Kacang Buncis (Phaseolus Vulgaris)
- Tumbuhan kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin.
- Berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
- Tumbuh melilit,akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.
Jenis
- Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu rimbun dan memanjat.
- Biasa ditanam dinegara ini ialah jenis memanjat 2 varieti dipilih oleh Mardi iaitu :
- Berbiji hitam,berbatang keperangan dan berbunga ungun.Jenis ini yang biasa ditanam dan disyorkan oleh Mardi.
- Berbiji kemerahan,berbatang kehijauan dan berbunga putih.Biasanya ditanam di Utara dan Melaka.
Tanah
- Boleh ditanam berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat.
- Tanah yang gembur,subur,baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya.
Menanam
- Tanam 4 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 0.6m antara baris dan 0.5m antara pokok.
- Setelah anak benih cambah dan membesar tinggalkan 2 pokok selubang sahaja.
- Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan kawasan eluas 0.4 ha.
- Untuk menghasilkan hasil yang tinggi kacang buncis perlu diberi junjung.
- Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8-2.4 m.
- Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat dibahagian atas.
- Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu.
- Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan.
- Cara lain ialah guna sistem trelli atau pukat.
Membaja
- Guna baja asas,baja tahi ayam,sebanyak 7 tan untuk 0.4ha.
- Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah.
- Selain itu,baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400kg/0.4 ha.
- Baja ini dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke 2,4 dan 6 selepas menanam.
Merumput
- Lakukan kawalan rumpai sepanjang masa bagi mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.
Memungut hasil
- Hasil boleh dikutip 7 minggu selepas menanam.
- Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul.
- Kutip 2-3 hari sekali dalam masa 3 minggu.
- Hasil dianggarkan 4,235kg bagi 0.4 hektar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan