit
a). Bintik-bintik daun 
-Disebabkan kulat Curvularia maculans, Helmintho-sporium incurvation dan Pestaliopsis palmarum.
-Terdapat bintik-bintik berwarna perang yang berbentuk bulat atau jujur dan dikelilingi oleh lengkawan
  kuning  pada daun.
-Bintik daun yang disebabkan oleh Culvularia maculans dan Helmintho-sporium incurvatum adalah yang
  paling  sering terdapat di tapak semaian.
-Bintik daun yang disebabkan oleh Pestalotiopsis palmarum menunjukkan tanda spora-spora halus yang
  berwarna hitam.

Syor Kawalan
-Melakukan penjarangan anak benih di tapak semaian supaya pengudaraan dan keadaan tidak menjadi
  lembap.

b). Hawar Bebenang Putih (Marasmiellus semiustus)
- Menyerang anak benih kelapa memyebabkan pucuk mati sebelum keluar dari sabut.
-Sekiranya menyerang selepas pucuk keluar,pokok akan kelihatan layu dan terdapat maisilium putih pada
  pangkal pokok.

Syor Kawalan
 -Menjaga kebersihan dan pengaliran air yang baik di tapak semaian.
 -Musnahkan anak benih yang teruk diserang.


Kawalan Vertebrat
-Musuh-musuh vertebrat tanaman kelapa adalah tikus,lembu,kerbau, kambing dan biri-biri, babi hutan dan
  tapai.
-Semua perosak tidaklah signifikan atau tidak penting kepada tanaman kelapa kecuali tupai yang dalam
  keadaan tertentu menjadi perosak serius.
-Tupai menjadi perosak ketika pokok berbuah,ia menebuk buah untuk memakan isinya.

-Buah yang ditebuk rosak dan akn gugur. 
Buah yang ditebuk tupai
-Biasanya cara kawalan adalah dengan menembak. 












                                                                                                                     










Tiada ulasan:

Catat Ulasan