pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

16 Mac 2011

Tauge

Pendahuluan
  • Merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kekacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina.

Kaedah Dan Pemerhatian

a). Proses Pengeluaran Tauge

i). Menyediakan persekitaran dan lokasi

ii). Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau/kacang hitam)

iii). Mengasingkan benih (benda asing,kacang rosak,batu dan sampah)

iv). Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)

v). Merendam (6-8 jam menggunakan larutan hormon jika mahu,1.5 sontoso)

vi) Mengetos (digaul dengan 1% siako)

vii)Mencambah (4-6 hari dalam bilik gelap dan suhu rendah srta tong bersesuaian)

viii).Menyiram (2-4 jam sekali)

viii). Mengasingkan kulit

viii). Membungkus


  • Walaupun proses penghasilan tauge nampak mudah,hampir setiap peringkat pemprosesan mempunyai kesan kepada penghasilan.
  • Bahan mentah biji benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik dan diperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.
  • Aktiviti mengasing dan membasuh perlu dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam.
  • Tempoh rendaman 6-8 jam dengan larutan hormon pembesarab sontoso sudah memadai dan mengaul dengan siako ( selepas mengetos) sebelum peringkat mencambah,boleh memberikan hasil yang paling tinggi dimana 1 kg benih menghasilkan lebih kurang 8 kg lebih dan keperluan air siraman menjadi lebih rendah dibandingkan dengan hanya menggunakan hormon.
  • Gunakan tong berwarna hitam dan tebal tidak lut cahaya lebih baik kerana ia tahan lasak dan memberi lindungan yang secukupnya pada tauge untuk bercambah.
  • Pertambahan jarak masa siraman dan pemberhentian siraman selepas tengah malam boleh menyebebkan hasil tauge rendah.
  • Tauge yang telah matang boleh diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan tauge yang dituai hendaklah terus ditoskan sebelum dibungkus supaya kering dan tauge tahan lebih lama apabila menjual.

Kesimpulan
  • Penghasilan tauge dipengaruhi oleh beberapa faktor.
  • Untuk mendapat hasil yang tinggi,benih kacang mestilah bernas dan saiz besar.
  • Tempoh rendaman antara 6-8 jam dalam larutan sontosa,digaul dengan siako sebelum bercambah dan menyiram pada jarak masa 2 jam sekali.







8 Mac 2011

Pandan

Pandan

Nama Saintifik : Pandanus adorus




Morfologi

  • Sejenis tanaman perdu dan tumbuh tegak ke atas.
  • Daunnya tebal,sedikit lebar,panjang meruncing dan tajam dihujung.
  • Warna hijau tua di pangkal dan hijau muda dihujung.
  • Sejenis tumbuhan yang sejuk,daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan,pewarna dan pewangi.
  • Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih,lebat dan menyejukkan kepala.




Penanaman



Penyediaan Tanah

  • Boleh membiak melalui akar dan anak pokok.
  • Sediakan lubang berukuran 25x25x25 cm.
  • Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP.
  • Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah dipermukaan keliling anak pokok.
Penanaman dalam pasu

  • Gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  • Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.
  • Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.




Penjagaan

  • Siran anak pokok apabila perlu.
  • Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok.
  • Taburkan baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10gm/pokok bagi tanaman seperti sekitar rumah.
  • Tiada perosak dan penyakit yang serius menyerang pokok pandan.
  • Daun boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam.

Durian Belanda

Durian Belanda
Pendebungaan secara titisan


Pendahuluan
  • Tanaman durian belanda mempunyai bunga yang bersifat hermafrodit.Satu lagi ciri yang penting ialah organ pembiakan betina mengalami proses kematangan yang lebih awal daripada organ pembiakan jantan.
  • Bagaimanapun keadaan ini telah mengakibabkan berlakunya kekurangan pertindihan fasa kematangan kedua-dua organ tersebut.
  • Fenomena inilah membuatkan pendebngaan berbantu perlu dijalankan ke atas tanaman durian belanda bagi memastikan penghasilan yang tinggi.
Terdapat dua teknik pendebungaan berbantu yang biasa dilakukan ke atas tanaman durian belanda iaitu :

a). Teknik berus - Berus digunakan untuk memindahkan debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini kuran efisen kerana ia memerlukan banyak tenaga buruh,masa yang panjang untuk melakukannya dan membazir debunga.

b). Reknik titisan - Melibatkan penggunaan pipette untuk menitiskan debunga dan media penggalak debunga ke atas permukaan stigma. Teknik ini lebih efisen dan praktikal kerana masa menjalankan pendebungaan adalah lebih singkat.Pembaziran debunga juga dapat dikurangkan.Bahan kimia,bahan-bahan penggalak pembentukan buah seperti hormon boleh dimasukkan bersama ke dalam media pendebungaan untuk mempertingkatkan peratus pembentukan buah dan mutu buah.


Media Penggalak Debunga
  • Kandungan media penggalak debunga yang digunakan terdiri daripada 3 bahan asas,iaitu agar,sukrosa dan nutrien.
  • Fungsi agar ialah memberi daya kelekatan kepada media pendebungaan dijalankan.
  • Sukrosa pula berperanan untuk memastikan keadaan kesinambungan osmotik bagi debunga durian belanda.
  • Sementara nutrien pula bertujuan untuk menggalakkan percambahan dan pertumbuhan tiub debunga.

Kaedah
  • Bermula dengan aktiviti pengumpulan debunga.
  • Selalunya debumga dikumpulkan antara jam 7.30-9.30 pagi.
  • Pengumpulan dalam jangka masa ini penting kerana selepas jangka masa ini viabiliti debunga akan menurun.
  • Masa yang tepat untuk melakukan pendebungaan berbantu ialah apabila 1 atau 2 kelompok bunga telah gugur dan kelihatan banyak stamen yang penuh debunga berwarna kuning berada dalam keadaan longgar.