pertaniancanggih.blogspot.com

pertaniancanggih.blogspot.com

15 Feb 2011

Kacang Buncis


Kacang Buncis (Phaseolus Vulgaris)
  • Tumbuhan kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin.
  • Berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
  • Tumbuh melilit,akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.

Jenis
  • Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu rimbun dan memanjat.
  • Biasa ditanam dinegara ini ialah jenis memanjat 2 varieti dipilih oleh Mardi iaitu :
       i). MBK1
  • Berbiji hitam,berbatang keperangan dan berbunga ungun.Jenis ini yang biasa ditanam dan disyorkan oleh Mardi.
     ii). MBK 2
  • Berbiji kemerahan,berbatang kehijauan dan berbunga putih.Biasanya ditanam di Utara dan Melaka.


Tanah
  • Boleh ditanam berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat.
  • Tanah yang gembur,subur,baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya.

Menanam
  • Tanam 4 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 0.6m antara baris dan 0.5m antara pokok.
  • Setelah anak benih cambah dan membesar tinggalkan 2 pokok selubang sahaja.
  • Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan kawasan eluas 0.4 ha.
Menyedia junjung
  • Untuk menghasilkan hasil yang tinggi kacang buncis perlu diberi junjung.
  • Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8-2.4 m.
  • Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat dibahagian atas.
  • Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu.
  • Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan.
  • Cara lain ialah guna sistem trelli atau pukat.

Membaja
  • Guna baja asas,baja tahi ayam,sebanyak 7 tan untuk 0.4ha.
  • Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah.
  • Selain itu,baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400kg/0.4 ha.
  • Baja ini dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke 2,4 dan 6 selepas menanam.

Merumput
  • Lakukan kawalan rumpai sepanjang masa bagi mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.


Memungut hasil
  • Hasil boleh dikutip 7 minggu selepas menanam.
  • Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul.
  • Kutip 2-3 hari sekali dalam masa 3 minggu.
  • Hasil dianggarkan 4,235kg bagi 0.4 hektar.










14 Feb 2011

Halia

Halia baru digali
 Halia
  • Halia digunakan sebagai rempah, perasa dalam bahan-bahan makanan,ubat-ubatan,hali jeruk dan lain-lain.
Tanah yang sesuai
  • Liat hingga gambut,tanah yang gembur,peroi dan banyak mengandungi bahan organik.
  • Bagi kawasan tanah liat saliran air amat penting bagi mengelakkan serangan penyakit layu bakteria.




Daun pokok halia






Benih
  • Hali matang berumur 8-9 bulan.
  • Raizom-raizom disimpan ditempat teduh selama dua minggu untuk percambahan tunas.
  • Raizom-raizom yang bertunas dikerat-kerat dua inci panjang dan mempunyai satu atau dua tunas.

Menanam
  • Buat batas tinggi satu kaki dan 2 kaki jarak antara batas.
  • Buat lubang sedalam 4-6 inci.
  • Masukkan satu keratan raizom dalam lubang,mata tunas keatas.
  • Jarak tanaman 2 kaki antara batas dan satu kaki antara pokok.
  • Sediakan tunas selepas menanam melindungi tunas daripada cahaya matahari berlebihan.

Membaja
  • Masukkan baja NPK yang sesuai.

Musuh dan penyakit

i). Ulat pengorek batang

Tanda-tanda : Pucuk menjadi kering,lama-kelamaan pokok akan mati.
Kawalan : Sembur dengan racun yang sesuai.

Penyakit layu

i). Tanda-tanda : Daun perang keemasan layu dan kering.Bahagian-bahagian batang dan raizom berair,
                          lembik  dan membusuk.

Kawalan : Cabut dan musnahkan pokok yang diserang, guna benih yang bebas dari penyakit.


Memungut Hasil
  • Halia tua dikutip antara 7-9 bulan selepas ditanam dan halia muda 4-5 bulan.
  • Kelewatan mengutip hasil akan memyebabkan kandungan sabut yang tinggi.

Pengendalian lepas tuai.
  • Bagi halia basah,raizom-raizom dibasuh bersih dan dijemur sekejap kepada cahaya matahari sebelum dipasarkan.
  • Bagi halia kering,raizom-raizom yang dikorek hendaklah direndam selama satu malam supaya mudah mengupas kulit.
  • Kemudian kikis kulit luarnya,basuh serta jemur selama 5-7 hari kepada cahaya matahari.

Halia ditanam dalam pasu




13 Feb 2011

Betik

Betik

Nama Keluarga : Caricaceae.

Morfologi
  • Pokok berkayu lembut dan cepat membesar.
  • Hayat ekonomi 2 tahun,tetapi pokok betik boleh hidup sehingga 15 tahun jika persekitaran yang sesuai.
Batang
  • Batang berongga, bertisu lembut dan bergabus.
  • Tumbuh menegak,kecuali pada bahagian-bahagian yang cedera.
  • Daun yang telah tua akan gugur dan meninggalkan kesan parut pada batang.
  • Pucuk berwarna hijau muda cerah sehingga hijau cerah, batang yang matang berwarna kuning air atau kelabu cerah.
Daun
  • Daun-daun betik tersusun melingkari sekeliling pucak batang.
  • 2-3 helai daun baru akan keluar dalam seminggu dan daun dibawah akan gugur satu persatu.
  • Daun besar berbentu palmat dan terbahagi kepada 7-12 cuping yang melengkung ke dalam.
  • Tangkai panjang serta berongga ditengah,berwarna hijau pucat atau calitan ungun pekat bagi sebilangan kultivar.

Bunga
  • Ada 3 bentuk bunga yang asas di samping beberapa jenis  lagi yang terbentuk intermediat.
  • Jenis intermediat sentiasa muncul disebabkan perubahan musim.
Jenis i).
-Bunga betina mempunyai ovari atau rahim yang besar berbentuk bujur atau bulat dengan lima stigma.
-Sepal yang lima mudah diasingkan apabila bunga terbuka.
-Buah yang trebentuk daripada bunga betina biasanya bujur atau bulat.

Jenis ii).
-Bunga jantan mempunyai 10 stamen tanpa ovari.
-Sepal-sepal bercantum pada pada bahagian bawah untuk membentuk tiub korola yang halus.
-Biasanya muncul secara berkumpulan dalam jambak pendulus biasanya tidak menjadi buah,tetapi ad juga
  berlaku satu atau dua buah kelihatan tergantung pada hujung pedunkel.

Jenis iii).
-Bunga hermafrodit mempunyai 10 stamen serta ovari yang panjang dan halus.
-Sepal-sepal bercantum pada bahagian bawah meskipun apabila bunga terbuka sepenuhya.
-Buah daripada bunga hermafrodit berbentuk bujur panjang yang biasanya lebih digemari oleh pengguna.

Jenis iv
-Bunga berkarpel (berbentuk intermediat) bunga hermafrodit yang berubah menjadi bunga betina.
-Prubahan ini berlaku apabila keadaan persekitaran bersesuaian seperti musim hujan dan musim sejuk dan dalam nitrogen yang tinggi.
-Apabila stamen mula tercantum dengan tisu ovari dan percantuman berlaku sepenuhya, bunga hermafrodit kehilangan semua stamen dan buah yang terbentuk bulat seperti buah daripada bunga betina.
-Jika percantuman sebahagian sahaja,tempat stamen bercantum dengan ovari berketul-ketul dan tidak sekata.
-Bunga-bunga seperti itu dikenali sebagai bunga berkarpel.
-Buah daripada bunga sedemikian tidak menjadi dengan baik dan pasaran sukar untuk diterima.


Buah
  • Buah betik keluar satu persatu atau dalam kumpulan pada ketiak daun.
  • Berbentuk bujur hingga bulat bagi buah yang terhasil daripada bunga betina.
  • Bunga daripada hermafrodit berbentuk bujur dan panjang.
  • Isi betik lembut,berwarna kuning,jingga atau merah dengan kandungan gula 8-16% bergantung kepada kultivar.
  • Rongga ovari berbentuk bintang atau bulat dan biasanya mengandungi biji yang banyak.
  • Jika terhasil daripada pendebungan sempurna,500-1000 biji boleh diperolehi.

Amalan Kultur


Iklim
  • Betik adalah tanaman tidak bermusim, cepat membesar dan mempunyai potensi untuk berbuah secara berterusan sekiranya pengurusan dilakukan dengan baik.
Tanah
  • Betik memerlukan saliran yang baik bagi pertumbuhan pokok.
  • Tanah berpasir juga betik boleh hidup dengan baik jika dibaiki dengan campuran organik.
  • Tanah mempunyai pH 6.0-6.5 adalah terbaik untuk pertumbuhan dan berbuah.


Pembajaan
  • Betik adalah tanaman yang berbuah sepanjang musim.Oleh itu pokok memerlukan bekalan zat yang tinggi dan mencukupi supaya pertumbuhan dan penghasilan buah yang baik.