pertaniancanggih.blogspot.com
pertaniancanggih.blogspot.com
22 Feb 2011
18 Feb 2011
Tembikai
Tembikai...
Nama Saintifik : (Citrullus Lunatus Schard)
Nama Keluarga : Cucurbitaceae
Botani
![]() |
| Batang pokok tembikai |
- Sejenis tanaman herba.
- Batang berbulu yang menjalar,berbentuk bulat atau empat segi.
- Batangnya terdapat daun dan sulur paut.
- Sulur paut,daun dan bunga keluar dari titik yang sama di bahagian batang.
- Sistem pengakaran cetek (40-50 cm) dan meluas (60-90 cm)
B). Daun
- Daun tembikai berbentuk oval,bercuping yang dalam dan panjang (10-20 cm) bergantung kepada varieti
![]() |
| Bunga kembang |
- Jenis monoesius iaitu bunga jantan dan betina terdapat pada pokok yang sama.
- Bunga berwarna kuning dan lebarnya 1.5-2.0 sm.
- Ada juga jenis yang mempunyai bunga hermafrodit.
- Bunga terdapat di celah daun dan pendebungaan biasanya dilakukan oleh serangga.
- Biasanya bunga muda berkembang antara jam 7.30-10.30 pagi.
- Agen pendebungaan yang utama seperti lebah,semut dan kelulut.
![]() |
| Bunga Betina |
D). Buah
- Berbentuk bulat,bujur bulat dan bujur.
- Mempunyai kulit yang licin.
- Warna kulit berbeza dari hijau muda hingga hijau tua serata (seragam) atau berjalur.
- Berat buah mengikut varieti,biasanya antara 7-15 kg.
- Mempunyai kulit luar yang kuat,dengan lapisan dibawah kulit setebal 0.5 cm dan juga bahagian isi yang boleh dimakan.
- Biji kecil dan tertanam di dalam isi.
- Siz biji antara 5-15 mm berwarna putih,hitam,perang,kekuningan dan merah jambu.
- Biasanya tembikai yang popular dari jenis yang tidak berbiji atau saiz bijinya sangat kecil dan tidak bernas.
Keperluan Asas Tanaman
Faktor iklim
- Memerlukan cuaca yang panas,kering dan matahari yang cukup untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik.
- Suhu antara 25-35 C pada siang hari dan 18-22 C pada malam sesuai pada tanaman tembikai.
- Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi gula yang tinggi berbanding dalam keadaan sejuk dan lembab.
- Suhu yang tinggi dapat mempercepatkan buah matang.
- Tembikai tidak ditanam di tanah tinggi suhu sejuk dan dingin.
- Pada peringkat pertumbuhan,hujan dengan kadar minimun sebanyak 380 mm semusim.
- Hujan yeng berlebihan sera cuaca yang redup boleh memyebabkan pertumbuhan pokok terbantuk.
- Pembentukan bunga dan buah akan terjejas menyebabkan pengeluaan hasil yang rendah.
Faktor Tanah
- Tembikai sesuai di kebanyakkan tanah yang mempunyai keaidan antara pH 5.5-6.5.
- Tanaman ini lebih sesuai ditanam ditanah gambur berpasir an tidak menakung air.
- Tanah yang tinggi kendungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai bagi penanaman tembikai.
Pengapuran
- Perlu dijalankan jika pH tanah rendah.
- Biasanya dilakukan bersama-sama pembajaan kimia.
- Bahan pengapuran seperti batu kapur halus dan batu kapur magnesium (GML).
Amalan Kultura
A). Penyediaan batas dan lubang tanaman
- Jarak tanaman disyorkan ialah 0.75-1.2 m dalam baris dan 4.5-5.5 m antara baris.
- Lebar batas disyorkan 1-1.5m.
- Kepadatan tanaman tembikai ialah 1,800-2,400 lubang sehektar dan setiap lubang mempunyai satu pokok.
- Pembajaan asas hendaklah dibuat dengan menabur dan menggaul ke dalam tanah sebelum ditutup dengan plastik silvershine.
- Perhatian hendaklah diberi supaya permukaan hitam menghala ke bawah,manakala yang bersinar pula pada sebelah atas.
- Permukaan hitam akan menyerap haba dan dapat mengekal suhu dan kelembapan tanah.
- Permukaan yang bersinar dapat membalikkan cahaya kepada pokok dan ini boleh mengurangkan kehadiran trips,apids dan koya di sebelah bawah daun.
- Keguaan plastik silverdhine dapat mengurangkan tenaga bagi pengurusan rumpai.
- Sistem pengairan hendaklah disediakan sebelum menanam.
Penyediaan Anak Benih
| Semaian anak benih |
- Penanaman secara mengubah adalah kaedah dimana biji benih disemai di dalam lubang semaian dan dibesarkan dahulu sehingga sesuai diubah ke ladang.
- Kaedah ini mat baik kerana kos lebih efektif dan anak benih terbaik dapat dipilih untuk penanaman.
- Penanaman terus ke ladang tidak digalakkan kerana banyak kelemahan seperti memerlukan biji benih yang banyak,perlu melakukan aktiviti penjarangan,risiko terhadap pertumbuhan diperingkat awal.
- Khusus bagi penanaman tembikai tanpa biji disamping varieti yang dipilih untuk pengeluaran,varieti biasa juga perlu ditanam lebih kurang 10% untuk mendapatkan sumber debunga bagi menjalankan pendebunga berbantu.
- Tembikai isi kuning biasa digunakan kerana banyak bunga.
- Bagi varieti pendebunga ini hanya boleh disediakan sama ada serentak atau dalam julat 1-7 hari lebih awal.
Cara Menyemai
- Bungkus biji benih dengan sehelai kain yang bersih dan tendam dalam air selama 12 jam supaya melembutkan kulitnya dan mempercepatkan proses percambahan.
- Jika menggunakan asid animo,rendam selama 30-1 jam.
- Rawat biji benih dengan racun kulat supaya mengelakkan dari terkena jangkitan kulat.
- Biji benih dicambah dalam kotak atau dulang semaian dibuat daripada plastik atau PVC yang diisi dengan media percambahan sehingga 90% penuh.
- Setiap lubang disemai satu biji,kemudian tutup sedikit dengan bahan media.
| Setiap lubang satu biji |
| Siram selepas disemai |
Penanaman Di Ladang
- Anak benih tembikai boleh diubah ke ladang apabila daun yang pertama atau yang kedua terbuka iaitu selepas 8-12 hari disemai.
- Anak-anak benih yang berumur lebih dari dua minggu biasanya akan terbantut jika ditanam.
- Sebelum mengubah,anak benih perlu disiram dengan secukupnya.
- Setiap lubang ditanam dengan satu anak benih terpilih sahaja.
- Selepas ditanam pokok-pokok yang mati dan tidak subur perlu disulam.
| Ladang tembikai |
Pengurusan sulur
![]() |
| Dilatih arah yang dikehendaki |
- Pemngkasan sulur utama dibuat pada ruas keempat hingga kelima atau keenam hingga ketujuh selepas tanaman berumur 10-15 hari.
- Tujuan supaya menggalakkan sulur-sulur baru keluar dan tumbuh dengan lebih subur,seterusnya mengeluarkan buah yang lebih seragam dan penuaian hasil yang serentak.
- Sulur-sulur hendaklah dilatih supaya pokok menjalar secara mendatar mengikut arah yang dikehendaki bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti membaja,menyembur,pendebungaan berbantu dan lain-lain dapat dijalankan dengan sempurna.
- Ia mula dijalankan apabila pokok mula berumur 15 hari selepas menanam.
- Lidi atau dawai yang dibengkokkan berbentuk u atau v dicucuk ke tanah sebelah menyebelah sulur berkenaan.
Pendebungaan Berbantu
![]() |
| Pendebungaan oleh lebah |
- Biasanya serangga seperti lebah,penyengat dan kumbang berperanan dalan proses pendebungaan tanaman tembikai.
- Pembentukan buah tetap akan berlaku jika kekurangan serangga dalam proses pendenbungaan, tetapi buah akan menjadi kecik,berbentuk cacat,kandungan gula rendah dan kualiti rendah.
- Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi,pendebungaan berbantu perlu dijalankan.
- Pokok mula mengeluarkan bunga pada peringkat 28-30 hari selepas mengubah atau menanam ke ladang.
- Bunga jantan dan betina berasingan pada paksi daun.
- Bilangan yang keluar adalah tertakluk pada jenis atau varieti yang digunakan dan biasanya di antara 20-30 kudup bunga pada setiap pokok.
- Pendebungaan berbantu dibuat 30 hari selepas tanam.
- Biasanya dilakukan sebelum pukul 10 pagi dengan mengambil bunga jantan dari tembikai kuning (pollinator) disentuh-sentuhkan pada bunga betina supaya debunga dari stamen bunga jantan melekat pada stigma bunga betina bagi pokok-pokok tembikai tanpa biji.
Pembajaan
- Tembikai adalah tanaman yang memerlukan baja yang banyak.
- Hidup subur jika kandungan organan yang tinggi.
Penuaian
a). Penentuan kematangan
- Tembikai dituai apabila buah cukup masak apapbila kandungan gula berada pada tahap kemanisan yang
tinggi dan kemanisan yang memuaskan.
- Tembikai matang dalam tempoh yang berbeza-beza bergantung kepada varieti yang ditanam.
- Biasanya buah tembikai sedia dituai 60-75 hari selepas diubah ke ladang.
- Ciri-ciri kematangan buah ialah :
- Bahagian kulit buah yang bersentuh dengan tanah bertukat warna dari putih kehijauan kepada kunin pucat.
- Warna kulit buah yang masak bertukar pudar atau kuning berkilat.
- Sulur paut bertukar warna kepada hijau ke perang atau kering. (Cara ini tidak tepat kerana perubahan warnanya kadang-kadang tidak seiring dengan kemasakan buah).
- Bunyi jentikan buah masak berongga manakala buah yang belum masak berbunyi padat.
Pengutipan Hasil
- Buah yang matang dituai dengan memotong tangkainya sama ada dengan pisau atau gunting.
- Tangkai dipotong sepanjang 10 cm dari tampuk buah.
- Ia tidak boleh disentak atau dipulas kerana kecederaan pada tampuk buah akan memudahkan jangkitan penyakit dan buah akan mudah menjadi busuk/rosak.
- Buah dituai selepas air atau embun kering.
- Penuaian pada musim hujan hendaklah dielakkan.
Kacang Panjang
Kacang panjang
Penyediaan Tanah
Di Ladang
Di Ladang
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain.
Menyediakan Junjung.
Menyiram Air.
Di Ladang
Di Ladang
Musuh Dan Penyakit Kacang Panjang.
a). Lalat Kacang. (Melanagromyza phaseoli)
Kerosakan
Kerosakan
Kerosakan
Penyakit
Bintik Berpusar
Reput Pangkal
Kerosakan
Penyediaan Tanah
Di Ladang
- Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 cm dan 22 cm supaya pertubuhan akar baik.
- Sediakan batang berukuran 12 m (4 kali) lebar,25 cm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut kawasan.
- Jarak antara batas ialah 60 cm (2 kaki).
- Gaulkan 50 kg tahi ayam reput kedalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.
- Gunakan bekas campuran mengandungi 3 bahagian tanah,1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.
Di Ladang
- Tanam 2 biji benih satu lubang dalam 2 barisan dengan jarak 60cm (2 kaki) antara barisan dan 45 cm (18 inci) antara pokok.
- Setelah benih bercambah,tinggalkan 1 pokok selubang yang sihat sahaja. Sebanyak 70g biji benih diprlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi.
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain.
- Tanam 2 biji benih se dalam 2.5 cm (1 inci).
- Selepas 2 minggu ditanam tinggalkan satu pokok sahaja dalam satu pasu.
Menyediakan Junjung.
- Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang,pukat dan lain-lain yang sesuai.
Menyiram Air.
- Siram tanaman 2 kali sehari mengikut keadaan.
Di Ladang
- Gunakan baja kimia NPK (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100m persegi.
- Bahagikan baja ini kepada 3 kali pembajaan iaitu minggu ke2,4 dan 7 selepas menanam.
- Tabur 1 sudu teh (5g) Baja NPK (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.
Di Ladang
- Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam.
- Kutip kacang sebelum biji terbunjul.
- Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu.
- Hasil dianggarkan sebanyak 100-175 kg bagi 100 meter persegi.
- Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.
Musuh Dan Penyakit Kacang Panjang.
a). Lalat Kacang. (Melanagromyza phaseoli)
Kerosakan
- Lalat menyerang tanaman muda.
- Larva yang kekuning-kuningan hingga kemerah-merahan boleh dijumpai di dalam batang yang rosak.
- Tanaman muda yang diserang akan jatuh terkulai.
- Gunaka racun seperti Lindane atau Bidrin dengan kadar bahan aktif 0.1%.
- Sembur pada masa percambahan dan seterusnya dengan 2 kali semburan selang 4 hari.
Kerosakan
- Kupu-kupunya bertelur diatas bunga kacang.
- Anaknya memakan bunga dan mengorek masuk ke dalam buah kacang.
- Jika serangan sedikit,musnahkan ulat-ulat dengan tangan.
- Musnakan buah-buah yang gugur.
- Jika serangan teruk,sembukan racun serangga seperti Sevin dengan kadar 0.2% bahan aktif.
Kerosakan
- Larva memakan daun.
- Sembur racun serangga seperti Sevin atau Dipterex dengan kadar bahan aktif 0.1%.
Penyakit
Bintik Berpusar
- Disebabkan oleh kulat (Colletotrichum lindemuthianum)
- Bintik berpusar berwarna perang kehitaman pada buah.
- Bhagian yang diserang melekuk.
- Bajak reput relai ke dalam tanah.
- Rawat biji benih dengan racun kulat jenis systemic seperti Calixin.
- Pastikan saliran yang baik.
- Gilirkan tanaman.
- Gunakan racun kulat seperti Captan atau zineb dengan kadar bahan aktif 0.1%.
- Disebabkan oleh kulat Uromyces vignae.
- Terdapat spora-spora berwarna oren/perang pada daun.
- Disebabkan oleh kulat Phytium spp.
- Anak-anak benih didapati layu,rebah dan akhirnya mati.
Reput Pangkal
- Disebabkan oleh kulat Rhizoctonia solani.
Kerosakan
- Pangkal pokok akan menjadi lembab,reput dan akhirnya pokok mati.
- Terdapat kulat berwarna putih dan janaspora pada bahagian yang diserang.
- Rawat dengan racun yang disyorkan.
- Musnahkan tanaman yang mati.
Langgan:
Catatan (Atom)







