pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

18 Feb 2011

Tembikai

Tembikai...


Nama Saintifik : (Citrullus Lunatus Schard)  
Nama Keluarga : Cucurbitaceae


Botani


Batang pokok tembikai
A). Pokok       
  • Sejenis tanaman herba.
  • Batang berbulu yang menjalar,berbentuk bulat atau empat segi.
  • Batangnya terdapat daun dan sulur paut.
  • Sulur paut,daun dan bunga keluar dari titik yang sama di bahagian batang.
  • Sistem pengakaran cetek (40-50 cm) dan meluas (60-90 cm)



B). Daun
  • Daun tembikai berbentuk oval,bercuping yang dalam dan panjang (10-20 cm) bergantung kepada varieti



    Bunga kembang
    C). Bunga  
    • Jenis monoesius iaitu bunga jantan dan betina terdapat pada pokok yang sama.
    • Bunga berwarna kuning dan lebarnya 1.5-2.0 sm.
    • Ada juga jenis yang mempunyai bunga hermafrodit.
    • Bunga terdapat di celah daun dan pendebungaan biasanya dilakukan oleh serangga.
    • Biasanya bunga muda berkembang antara jam 7.30-10.30 pagi.
    • Agen pendebungaan yang utama seperti lebah,semut dan kelulut.




    Bunga Betina



    D). Buah
    • Berbentuk bulat,bujur bulat dan bujur.
    • Mempunyai kulit yang licin.
    • Warna kulit berbeza dari hijau muda hingga hijau tua serata (seragam) atau berjalur.
    • Berat buah mengikut varieti,biasanya antara 7-15 kg.
    • Mempunyai kulit luar yang kuat,dengan lapisan dibawah kulit setebal 0.5 cm dan juga bahagian isi yang boleh dimakan.
    • Biji kecil dan tertanam di dalam isi.
    • Siz biji antara 5-15 mm berwarna putih,hitam,perang,kekuningan dan merah jambu.
    • Biasanya tembikai yang popular dari jenis yang tidak berbiji atau saiz bijinya sangat kecil dan tidak bernas.

    Keperluan Asas Tanaman

    Faktor iklim
    • Memerlukan cuaca yang panas,kering dan matahari yang cukup untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik.
    • Suhu antara 25-35 C pada siang hari dan 18-22 C pada malam sesuai pada tanaman tembikai.
    • Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi gula yang tinggi berbanding dalam keadaan sejuk dan lembab.
    • Suhu yang tinggi dapat mempercepatkan buah matang.
    • Tembikai tidak ditanam di tanah tinggi suhu sejuk dan dingin.
    • Pada peringkat pertumbuhan,hujan dengan kadar minimun sebanyak 380 mm semusim.
    • Hujan yeng berlebihan sera cuaca yang redup boleh memyebabkan pertumbuhan pokok terbantuk.
    • Pembentukan bunga dan buah akan terjejas menyebabkan pengeluaan hasil yang rendah.

    Faktor Tanah
    • Tembikai sesuai di kebanyakkan tanah yang mempunyai keaidan antara pH 5.5-6.5.
    • Tanaman ini lebih sesuai ditanam ditanah gambur berpasir an tidak menakung air.
    • Tanah yang tinggi kendungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai bagi penanaman tembikai.

    Pengapuran
    • Perlu dijalankan jika pH tanah rendah.
    • Biasanya dilakukan bersama-sama pembajaan kimia.
    • Bahan pengapuran seperti batu kapur halus dan batu kapur magnesium (GML).

    Amalan Kultura

    A). Penyediaan batas dan lubang tanaman
    • Jarak tanaman disyorkan ialah 0.75-1.2 m dalam baris dan 4.5-5.5 m antara baris.
    • Lebar batas disyorkan 1-1.5m.
    • Kepadatan tanaman tembikai ialah 1,800-2,400 lubang sehektar dan setiap lubang mempunyai satu pokok.
    • Pembajaan asas hendaklah dibuat dengan menabur dan menggaul ke dalam tanah sebelum ditutup dengan plastik silvershine.
    • Perhatian hendaklah diberi supaya permukaan hitam menghala ke bawah,manakala yang bersinar pula pada sebelah atas.
    • Permukaan hitam akan menyerap haba dan dapat mengekal suhu dan kelembapan tanah.
    • Permukaan yang bersinar dapat membalikkan cahaya kepada pokok dan ini boleh mengurangkan kehadiran trips,apids dan koya di sebelah bawah daun.
    • Keguaan plastik silverdhine dapat mengurangkan tenaga bagi pengurusan rumpai.
    • Sistem pengairan hendaklah disediakan sebelum menanam.


    Penyediaan Anak Benih 


    Semaian anak benih
    • Penanaman secara mengubah adalah kaedah dimana biji benih disemai di dalam lubang semaian dan dibesarkan dahulu sehingga sesuai diubah ke ladang.
    • Kaedah ini mat baik kerana kos lebih efektif dan anak benih terbaik dapat dipilih untuk penanaman.
    • Penanaman terus ke ladang tidak digalakkan kerana banyak kelemahan seperti memerlukan biji benih yang banyak,perlu melakukan aktiviti penjarangan,risiko terhadap pertumbuhan diperingkat awal.
    • Khusus bagi penanaman tembikai tanpa biji disamping varieti yang dipilih untuk pengeluaran,varieti biasa juga perlu ditanam lebih kurang 10% untuk mendapatkan sumber debunga bagi menjalankan pendebunga berbantu.
    • Tembikai isi kuning biasa digunakan kerana banyak bunga.
    • Bagi varieti pendebunga ini hanya boleh disediakan sama ada serentak atau dalam julat 1-7 hari lebih awal.

    Cara Menyemai 
    • Bungkus biji benih dengan sehelai kain yang bersih dan tendam dalam air selama 12 jam supaya melembutkan kulitnya dan mempercepatkan proses percambahan.
    • Jika menggunakan asid animo,rendam selama 30-1 jam.
    • Rawat biji benih dengan racun kulat supaya mengelakkan dari terkena jangkitan kulat.
    • Biji benih dicambah dalam kotak atau dulang semaian dibuat daripada plastik atau PVC yang diisi dengan media percambahan sehingga 90% penuh.
    • Setiap lubang disemai satu biji,kemudian tutup sedikit dengan bahan media.
    Setiap lubang satu biji














    Siram selepas disemai
















    Penanaman Di Ladang
    • Anak benih tembikai boleh diubah ke ladang apabila daun yang pertama atau yang kedua terbuka iaitu selepas 8-12 hari disemai.
    • Anak-anak benih yang berumur lebih dari dua minggu biasanya akan terbantut jika ditanam.
    • Sebelum mengubah,anak benih perlu disiram dengan secukupnya.
    • Setiap lubang ditanam dengan satu anak benih terpilih sahaja.
    • Selepas ditanam pokok-pokok yang mati dan tidak subur perlu disulam.
    Ladang tembikai







    Pengurusan sulur
    Dilatih arah yang dikehendaki
    • Pemngkasan sulur utama dibuat pada ruas keempat hingga kelima atau keenam hingga ketujuh selepas tanaman berumur 10-15 hari.
    • Tujuan supaya menggalakkan sulur-sulur baru keluar dan tumbuh dengan lebih subur,seterusnya mengeluarkan buah yang lebih seragam dan penuaian hasil yang serentak.
    • Sulur-sulur hendaklah dilatih supaya pokok menjalar secara mendatar mengikut arah yang dikehendaki bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti membaja,menyembur,pendebungaan berbantu dan lain-lain dapat dijalankan dengan sempurna.
    • Ia mula dijalankan apabila pokok mula berumur 15 hari selepas menanam.
    • Lidi atau dawai yang dibengkokkan berbentuk u atau v dicucuk ke tanah sebelah menyebelah sulur berkenaan. 



    Pendebungaan Berbantu

    Pendebungaan oleh lebah

    • Biasanya serangga seperti lebah,penyengat dan kumbang berperanan dalan proses pendebungaan tanaman tembikai.
    • Pembentukan buah tetap akan berlaku jika kekurangan serangga dalam proses pendenbungaan, tetapi buah akan menjadi kecik,berbentuk cacat,kandungan gula rendah dan kualiti rendah.
    • Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi,pendebungaan berbantu perlu dijalankan.
    • Pokok mula mengeluarkan bunga pada peringkat 28-30 hari selepas mengubah atau menanam ke ladang.
    • Bunga jantan dan betina berasingan pada paksi daun.
    • Bilangan yang keluar adalah tertakluk pada jenis atau varieti yang digunakan dan biasanya di antara 20-30 kudup bunga pada setiap pokok.
    • Pendebungaan berbantu dibuat 30 hari selepas tanam.
    • Biasanya dilakukan sebelum pukul 10 pagi dengan mengambil bunga jantan dari tembikai kuning (pollinator) disentuh-sentuhkan pada bunga betina supaya debunga dari stamen bunga jantan melekat pada stigma bunga betina bagi pokok-pokok tembikai tanpa biji.

    Pembajaan
    • Tembikai adalah tanaman yang memerlukan baja yang banyak.
    • Hidup subur jika kandungan organan yang tinggi.

    Penuaian

    a). Penentuan kematangan
         - Tembikai dituai apabila buah cukup masak apapbila kandungan gula berada pada tahap kemanisan yang
            tinggi dan kemanisan yang memuaskan.
         - Tembikai matang dalam tempoh yang berbeza-beza bergantung kepada varieti yang ditanam.
         - Biasanya buah tembikai sedia dituai 60-75 hari selepas diubah ke ladang.
         - Ciri-ciri kematangan buah ialah :
    • Bahagian kulit buah yang bersentuh dengan tanah bertukat warna dari putih kehijauan kepada kunin pucat.
    • Warna kulit buah yang masak bertukar pudar atau kuning berkilat.
    • Sulur paut bertukar warna kepada hijau ke perang atau kering. (Cara ini tidak tepat kerana perubahan warnanya kadang-kadang tidak seiring dengan kemasakan buah).
    • Bunyi jentikan buah masak berongga manakala buah yang belum masak berbunyi padat.

    Pengutipan Hasil
    • Buah yang matang dituai dengan memotong tangkainya sama ada dengan pisau atau gunting.
    • Tangkai dipotong sepanjang 10 cm dari tampuk buah.
    • Ia tidak boleh disentak atau dipulas kerana kecederaan pada tampuk buah akan memudahkan jangkitan penyakit dan buah akan mudah menjadi busuk/rosak.
    • Buah dituai selepas air atau embun kering.
    • Penuaian pada musim hujan hendaklah dielakkan.


    1 ulasan: