pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

18 Feb 2011

Kacang Panjang

Kacang panjang

Penyediaan Tanah

Di Ladang
  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 cm dan 22 cm supaya pertubuhan akar baik.
  • Sediakan batang berukuran 12 m (4 kali) lebar,25 cm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut kawasan.
  • Jarak antara batas ialah 60 cm (2 kaki).
  • Gaulkan 50 kg tahi ayam reput kedalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain.
  • Gunakan bekas campuran mengandungi 3 bahagian tanah,1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.
Menanam

Di Ladang
  • Tanam 2 biji benih satu lubang dalam 2 barisan dengan jarak 60cm (2 kaki) antara barisan dan 45 cm (18 inci) antara pokok.
  • Setelah benih bercambah,tinggalkan 1 pokok selubang yang sihat sahaja. Sebanyak 70g biji benih diprlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain.
  • Tanam 2 biji benih se dalam 2.5 cm (1 inci).
  • Selepas 2 minggu ditanam tinggalkan satu pokok sahaja dalam satu pasu.

Menyediakan Junjung.
  • Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang,pukat dan lain-lain yang sesuai.
Penjagaan

Menyiram Air.
  • Siram tanaman 2 kali sehari mengikut keadaan.
Membaja

Di Ladang
  • Gunakan baja kimia NPK (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100m persegi.
  • Bahagikan baja ini kepada 3 kali pembajaan iaitu minggu ke2,4 dan 7 selepas menanam.
Dalam Pasu dan Bekas Lain-lain.
  • Tabur 1 sudu teh (5g) Baja NPK (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.
Memungut Hasil

Di Ladang
  • Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam.
  • Kutip kacang sebelum biji terbunjul.
  • Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu.
  • Hasil dianggarkan sebanyak 100-175 kg bagi 100 meter persegi.
Di Dalam Pasu
  • Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.


Musuh Dan Penyakit Kacang Panjang.

a). Lalat Kacang. (Melanagromyza phaseoli)

Kerosakan
  • Lalat menyerang tanaman muda.
  • Larva yang kekuning-kuningan hingga kemerah-merahan boleh dijumpai di dalam batang yang rosak.
  • Tanaman muda yang diserang akan jatuh terkulai.
Kawalan
  • Gunaka racun seperti Lindane atau Bidrin dengan kadar bahan aktif 0.1%.
  • Sembur pada masa percambahan dan seterusnya dengan 2 kali semburan selang 4 hari.
B). Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis)

Kerosakan
  • Kupu-kupunya bertelur diatas bunga kacang.
  • Anaknya memakan bunga dan mengorek masuk ke dalam buah kacang.
Kawalan
  • Jika serangan sedikit,musnahkan ulat-ulat dengan tangan.
  • Musnakan buah-buah yang gugur.
  • Jika serangan teruk,sembukan racun serangga seperti Sevin dengan kadar 0.2% bahan aktif.
C). Ulat Ratus (Prodenia litura)

Kerosakan
  • Larva memakan daun.
Kawalan
  • Sembur racun serangga seperti Sevin atau Dipterex dengan kadar bahan aktif 0.1%.


Penyakit

Bintik Berpusar
  • Disebabkan oleh kulat (Colletotrichum lindemuthianum)
Kerosakan
  • Bintik berpusar berwarna perang kehitaman pada buah.
  • Bhagian yang diserang melekuk.
 Kawalan
  • Bajak reput relai ke dalam tanah.
  • Rawat biji benih dengan racun kulat jenis systemic seperti Calixin.
  • Pastikan saliran yang baik.
  • Gilirkan tanaman.
  • Gunakan racun kulat seperti Captan atau zineb dengan kadar bahan aktif 0.1%.
 Karat Daun
  •  Disebabkan oleh kulat Uromyces vignae.
 Kerosakan
  •  Terdapat spora-spora berwarna oren/perang pada daun.
 Lecuh Anak Benih
  •  Disebabkan oleh kulat Phytium spp.
 Kerosakan
  •  Anak-anak benih didapati layu,rebah dan akhirnya mati.

 Reput Pangkal
  •  Disebabkan oleh kulat Rhizoctonia solani.

 Kerosakan
  •  Pangkal pokok akan menjadi lembab,reput dan akhirnya pokok mati.
  • Terdapat kulat berwarna putih dan janaspora pada bahagian yang diserang.
 Kawalan
  • Rawat dengan racun yang disyorkan.
  • Musnahkan tanaman yang mati.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan